Sunday, July 5, 2009

Berhati-hatilah dengan orang-orang yang menjual ayat-ayat tuhan untuk sedikit keuntungan dunia



Lama dahulu ada sekumpulan manusia yang diatas kefahaman mereka menubuhkan satu jemaah yang beriltizam untuk hidup mengikut syariat Nabi Muhammad. Mereka berpandangan manusia didunia ini telah jauh terpesong dari jalan yang. Jemaah ini menyebarkan satu aliran pemikiran yang sederhana kehidupannya, sunnah Rasulallah sebagai panduan dan pegangan. Mereka menggunakan ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulallah sebagai bukti yang mereka berada dijalan yang betul. Diringkaskan cerita, aliran pemikiran mereka mendapat sambutan yang hebat dan mereka berkembang sebagai suatu jemaah yang boleh dikatakan berkuasa dan mempunyai aset yang banyak. Pemimpinnya menjadi kaya raya dan mula mencabar kuasa politik semasa. Jemaah ini kini telah di hancurkan kerana dikatakan mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan Islam. Mereka diharamkan dengan menggunakan ayat-ayat Allah juga!




Namun gerakan ini berevolusi dengan cara mereka sendiri, Pemimpin mereka kini dilihat sebagai seorang yang mempunyai karamah. Pemimpin yang mampu memberi syafaat diakhirat.

Malah gambar-gambar Pemimpin Agung ini kini diletakkan didalam dompet bagi mendapat berkat orang yang membawa gambarnya. Gambar pemimpin ini diletak didalam teksi dan kereta untuk mengelakkan kemalangan, di telefon bimbit. malah dikatakan pengikutnya akan mendapat berkat hanya melihat gambarnya sahaja.



Disuatu tempat yang lain lahir satu kumpulan yang juga menggunakan ayat-ayat tuhan untuk menunjukkan gerakan dan aliran pemikiran mereka tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Pemimpi gerakan ini menjadi terkenal kerana kebolehan untuk menyembuhkan penyakit dan memakbulkan doa. Pemimpin ini juga juga dkatakan mempunyai hikmah dan karamah. Para pengikut yang datang dari berbagai latar belakang dan agama datang dari segenap pelusuk untuk melihat wajahnya, kononnya untuk mendapat berkat dan memakbulkan hajat. Ada yang datang untuk mencium kaki beliau. Sudah tentulah gerakan ini juga dpat mengumpulkan banyak wang dan aset hasil dari sokongan pengikut-pengikut yang setia.



Menggunakan ayat-ayat Allah untuk mengumpul pengikut bukan satu perkara baru. Menggunakan kuasa agama untuk membina satu tapak kuasa adalah biasa berlaku dimana-mana pelusuk dunia ini. Semua pihak ini mendakawa mendapat restu dari Allah. Lantas pemimpin mereka dipanggil dengan berbagai-bagai gelaran yang elok-elok untuk menunjukkan kepada yang lain betapa pemimpin mereka adalah golongan terpilih.



Benarkah dengan menggantung gambar pemimpin pilihan ini manusia akan terpelihara dari gangguan? Benarkah dengan melihat wajah pemimpin ini kita akan mendapat berkat ? Benarkah dengan hanya berada berdekatan dengan beliau kita akan masuk syurga?.



Dakwaan gambar pemimpin boleh mendatangkan berkat ini malangnya adalah satu budaya biasa dalam masyarakat dunia. Orang-sorang Siam memberi penghormatan kepada Raja mereka dengan menyembah gambar Raja-Raja mereka. Orang -orang Sikh menyimpan gambar guru Narnak didalam dompet dan telefon bimbit. Begitu juga dengan orang-orang Buddha.



Itulah sebab Nabi Muhammad menegah dilukis gambar atau arca mana nabi didunia ini kerana beliau takut di'idolised' oleh ummatnya. Tetapi mengapa fenomena ini menjadi ikutan umat Islam yang konon berpegang kepada ajaran yang satu. Jalan yang lurus?. Mengapa pemimpin terbabit yang tahu perkara ini bertentangan dengan Islam tidak menegah atau menambil tindakan untuk mengelakkan perkara tersebut dari tejadi?



Fenomena menjual ayat-ayat Allah untuk sedikit keuntungan dunia ini sudah menjadi terlalu lazim di Malaysia ini. Kini kita ada Ustazah yang meng'endorse' shampu lengkap dengan hadis. Kita ada ustaz yang menjual ubat gigi, kismis ajaib, air jampi dan berbagai-bagai lagi untuk sedikit keuntungan. Kita tidak ada lagi tuan guru yang berdakwah secara percuma. Tidak ada lagi mubaligh yang sanggup pergi ke penempatan orang asli untuk menyebarkan ajaran Allah. Malah kini kita ditawarkan dengan hadiah keduniaa seperti ganjaran wang tunai jika kita mengahwini orang asli dan janda. Islam kini diukur dari sudut wang ringgit oleh orang yang mengaku berjuang atas jalan Allah. Kita kini terlalu banyak yang menjerit halal haram dari kerusi empuk yang berhawa dingin.



Kita kini tidak berdakwah lagi, kita hanya ingin berwacana untuk menentukan engkau betul ?atau aku betul? Kita kini hanya perlu melihat wajah Pemimpin Agung untuk masuk syurga, jadi mengapa perlu untuk berdakwah lagi?



Kini kita telah terlalu pandai sehingga kita mengambil HAK TUHAN. Kita kini boleh menentukan siapa yang sesat lagi menyesatkan, siapa yang masuk syurga, siapa yang masuk neraka sebelum mereka ini dihisab di Mahsyar.




Salam untuk saudagar ayat dan saudagar jannah....










3 comments:

Anonymous said...

Salam.
Golongan inilah yang dimaksudkan oleh firman-firman Tuhan, iaitu menjual kalam Tuhan dengan harga yang sedikit. Semoga kita terpelihara.

Mohd Shubhi said...

Iblis yang hidup sejak terciptanya Nabi Adam, berazam menyesatkan manusia, di izinkan Allah hidup sehingga ke penghabisan dunia...bukanlah calang-calang makhluk untuk kita mengambil mudah mengelak dari diperdayakannya...

KALAM JAUHARI said...

Salam untuk Tuan Zaidi dan Subhi, dalam kita menjalani kehidupan ini terlalu banyak hijab yang perlu dilepasi. Semuga Allah merahmati semua yang mencari kebenaran...