Wednesday, June 10, 2009

Apa Yang PAS Mahu?

Kita tahu PAS bukanlah memusuhi UMNO secara total. Begitu juga UMNO tidak memusuhi PAS sehingga berkerat rotan berpatah arang. Begitulah sifat orang politik, tidak bermusuhan secara kekal, tidak juga berkawan secara kekal. Jika ada kepentingan kedua-dua pihak yang boleh di nikmati, semua boleh diatur. Begitulah permainan politik tiada sahabat atau musuh yang kekal, begitulah hebatnya kuasa. Ia mengubah manusia.

Cuma yang menjadi kemusykilan kaum kini ialah hiruk pikuk Kerajaan Perpaduan oleh PAS ini. Pada masa yang sama mereka masih berpeluk-pelukan dengan Pakatan Rakyat. Setakat ini tiada definisi yang diberikan oleh PAS akan maksud Kerajaan Perpaduan ini. Setahu aku Kerajaan Perpaduan ini dibentuk apabila tiada parti atau pihak yang mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Di Malaysia ini belum pernah berlaku.

Aneh juga UMNO tidak begitu nampak kesungguhan mereka. Aku tidak tahu sama ada UMNO ini malu-malu kucing atau apa. Hakikatnya Kerajaan Perpaduan tidak menjadi isu utama dalam agenda UMNO. Tidak ada perbahasan atau polemik seperti yang berlaku didalam PAS.

Apa yang PAS ingin capai dari Kerajaan Perpaduan ini? Hak untuk berkongsi kuasa? jika mereka menunggu PRU 13 yang tidak berapa lama lagi ini, mereka mungkin mendapat kuasa yang diinginkan. Keinginan untuk menyelamatkan UMNO? menyelamatkan UMNO dari apa? UMNO mempunyai jumlah kerusi yang 2x ganda dari PAS di Parlimen.

Atau adakah PAS merasa mereka telah memecahbelahkan umat Melayu sehingga ke titik tidak dapat berpatah balik dan dengan itu perlu untuk menyejukkan suasana?. Atau PAS mahu menggunakan isu Kerajaan Perpaduan dan UMNO sebagai alat untuk berunding dengan PR?

Pada aku PAS sudah cukup kuat untuk berduri sendiri. PAS sudah mampu menjadi alternatif UMNO dan tidak perlu untuk berpadu dengan sesiapa. Lagipun kalau dilihat maki hamun ahli-ahli PAS kepada UMNO aku rasa tidak akan ada perpaduan antara mereka. Takkan nak jilat ludah balik.

Yang paling baik bagi mereka sebelum mentalkinkan UMNO adalah untuk mentalkinkan 'Kerajaan Perpaduan' mereka.

4 comments:

PUTRA MERDEKA said...

politik bro, tiada musuh sepanjang hayat..tiada kawan sepanjang zaman.
dari segi roh dan semangatnya bagus lah bangsa melayu ni bersatu tanpa mengorbankan parti masing-masing.
survival bangsa itu yang lebih utama!
salam

KALAM JAUHARI said...

T/kasih putra merdeka. Itulah maksud saya secara tersirat. UMNO dan PAS tidak perlu berpadu untuk bersatu. Mereka boleh bersatu dengan memperjuangkan hak dan nilai yang sama. UMNO dan PAS berada di dua kutub yang berlainan tetapi masih boleh berbeza tanpa memusnahkan antara satu sama lain.

shahpaskal said...

Merepek sebenarnya ide Kerajaan Perpaduan ini. Yang peliknya, orang PAS menuduh orang UMNO yang terhegeh-hegeh. Betulll ke?

ZulBahau said...

Realitinya shah, orang atasan ini bertepuk bertampar sesama mereka. yang bercakaran orang bawahan je..