Apakah ini tanda-tanda seperti yang diramalkan oleh kebanyakkan pendokong-pendokong teori yang dunia akan berubah zaman pada 20.12.2012?
Tulisan ini bukan untuk berkempen atau memujuk anda untuk mempercayai bahawa dunia akan berubah zaman pada 2012, cuma sekadar memberi perspektif tentang 2012. Dimana telah diramalkan oleh tamadun silam bahawa akan berlaku malapetaka alam besar-besaran disebabkan oleh beberapa fenomena alam semula jadi.
1. Kedatangan Planet Nibiru
Planet Nibiru dipercayai telah direkodkan oleh tamadun Sumeria. Dipercayai Tamadun Sumeria adalah tamadun yang petama dunia yang mempunyai rekod bertulis. Planet Nibiru mengorbit matahari 3600 tahun melalui Marikh dan Jupiter. Planet ini sangat besar dan mempunyai tarikan graviti yang sangat kuat. Apa bila ia menghampiri garisan orbitny yang berdekatan bumi, tarikan gravitinya akan menarik kerak bumi yang terdiri dari besi yang akan menyebabkan banyak malapetaka alam seperti gempa dan letusan gunung berapi akan berlaku.
Planet ini akan berada dalam jarak yang paling hampir dengan bumi pada 2012.
2. Pertukaran Zaman
Tamadun Maya dari Amerika Selatan percaya bahawa dunia akan bertukar zaman pada setiap 5000 tahun. (Secara kebetulan Agama Hindu juga percaya dunia dibahagikan kepada beberapa zaman yang setiap satunya selama 5000 tahun). Kalendar Maya terkenal sebagai amat tepat kiraannya sekalipun tidak mempunyai teknologi moden seperti sekarang. Kalendar Maya akan berakhir pada 20.12.2012. Namun perlu diingat kalender tidak meramalkan kiamat tetapi meramalkan perubahan zaman yang mana pengakhirnya akan berlaku banyak bencana sebelum zaman baru timbul.
3. I-Ching
Heksogram I ching (klik disini) digunakan sejak 4000 tahun dahulu untuk meramal masa depan. Seorang pengkaji Terrence McKenna telah membuat carta I Ching dalam bentuk graph dan mendapati Graf I Ching berakhir pada 20.12.2102 .
4. Perubahan Jajaran Bumi dan pusat galaksi dan Perubahan Kutub (Polar Shift)
Dipercayai bumi akan mengalami perubahan jajaran setiap 26,000 tahun. Ini akan menyebabkan kutub utara dan kutub selatan akan berubah tempat. Tahukah anda bahawa Alaska pernah berada di garisan khatulistiwa?. Banyak bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Alaska pernah berada dikawasan tropik, dimana fosil-fosil tumbuh-tumbuhan dan binatang menunjukkan ia berada di garisan tropik. Dalam satu kajian yang aku baca, salah satu akibat dari 'polar shift' ini adalah matahari akan terbit dari barat.
Semua ini hanyalah satu rutin kepada bumi dan alam semesta yang sudah berusia 15 billion tahun. Tetapi kepada manusia yang hanya menghuni bumi sekitar 3 juta tahun sahaja (dan dalam tempoh itu menyebabkan banyak kerosakkan) semua ini adalah sesuatu yang baru.
Namun secara kebetulan banyak peristiwa-peristiwa yang akan menjadi titik perubahan kepada sejarah manusia dibumi dijangka akan berlaku sekitaran 2012. Misalnya Amerika dijangka menghadapi huru hara, malah diramalkan akan berpecah diantara 2014-2015.
Mungkin ini semua akan menjadi tapak untuk Islam kembali sebagai Agama yang kukuh
Salam untuk semua
No comments:
Post a Comment