Sebagai rakyat marhaen negara ini, aku ingin melahirkan rasa takziah dan dukacita aku, sekalipun aku dan Beng Hock tidak kenal antara satu sama lain, tetapi kematian beliau aku ratapi kerana ia adalah kematian yang tidak perlu. Kematian beliau akan menambahkan lagi jarak kebencian yang memang sudah semakin mendalam dan akan dijadikan lambang oleh orang-orang yang merasa diri mereka tertindas, sekalipun ia tidak benar.
Banyak persoalan yang boleh dilontarkan terhadap punca kematian beliau. MACC seharusnya mengambil tanggungjawab untuk membersihkan dirinya kerana lapuran penderaan oleh MACC telah di buat oleh media beberapa kali sebelum ini. Kematian ini akan memburukkan reputasi MACC. Kalau tak silap aku 2-3 hari lalu media melapurkan dakwaan seorang pekerja pejabat di Johor yang mendakwa didera oleh MACC berikutan siasatan Rasuah yang dilakukan oleh MACC. Menjadi persoalan kerana orang yang didera bukan pelaku rasuah sebaliknya hanya saksi sahaja, sama seperti Teoh Beng Hock.
Aku percaya penjawat awam di Malaysia ini tidak dilatih untuk membunuh atau menyiksa sesiapa kecuali Polis dan Tentera . Itu pun dikawal dengan undang-undang dan peraturan yang jelas. Kita semua bertanggungjawab terhadap satu nyawa yang tidak berdosa ini.
Salam Takziah untuh keluarga Teoh Beng Hock.
No comments:
Post a Comment