Wednesday, October 28, 2009

Salam Takziah

1. Kepada Keluarga Pelajar yang terkorban akibat jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang Perak. Seperti biasa satu jawatan kuasa ditubuhkan untuk menyiasat secara menyeluruh sebab musabab mengapa jambatan ini runtuh. Kemungkinan besar hasil siasatan akan disimpan tanpa sebarang tindakan diambil sebaik sahaja isu ini sejuk.

2. Kepada Keluarga Pembantu rumah Allahyarham Mantik Hani. Semuga Allah menempatkan mu disisi orang-orang ang dirahmati. Kepada keluarga beliau aku sebagai rakyat Malaysia ingin memohon maaf diatas nasib malang ini. Sebagai rakyat Malaysia aku amat malu sekali dengan tingkah laku kebinatangan yang ditunjukkan oleh sekumpulan manusia binatang ini.

Seperti biasa perbuatan ini dilakukan oleh manusia yang merasakan orang Melayu adalah rasis dan penindas.

Salam penuh kesedihan

No comments: