Wednesday, June 3, 2009

Bumbung Runtuh...Penjarakan pihak yang bersalah!




Kes bumbung runtuh di Gong Badak tempoh hari akan menguji slogan Datuk Seri Najib Tun Razak, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Sejauh mana mereka berani bertindak kepada sesiapa yang membahayakan nyawa awam akan kita saksikan selepas ini. Kalau di Korea atau di Taiwan tentu sekali sudah ada yang masuk penjara. Sudah sampai masanya untuk kita mengambil tindakan yang sama.


Mari kita lihat senarai individu dan agensi yang patut diteliti oleh MACC dan agensi lain yang bertanggung jawab.


1. Arkitek yang merekabentuk bangunan ini. Beliau juga biasanya pegawai penguasa kepada projek berkenaan. Tidak ada apa yang boleh berlaku ditapak pembinaan tanpa keizinan beliau. Beliau yang memberi perakuan siap kerja. Ini bermakna beliau memperakui kerja-kerja telah disiapkan dengan memenuhi piawaian sepatutnya. Ini juga bermakna beliau mengambil tanggung jawab sepenuhnya kepada integriti bangunan ini.


2. Jurutera Sivil dan struktur projek. Beliau bertanggungjawab merekabentuk dan mengira kekuatan struktur cukup untuk menahan beban. Beliau juga bertanggung jawab mengesahkan semua bahan yang digunapakai untuk projek ini menepati spesifikasi dan menepati piawaian. Apabila beliau memberi lampu hijau untuk kontraktor meneruskan kerja setelah diperiksa beliau secara sedar mengakui pihak kontraktor memenuhi kehendak-kehendak kontrak.


3. Pihak kontraktor utama. Sekalipun pihak ini yang pertama disalahkan, tetapi jika kita meneliti hirarki projek , beliau merupakan pihak yang berada dibawah dari 2 pihak diatas. Jika runtuhan ini berlaku ketika projek sedang disiapkan maka itu mungkin tanggungjawab lansung beliau. Tetapi jika ia berlaku selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan maka ia tidak lagi berada dibawah tanggungan beliau.
Mungkin pihak kontraktor melakukan penipuan bahan dan sebagainya tetapi itu tugas jurutera dan arkitek untuk menetapkan keputusan. Pihak kontraktor tidak akan dapat menipu kerana arkitek dan jurutera mempunyai wakil mereka yang sentiasa berada ditapak untuk menentukan semua piawaian dipatuhi. KECUALI JIKA MEREKA SEMUA BERPAKAT!.
Aku percaya projek ini tidak ditenderkan secara terbuka tetapi sebaliknya di'award'kan secara runding terus. Ini bermakna projek tersebut mempunyai margin keuntungan yang mencukupi tanpa perlu pihak kontraktor memotong bucu (cut corners).
Apapun kita perlu melihat semua ini dari sudut yang rasional. Cuma dalam bidang kejuruteraan semua risiko boleh dikira. Bidang kejuruteraan mempunyai kiraan 'safety factor' nya sendiri. Jadi tidak ada yang tidak rasional dalam sebarang keputusan mereka.
Yang pasti kejadian seumpama sememangnya akan menimbulkan persoalan kredibiliti industri pembinaan di Malaysia. Tidak akan ada negara yang akan melantik kontraktor Malaysia jika ini terus berlaku!
salam...

No comments: