"Beliau berkata, ini dapat dilihat pelbagai masalah yang dihadapi kerajaan sekarang seperti keselamatan, jenayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan dan sebagainya."
Perdebatan untuk menegakkan negara Islam di Malaysia yang mengikuti ajaran Islam sebenar sudah berlangsung berpuluh-puluh tahun dahulu. Zaman aku di Universiti dimana Saifudin Nasution adalah YDP PMI kami, perdebatan dan perbincangan sebegini akan sentiasa panas dan penuh emosi. Sesudah meninggalkan U sejak 30 tahun dahulu, perdebatan ini tidak pernah reda dan selama itulah UMNO dituduh sebagai tidak berada dilandasan yang betul...kata-kata yang sedikit berlapik, bahasa sebenar yang hendak dihujahkan adalah UMNO tidak Islamik atau tidak cukup Islam, itu sebab ustaz Harun Taib berani mempersoalkan sembahyang orang UMNO.
Cuma disepanjang polemik ini UMNO kurang memberi tumpuan untuk menyerang balas PAS atas tuduhan dan hujahan ini. Mungkin UMNO tidak mahu membuang masa untuk berpolemik dengan PAS , sebaliknya mahu terus menumpukan perhatian kepada pemerintahan negara. Mungkin juga UMNO tidak mempunyai ulamak yang bersedia untuk menumpahkan darah untuk mempertahankan UMNO atau memang tiada ulamak dalam UMNO, aku kurang pasti.
Kelihatannya bila bercakap tentang Islam, PAS seolah olah memiliki HAK berdaftar. Mereka bebas mencaci dan memaki UMNO tanpa reaksi berpatutan sehingga ditegur oleh cendikiawan yang tidak berpolitik. Kini aku perhatikan perdebatan ini sudah menghampiri tiada titik kembali. Seolah-olah UMNO lebih hina dari anjing dan babi, najis yang layak dijauhi. 3 juta ahli umno yang mewakili hampir separuh orang Melayu yang layak mengundi kini dipersoalkan ke Islaman mereka. Jika kita lihat di alam maya pula pendokong-pendokong yang dahulunya neutral sudah mula memilih pihak yang hendak disokong. Pendokong-pendokong UMNO sudah mula bersuara.
Persoalan yang hendak aku lontarkan dari pemerhatian aku bertahun-tahun ini adalah jika UMNO tidak mampu memerintah negara mengikut ajaran Islam sebenar apakah PAS berupaya?
Setahun sesudah PRU 12 dengan 3 negeri tambahan dibawah kelingking Pakatan Rakyat, apakah Kepimpinan PR mengikuti ajaran Islam sebenar? (Ustaz Harun mendakwa Kepimpinan BN tidak mengikuti ajara Islam sebenar), Mengapa PAS dengan rela bertangguh-tangguh untuk menegakkan "AJARAN ISLAM SEBENAR"?. Di Selangor arak masih dijual berleluasa, Kerajaan Negeri masih menjadi pelanggan bank riba, Jenayah masih meningkat dan kini sudah ada tuduhan dari kaum mereka sendiri yang pembesar mereka berselingkuh dengan gangster.
Mengapa PAS dengan rela menangguhkan matlamat utama mereka sehingga rakan-rakan Pakatan mereka bersedia (Kenyataan Hj Hadi di awal kemenangan PR). DAP sudah dengan jelas mengistiharkan mereka tidak akan menerima kerajaan Islam PAS, jadi soalan aku bila agaknya rakan-rakan PAS dalam Pakatan akan bersedia?. Ataukah ia hanya helah PAS untuk menyorokkan ke tidak upaayan mereka?. Bukankah UMNO juga boleh menggunkan alasan yang sama. Kami tidak dapat menghayati Islam sebenar kerana rakan-rakan kami dalam BN tidak bersedia.
Soalah lain adalah adakah dengan menegakkan negara Islam tiada jenayah, perjudian, arak , rasuah dan sebagainya? Hello tuan-tuan ARE YOU FROM PLANET EARTH?. Hakikatnya apa pun jenis dan model kerajaan yang negara ini anuti kita tetap akan menghadapi jenayah, rasuah, hak asasi, pelacuran, judi dan berbagai lagi. Setakat ini PAS tidak menawarkan apa-apa pilihan yang fisibel kepada rakyat Malaysia, selain dari hujahan-hujahan retorik. Kita tidak ditawarkan model pemerintahan mengikut acuan PAS, model ekonomi negera Islam PAS atau doktrin pertahanan untuk melindungi negara Islam PAS dari MOSSAD dan CIA. Yang ada hanya cerita cerita UTOPIA yang indah-indah yang tidak bersandar kepada realiti politk semasa.
Jauh disudut hati aku, aku rasa PAS amat mengerti realiti sebuah negara yang dinamakan Malaysia ini dengan jumlah penduduk Islamnya hany 50% dan ekonomi dikuasai oleh kaum Cina yang memegang lebih 80% hasil mahsul negara ia akan menghadapi masalah untuk mewujudkan negara Islam tanpa sokongan Melayu UMNO yang diragui keIslamannya.
Salam untuk Melayu PAS dan Melayu UMNO
1 comment:
Salam.
Teringat saya mengenai firman Tuhan kepada iblis yang memohon tangguh apabila diarah ke neraka.
Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."
Iblis minta tangguh sehingga kiamat baru dia nak masuk neraka. PAS dan UMNO pun dah berjangkit dengan iblis. Bertangguh-tangguh sampai kiamat baru nak haramkan jualan arak, pusat judi, rumah pelacuran dan faedah riba? Dah terlambatlah pulak. Kalau nak tangguh lagi ikutlah iblis tu.
Post a Comment