Sunday, June 28, 2009

DEB sudah hampir mati

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa biasiswa JPA akan diberikan 100% berdasarkan merit pada tahun hadapan, maka semakin jelaslah kepada kita bahawa Dasar Ekonomi Baru telah semakin hampir kekuburnya. Dasar ekuiti 30% bumiputera yang menjadi salah satu polisi ekonomi sebelum ini telah pun dihapuskan oleh pengumuman beliau yang lalu. Kementerian Pembangunan Usahawan telah dipecahkan, maka tak banyak lagi yang tinggal untuk Bumiputera. mungkin hampir tidak ada apa-apa yang tinggal.

Jika dilihat dari satu sudutpun, sudah tidak menjadi keperluan untuk memberi keistimewaan kepada pelajar bumiputera untuk mendapat biasiswa berdasarkan kuota. Sebabnya kebanyakkan penerima bisiswa ini setelah memperolehnya segera merasakan mereka layak menerima biasiswa tersebut dan bukan diatas ikhsan sesiapa. Kebanyakkan mereka ini pun setelah kembali (itupun jika mereka kembali) menjadi liberal dalam pendangan politik mereka dan mengusulkan meritokrasi. Kebanyakkan mereka juga merasa malu untuk menjadi Melayu.

Kita lihat kebanyakkan pensyarah Universiti kita yang kebanyakkan Melayu yang menerima keistimewaan berdasarkan etnik mereka, mempunyai pandangan yang liberal juga, malah kadang-kadang pandangan mereka lebih menghina bangsa Melayu. Begitu juga dengan para professional Melayu yang banyak mendapat kemudahan dari status Bumi mereka akhirnya menjadi penentang kerajaan. Berapa ramai pemimpin PAS dan PKR masih berhutang dengan Mara?

Tetapi mengapa tidak UMNO umumkan sahaja penghapusan DEB secara rasmi? Takut tidak akan diterima oleh orang Bumiputera? Jika sudah tidak ada keistimewaan menjadi Bumiputera apa guna lagi melaungkan -laungkan slogan-slogan dan retorik-retorik kosong? Eloklah letakkan semua diatas dasar meritokrasi.

Jika PM Malaysia dari UMNO berasa bersalah memperjuangkan hak yang terkandung dalam perlembagaan maka tidak usah menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu. Aku pun tidak menyalahkan beliau kerana beliau anak bangsawan, beliau tidak akan tahu kepahitan hidup dalam serba kekurangan. Beliau menghabiskan sebahagian besar masa muda beliau dibesarkan ditengah-tengah golongan bangsawan. Menjadi Melayu sebenarnya hina dikaca mata golongan ini.

Tetapi golongan elit ini tidak pernah merasa malu untuk membolot harta dan sumber negara yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat marhaen. Kini UMNO yang dikuasai oleh golongan bangsawan ini membayar harga akibat sikap tidak peduli begini. UMNO kini beralih dari bapak kepada anak kepada cucu cicit. UMNO sudah jadi harta pusaka golongan bangsawan yang tidak bersimpati langsung dengan golongan melayu yang miskin. Kebanyakkan Melayu yang berada dikelas pertengahan sudah mula menerima PAS dan PKR kerana idealisma yang boleh diterima mereka. UMNO terkapai kapai macam ayam berak kapur. Hendak membela Melayu takut Cina lari, hendak membela Cina, namanya dah UMNO.

Sudahlah UMNO, jika semua biasiswa diberi kepada golongan bukan bumiputera, mereka tetap tidak akan menyokong UMNO. Yang menyokong UMNO masih Melayu dan Bumiputera haprak yang duduk di kampung dan pendalaman Sabah dan Serawak tu.

Golongan tersebut tetap membenci Bumiputera, sejarah kebencian mereka sudah bermula sebelum ada DEB lagi. UMNO sudah tewas dengan permainan Anwar Ibrahim.

5 comments:

Anonymous said...

Salam KJ dan semua yang beriman.

Memang benar parti-parti politik di Tanah Melayu diasaskan berdasar perkauman i.e. UMNO-Melayu, MIC-India, MCA-Cina. Pengasas2 ketiga-tiga parti perkauman ini menerima "Twisted Cross" dari Queen kerana telah berjaya membawa perpecahan Islam di bumi Tanah Melayu. Syabas utk mereka...Tuhan sahaja yang membalas 'budi' mereka!

Perpaduan Islam melalui Kesultanan Islam dan perundangan Islam telah dimusnahkan oleh British. Masuk pula Raja Berperlembagaan dan perundangan syariah liberal yang mendenda pesalah zina dengan wang ringgit.

Saya amat pasti hukum Tuhan hanya ada 2. Ikuti Jalan Lurus atau ikuti Jalan iblis. Kita cuma diberi 2 pilihan semasa kehidupan.

PAS diasaskan sebagai persatuan ulamak yang kemudiannya menjadi parti politik. Sepatutnya perjuangan PAS hanya merangkumi JIHAD SUCI ke jalan Allah SWT. Apabila JIHAD SUCI terpengaruh oleh kepolitikan acuan Roman maka hancurlah JIHAD SUCI. Begitu juga UMNO yang memperjuangkan Melayu Islam. Melayu lebih penting atau Islam lebih penting?

Pengaruh dajjal diperkenal semenjak Light turun Penang. Tulisan jawi diromankan. Perundangan Islam di sivilkan. Ekonomi Islam diperbankkan (unsur riba). Rasuah menjadi permainan harian. Sejarah diputarbelitkan.
Kepolitikan assabiyah disemai. Ketuanan Islam dipatahkan dengan 2.6 juta pemberian kerakyatan kafir oleh TAR.

Apa yang nak ditakutkan kepada Illuminati dan Freemasons atau bala tentera dajjal yang menggubah Tanah Melayu dan Islam mengikut selera mereka? Sekiranya JIHAD SUCI diamalkan oleh PAS 100% dan Perjuangan Melayu Islam diperjuangkan UMNO 100%, berpandukan al-Quran dan Sunnah nescaya semua orang beriman akan bersama-sama berjihad dan hancurlah pengaruh dajjal di bumi Tanah Melayu. Balasannya kita semua menuju Jalan yang Lurus dan diredhai Nya.

Saya cuma marah dengan pengaruh dajjal yang dibawa masuk oleh Roman Empire, British Empire, New World Order, Zionis dan gereja Roman Katolik. Mereka semua tentera dajjal yang bersatu dibawah payung iblis. Mereka juga yang telah berjaya menyesatkan pengikut ajaran Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Isa (a.s.)dan kini ramai pula pengikut ajaran Nabi Muhammad (s.a.w.) sudah terikut-ikut. Tiga rasul mengajar Jalan yang Lurus.

Cuma saya terkilan dengan perjuangan memecahbelah ummah yang berlaku sesama kita sedangkan kita berpayung di bawah satu kalimah dan hanya bertuhankan Allah SWT.

Semoga semua mukmin sedar sebelum datangnya kiamat dan kita akan kembali berpayung dibawah Ketuanan Islam yang sebenarnya.
insya Allah.

KALAM JAUHARI said...

Salam kembali Sdr Zaidi, Seringkali saya terfikir apa yang menyebabkan kita sukar sekali untuk berada di "Jalan Yang Lurus" itu? Tetapi bila saya membaca ulasan Tn Guru Nik Aziz dan ulasan Tuan Mufti Harussani, maka saya faham apa yang sedang melanda kita sekarang ini.

Anonymous said...

Salam KJ.

Benar sekali kefahaman sdr KJ. Itulah juga yang saya faham. Kuat sungguh pengaruh "jalan yang bengkok"...jangan risau.
Segala kebatilan akan mula tersingkap di akhir zaman ini.

Beristiqamahlah kita hanya ke jalan ALLAH SWT. Satu-satunya Jalan yang Lurus.

Unknown said...

"Yang menyokong UMNO masih Melayu dan Bumiputera haprak yang duduk di kampung dan pendalaman Sabah dan Serawak tu.."

Kasor bonar bahaso tu tuan eh... tanpa Borneo Malaysia tidak akan semakmur sekarang. Yang orang semenanjung dok bangga sangat dengan highway la, KLCC la, projek sana projek sini, LRT, Bandar Baru, dan entah apa2 lagi la... sebahagian besar adalah daripada hasil minyak, balak, sawit dan lain2 komoditi dari Sabah dan Sarawak. Saya bersetuju dengan hujah kamu berkenaan topik di atas tetapi jangan la kata golongan Borneo ni haprak bro, klu bukan sebab borneo setuju nak masuk Tanah Melayu ketika itu untuk membentuk Malaysia, negara yang kita duduk sekarang tidak akan wujud.

Rakyat Borneo bukan haprak, cuma kurang matang dalam hala tuju politik. Mennyebabkan mereka diperkotak-katikan oleh jerung besar dari parti2 pemerintah sekarang. Tetapi apa pilihan yang mereka ada, klu undi orang lain pun result sama jer, tidak ada jaminan akan jadi lebih baik, cuma boleh pilih nak masuk mulut buaya ke mulut rimau, borneo mmg kaya dengan hasil bumi tapi kekayaan itu semuanya pergi ke kerajaan pusat. Perlu diingat, untuk mematangkan rakyat, kekayaan sedikit sebanyak adalah faktor yang penting, macam mana nak matang kalau tidak ada platform untuk mendapatkan sumber informasi yang 'bebas dan telus', jaringan internet terhad, sekolah kipas dan elektrik pun banyak lagi yang tidak ada, anak muda yang pandai pun banyak yang keluar dari negeri sendiri untuk mencari kehidupan kerana kerajaan hanya hangat2 tahi ayam untuk menarik pelabur ke Borneo.

Kalau la orang borneo ni haprak, takkan ada yang dapat masuk U, malahan ada yang lebih baik dari kebanyakan bangsa yang 'bukan borneo'.

Saya nak tanya satu benda - sapa yang lebih haprak, mengundi UM-NO atau dieksploitasi oleh parti tertentu melalui orang tertentu yang berkepentingan peribadi sehinggakan sanggup baring tengah jalan, kena sembur ngan FRU mata ngan badan sakit, kulit gatal sedangkan yang si polan nya duduk gelak kat sofa rumah. Sapa yang haprak bila wajib bagi seorang Islam itu memilih pemimpin dari kalangannya beragama Islam (surah dari Quran klu tak silap, saya non-muslim kurang arif) tetapi sanggup pangkah calon kafir semata2 fahaman politik. Sapa yang lebih haprak bile melabel orang lain menderhaka kepada orang2 tertentu yang taik dia mungkin lebih kuning dari orang lain sedangkan dia tetap manusia biasa, tidak perlu diagungkan setinggi Rasul.

Kalau pun betul golongan ini haprak, cuba orang yang tidak haprak ni 'try' hidup kat Borneo, hidup dengan keadaan yang tak ada infra di kebanyakkan tempat, berak kat tandas gantung, tidak ada bekalan air bersih, sekolah jauh 10 batu kena jalan kaki, naik bot, bile hujan tanah becak, kena buat kerja kampung, noreh getah, tanam sayur, bela ayam, hujung bulan dapat berapa puluh ringgit je. Rasa2 orang yang 'tidak haprak' ni tadi boleh hidup tak?

Aku cume atas pagas klu dalam politik, dua2 belah macam budak2, tak boleh pakai. Maaf klu ada yang tersalah fakta, maklumlah aku ni bumiputera borneo yang mungkin haprak dan tak tau apa2,

KOREK ME IF I'M WRONG

Maaf klu ada yang tersalah fakta, maklumlah aku ni bumiputera borneo yang mungkin haprak dan tak tau apa2, lagipun aku tak ada hati pun nak sokong mana2 parti, dua2 belah tak boleh pakai. Time undi pun kite pangkah, sebab awal2 lagi kita tau orang tu tak betul, klu dia baik mesti kita tanda 'rite'.

KOREK ME IF I'M WRONG