Mungkin kita manusia bertuah kerana dapat hidup dalam satu titik perubahan zaman yang bakal melanda dunia sekarang ini. Kita bertuah kerana kita mungkin dapat menjadi saksi kepada beberapa kejadian fenomena alam. Kita akan menjadi saksi apakah ramalan tamadun Mayan itu benar.
Apakah perubahan jajaran bumi yang diramal itu benar , apakah perubahan polar itu benar atau apakah pemanasan global itu benar (dikhabarkan dalam tempoh 20 tahun kutub utara akan kehilangan aisnya). Jika itu semua berlaku apakah natijahnya kepada dunia dan umatnya. Jika tidak kita akan mentertawakan diri kita kerana mempercayai ramalan ahlil nujum2 sama ada zaman dahulu atau zaman terkini.
Satu lagi peristiwa penting yang akan kita saksikan adalah dimana populasi dunia akan mencecah kepada 10 billion (jumlah sekarang sekitar 7 billion). Dijangka bumi dengan semua sumber yang ada tidak akan mampu menampung populasi sebegini banyak tanpa mengalami kegagalan eko sistem yang kronik.
Kita juga akan menjadi saksi kepada beberapa peristiwa bersejarah ciptaan manusia yang akan menentukan hala tuju dunia untuk beberapa ratus tahun akan datang.
Kita dijangka akan menyaksikan keruntuhan sistem ekonomi Amerika akibat penolakan matawang dollar sebagai 'reserve currency' dunia. Ini akan menyebabkan Amerika akan kehilangan hegemoninya didalam sistem geo politik dunia dan Israel akan kehilangan taiko yang sentiasa melindungnya.
Natijahnya dunia akan berpecah kepada beberapa kumpulan yang akan bersaing untuk merebut sumber-simber alam untuk meneruskan kelestarian masing-masing. Apakah ini baik untuk dunia? Hanya Allah yang tahu.
Senario kedua adalah kita akan melihat peperangan dunia ketiga akibat keinginan Amerika untuk terus mengekalkan kekuasaannya keatas dunia. Yang pasti jika Amerika cuba menakluk Iran atas alasan senjata nuklear, walaupun tujuan sebenar adalah untuk menguasai minyak sebagai satu senjata untuk mengalahkan Cina. Cina dijangka menjadi superpower dunia dan Amerika sedang berusaha untuk menghalangnya. Dalam senario ini Israel akan menjadi dalang bagi menghuru harakan Timur tengah bagi mencapai tujuannya untuk menguasai Baitulmaqdis.
Tempoh Sembilan Tahun dari sekarang akan menentukan nasib dunia. Malaysia perlu mempunyai perancangan strategik tersendiri bagi memastikan kita tidak terlalu terkesan oleh pergolakan dunia. Amerika dijangka cuba menguasai Asia Timur dalam usahanya berhadapan dengan China dan ini belum tentu berfaedah kepada negara.
Ada satu lagi krisi yang tidak langsung diperkatakan di Malaysia. Krisis bekalan makanan dunia. Semuanya dijangka berlaku dalam tempoh satu dekad!.
Dengarkan temuramah-temuramah yang sangat menarik ini;
America will go to war to try to solve it's problem
Krisis makanan dunia dalam tempoh 5-10 tahun;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment