Tuesday, December 30, 2008

Posting terakhir 2008


Tinggal beberapa waktu sahaja lagi untuk kita berada didalam pelukan duka 2008. Aku percaya tidak ramai menyangka bahawa 2008 akan menyaksikan satu peristiwa hitam berskala global. Runtuhnya sistem kewangan dunia yang dikepalai oleh Amerika Syarikat yang dicanang sebagai sempurna.

Ketika aku mendalami disiplin pentadbiran perniagaan beberapa tahun dahulu, sistem kewangan Amerika ( Barat) adalah model yang dianggap sempurna dimana semua pemain dianggap mempunyai maklumat setara, tiada sesiapa dianggap mempunyai kebolehan untuk manipulasi kerana sistem 'self regulation' dan perundangan yang mencukupi berbanding model kita di Malaysia.


Tetapi itu dahulu, hakikatnya dengan semua teknologi yang ada rupa-rupa masyarakat Amerika boleh dibutakan serta dipesongkan persepsinya oleh media yang direncana sedemikian rupa. Jika tidak kerana wujudnya internet keadaan mungkin akan menjadi lebih teruk dan busuk.


Sebenarnya kita berada dalam sati situasi yang unik dan istimewa kerana kita semua berada di dalam persimpangan sejarah ( turning point of history) , yang mana dunia akan berubah wajah dan arah sama ada menjadi lebih baik atau buruk bergantung kepada beberapa keadaan yang belum kita ketahui.


Hakikatnya dalam hayat kita semua, kita telah melihat keruntuhan empayar Soviet yang berpecah kepada beberapa negara serpihan dan kita melihat kebangkitan Russia sebagai satu tamaddun yang tersendiri. Kita melihat kebangkitan China dan India sebagai satu prospek kuasa dunia yang akan datang dan kita telah mula melihat tanda-tanda keruntuhan tamaddun barat.


Ini tidak bermakna kuasa barat ( Nato, Amerika Utara, Autralia/NZ) akan runtuh serta merta, tetapi apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan kuasa mereka boleh dihakis. Ini bermakna mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mencorak dunia mengikut kehendak mereka tand tindak balas yang wajar.


Hakikatnya kuasa barat sangat mengerti tentang keadaan mereka, ini yang menjadikan dunia akan jadi lebih huru hara, mereka semestinya tidak mahu mengikut hukum alam, mereka akan bertindak untuk terus kekal menguasi planet bumi dengan skema-skema yang direka untuk terus menyebabkan planet bumi ini dibawah kekuasaan mereka.


Benarkah ada dalang-dalang dalam tamaddun barat yang dipanggil kerajaan selari (parallel government) yang tidak dilantik atau diundi sesiapa yang dipanggil illuminati? . Benarkah wujud sejenis kumpulan pemodal yang dipanggil 'shadow money lenders' yang sebenarnya menguasi sistem kewangan dunia terutama Amerika dan Britain. Benarkah wujud satu usaha sedang diwujudkan untuk menjadikan semua kerajaan dunia berada dibawah satu payung yang dipanggil 'World Government'. Ini semua dalah teori konspirasi yang dimainkan didunia internet lengkap dengan hujah dan bukti-buktinya. Ini hanya akan dapat kita ketahui dalam masa yang akan datang.


Jadi apakah yang bakal menanti kita pada tahun 2009. Secara peribadi aku merasa tahun 2009 akan lebih berdarah berbanding tahun 2008. Jika kita melihat permainan politik calon-calon Presiden Amerika yang lalu, ada banyak tanda-tanda dan isyarat yang sudah dilepaskan secara sengaja atau tidak sengaja.

Kita ada banyak prospek konflik yang bakal menanti kita.
a. Konflik India/amerika -Pakistan
b. Konflik Iran-Israel/Amerika
c. Konflik Gaza
d. Konflik Iraq
e. Konflik Afghanistan
f. Konflik Asia tengah/Russia
g. Konflik Georgia/Russia
h. Konflik Russia - Amerika


Jika tiada konflik peperangan konflik ekonomi tetap akan menjenguk kita.
a. Lebih banyak bank di dunia akan lingkup dan perlu diselamatkan
b. Kegawatan ekonomi
c. Kedar pengangguran yang tinggi
d. Ancaman inflasi
e. Nilai matawang yang merudum


Apa pula prospek negara-negara Islam sedunia? Kecuali Iran yang lain (termasuk malaysia) aku rasa akan terus menjadi Lembu dicucuk hidung. Lihatlah bagaimana kita umpama kucing ketakutan yang hanya berani mengiau dari dalam kelambu bila Gaza di cabuli oleh Zionis. Islam akan terus dilabel sebagai agama pengganas sekalipun yang melakukan keganasan adalah orang-orang yang diupah oleh pihak lain. Tetapi industri memerangi keganasan adalah terlalu besar nilai dollarnya untuk dimatikan begitu sahaja.


Kita di Malaysia juga tidak mempunyai prospek yang begitu baik. Pertengkaran sesama Melayu, pertengkaran sesama kaum, aku jangka akan berterusan. Jika Najib naik menjadi PM aku rasa kita akan terus bercakaran. Tambahan Najib menjadi PM dengan reputasi yang begitu bersinar sekali. Terlalu banyak tohmahan dan cacian menunggu beliau. Seperti biasa kuncu-kuncu masing -masing akan berebut peluang ekonmi yang semakin mengecil. Banyak masa terbuang untuk menepis semua ini.


Orang Islam/Melayu di negara ini akan terus diserang secara terang dan bersuluh atau tersembunyi. Politik ketuanan akan terus dipersoalkan. Dengan sikap kita yang suka menjerit tapi tak buat apa-apa, kita akan terus menjadi bahan usikan.


Fikir-fikirkan...Selamat Bercuti.
Dan ketika saudara/i sedang bergembira menonton percikan bunga api tahun baru ini..ingatlah di Gaza Palastin sana percikan bunga api datang dari bom-bom anjing-anjing zionis (klik sini).

Ingatan: Jika sdra/i tidak tahan melihat gambar mayat-mayat jangan klik link diatas
Salam...




1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

selamat tahun baru :-)







(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com