Berita Buruk untuk mereka yang gemar merusuh dan berguling-guling diatas jalan raya. Negara yang konon memberitahu dunia bahawa mereka adalah obor demokrasi dan kebebasan bersuara kini memberitahu dunia bahawa mereka tidak suka penunjuk perasaan. Jika mereka mengkritik negara ini kerana tidak membenarkan perkumpulan tanpa permit, kini mereka juga sudah melarang perkumpulan haram (illegal gathering)
Malah mereka kini sudah mempunyai pelbagai jenis senjata ampuh yang boleh digunakan untuk mengawal perusuh-perusuh di jalanraya. Senjata tidak membunuh ini dinamakan 'non lethal weapon'. Malah mereka kini sedang mencipta senjata tidak membunuh mereka dari kapal terbang untuk memudah pergerakan kawalan rusuhan.
Jika anda berasa tertindas oleh keganasan polis Malaysia, maka anda jangan terkejut jika Polis Di Amerika lebih brutal. Malah mereka rupa mereka dengan topi keledar sudah hampir seperti storm trooper Star Wars.
Jika anda mengikuti perkembangan tunjuk perasaan di Pitsburgh sempena persidangan tempoh G20 tempoh hari anda akan dapati senjata-senjata baru ini sudah banyak digunakan.
1. LRAD - Long Range Acoustic Device (klik sini)
Alat ini digunakan untuk menembak bunyi bingit yang berfrekuensi tinggi yang mampu menyebabkan gegendang telinga anda pecah.
2. Active Denial System (klik sini)
Alat ini akan menembak gelombang mikro yang akan menyebabkan lapisan dibawah kulit anda mendidih tanpa kesan luka. Boleh digunakan dalam jarak 700m.
3. M5 Modular Crowd Control
Bertindak seperti grenade tetapi letupannya mengandungi bebola getah yang tidak menembusi kulit tetapi cukup menyakitkan
Itu senjata yang telah dihasilkan. Bayangkan pula senjata-senjata untuk mengawal rusuhan yang masih didalam peringkat kajian dan prototaip. Dikhabarkan beberpa jenis senjata termasuk sejenis senjata kimia yang boleh membuat anda seperti dibius (biological incapacitating weapon) sedang dikaji dengan intensif.
Senjata taser (klik sini) yang boleh digunakan untuk menembak kejutan elektrik telah pun dibeli oleh Polis Malaysia. Kini sedang dicipta adalah sejenis taser tanpa wayar yang boleh melumpuhkan manusia seketika dalam jarak 50m.
Selamat Datang ke Era Robocop.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Lebaran buat sdr KJ.
Nampaknya perusuh-perusuh di Malaysia perlu memperkemaskan diri dengan ilmu-ilmu kebal dan ghaib dahululah sebelum berfikir untuk merusuh...manusia akan menjadi lebih GANAS!
"MAAF ZAHIR & BATIN DARI SAYA".
Post a Comment