Tuesday, October 6, 2009

Mungkinkah perang Salib moden telah bermula?


Iraq sudah berada dibawah genggaman Amerika. Kini Amerika sedang berkira-kira untuk menghantar 45 ribu tentera ke Afghanistan. Penempatan tentera sebegini banyak mempunyai dua tujuan. Ia boleh digunakan untuk mengepung Iran ( Amerika masih mempunyai lebih 100 ribu tentera di Iraq) dan untuk masuk ke Pakistan jika keadaan memerlukan.


Gendang perang keatas Iran sudah dipalu dengan sorakan oleh Israel. Dengan gesaan pelobi yahudi teriakan perang semakin panas. Cuma kita menanti sama ada amerika berani bermain api. Kita tahu Iran bukan calang-calang negara. Dengan teknologi dan semangat juangnya, Iran bukan makanan yang mudah seperti Iraq dan Afghanistan.


Kini negara-negara teluk mengambil satu langkah yang mengejutkan dengan berpakat dengan Cina dan beberapa negara lain untuk berniaga tanpa menggunakan dollar Amerika (klik sini ). Jika berita ini benar, ini bermakna kuasa dollar yang menjadi tunjuang kekuasaan Amerika keatas dunia akan runtuh. Amerika pasti tidak mengizinkan ini semua berlaku tanpa sebarang tentangan dari mereka.


Tindakbalas Amerika adalah brutal. Saddam Hussein pernah mencabar Amerika dengan menjual minyak menggunakan euro. Kita tahu apa sudahnya.


Ekonomi Amerika sangat bergantung kepada keupayaannya menguasai sumber-sumber semula jadi dunia. Oleh yang demikian keupayaannya menguasai dunia Islam yang menguasai sumber minyak dunia adalah perlu untuk mempertahankan kelestariannya. Demikian para sarjana pemikir mereka sudah merancangkan satu bentuk dktrin yang bakal digunakan untuk kekal sebagai kuasa tunggal dunia. Mereka menanggap diri mereka ROM zaman moden.

Project for New American Century sudah di hasilkan 10 tahun sebelum Iraq ditawan. Maknanya perang diIraq sudah dijangka dan dirangka lebih awal lagi. Jika mereka meneruskan doktrin ini maka negara-negara Islam akan jadi bahan percaturan mereka untuk merebut hasil mahsul dunia.


Afghanistan sebuah negara miskin? -fikirkan semula, kerana dalam tempoh 10-20 tahun lagi Afghanistan akan menjadi salah satu negara kaya dunia. Sebabnya Afghanistan mempunyai deposit mineral emas, tembaga dan nikel yang besar. Ini tidak termasuk simpanan gas dan minyak yang cukup besar yang boleh menandingi Iran (klik disini). Jelas Amerika mempunyai niat lain selain dari keadilan, demokrasi dan kebebasan bersuara.


Untuk memberi mereka justifikasi bagi menakluk negara Islam, kempen untuk memburuk-burukkan Islam dilancarkan dengan perisikan mereka menaja para teroris yang kemudiannya mencetuskan huru hara. Kempen yang tersangat licik ini menipu umat Islam sendiri.


Jika anda mengkaji peta dunia yang dicadangkan oleh Project for New American Century, Dunia Islam akan dipecah2 kan lagi mengikut kehendak Yahudi (yang menguasai Amerika). Ini mungkin diikuti dengan penubuhan satu Bank Pusat untuk seluruh dunia ( sudah pun dicadangkan - konon bagi mengatasi kemelut krisis kewangan sekarang) .


Masalah sekarang ini adalah pemimpin Islam kita tidak mempunyai jawapan bagi menangani niat jahat Amerika. Kebanyakkan pemimpin Islam sudah dikuasai oleh Amerika yang akan mengiakan semua kehendak mereka.


Malah seorang pemimpin kita adalah visiting diplomat bagi Council of Foreign Relation (CFR) yang kebanyakan anggotanya adalah pencetus idea Project for New America Century tadi.
Nampaknya mimpi untuk menubuhkan kerajaan dunia ( new world order-klik The Big Agenda kat koleksi video Kalam jauhari) seperti yang disebut didalam kitab yahudi (talmud) dimana orang yahudi tidak mempunyai negara tetapi dapat pergi ke mana-mana negara dunia ini dan memerintah dunia akan menjadi kenyataan.


Mungkinkah Yakjuj dan Makjuj akan tampil pada waktu itu?




No comments: