Kerajaan DAP dengan bantuan Melayu Islam PAS dan PKR dengan secara halus merampas tanah-tanah wakaf Islam dengan menghalang pemindahan nama dari pewakaf ke MAIP. Proses yang diterimapakai sebelum ini adalah memindahkan nama dari pewakaf ke Kerajaan Negeri ke MAIP. Namun kini proses tersebut diubah pewakaf ke Kerajaan Negeri ke SSI ( State Secretariat Incorporated). Jika ini dilakukan kepada kaum Cina sudah tentu Melayu dituduh rasis dan dipanggil dengan berbagai2 nama.
Inilah yang aku takut dengan PAS selama ini. Kehebatan mereka menghambur ayat-ayat Quran melebihi kebolehan mereka membaca kanun undang-undang tanah. Kehebatan mereka berpolitik terhad kepada ceramah-ceramah yang bersandarkan gossip semata-mata. Apabila tiba kepada susur galur undang-undang dan permainan poltik secara halus mereka gagal membaca rentak.
Dan disitulah hebatnya permainan politik kaum Cina dari DAP ini. Kebolehan mereka memanipulasi amat licik sekali. Apabila tanah wakaf sudah jatuh kepada SSIC, ia akan dilupakan sebagai tanah wakaf selepas beberapa tahun. Tiada siapa yang akan bertanya atau boleh mempersoalkan status tanah tersebut kerana diatas geran pemilikkan tidak akan disebut sebagai tanah wakaf. Sangkabaik mereka dengan teman-teman sekatil yang tidak sealiran fahaman ini akan memakan mereka.
Tidakkah anda tertanya-tanya DAP tentang keobsesan mereka? "ada apa dengan tanah"? Di Perak mereka mahu semua tanah TOL orang-orang Cina diberi hak 999 tahun. Di Pulau Pinang mereka mahu mengambil tanah milik orang Islam. Di Selangor mereka mahu menggunapakai duit zakat orang Islam dan telah ada cadangan untuk mengguna tanah wakaf untuk tujuan komersil dengan alasan nilai tanah ini tinggi.
Jika kita berkata inilah nasib kita jika kita tidak menjaga kuasa politik kita, kita akan dilabel sebagai nasionalis sempit. Namun jika dibiarkan kita akan menerima nasib seperti rakyat Palestin yang tanahnya diambil sedikit demi sedikit sementara pimpinan mereka bertelagah.
No comments:
Post a Comment