Thursday, December 18, 2008

Tradisi Membela(kang kan) Rakyat?

Aku sebenarnya heran dan kaget dengan kerajaan yang diterajui oleh UMNO sebagai tulang belakang BN. Aku heran kerana sehingga kini UMNO masih tidak belajar dari kesilapan dan keangkuhannya. Kaget kerana sebagai kerajaan yang melaungkan tradisinya membela rakyat, kerajaan sebenarnya tidak menjadikan rakyat sebagai keutamaan mereka dalam membuat keputusan.
Aku merujuk kepada cadangan tidak diminta ( unsolicited proposal ) dari kumpulan Sime untuk menjarah IJN. Hakikat bahawa kerajaan sekarang melayan cadangan tidak diminta ini sendiri menunjukkan terdapat tangan-tangan hitam yang menjadi dalang kepada langkah ini.
Kalau dah cadangan itu tidak diminta, bakul sampahkan aje lah. Tetapi hakikatnya di Negara ini tiada siapa akan memberi cadangan tidak diminta jika mereka tidak yakin boleh berjaya. Sudah tentu mereka telah mendapat pandangan beberapa pihak berkepentingan dan seterusnya diyakinkan oleh pihak-pihak itu bahawa skim tersebut boleh berjaya .
Setelah di tentang oleh kebanyakkan rakyat barulah, perkara ini dibenamkan. Sepatutnya perkara ini tidak timbul langsung. Kecuali ia adalah satu bentuk krisis yang direncana ( generated crisis) untuk memberi gambaran yang kerajaan amat prihatin kepada masalah rakyat sebagai satu bahan kempen pilihanraya!.
Sebenarnya syarikat korporat di negara ini-sekalipun ia milik kerajaan, semuanya berasaskan keuntungan. Tidak ada satupun yang menunjukkan kecenderungan kepada tanggungjawab sosial. Hal ini tidak menghairankan kerana ia bukan fungsi mereka. Tanggungjawab sosial adalah tugas kerajaan. Malah jika diberi harta kerajaan untu diuruskan mereka malah akan menjarahnya sehingga ke tulang temulang. Lihatlah MAS, PERWAJA dan lain-lain harta yang kononnya diberi kepada GLC untuk diurus.
Sebagai bekas pegawai yang pernah berugas dengan syarikat-syarikat korporat seperti ini, aku dapati kepala-kepala yang menerajui organisasi ini sebenarnya umpama parasit. They suck their host dry before jumping to another host. Don't count on them to protect you. Sime pun selama ini hidup dengan kemudahan -kemudahan kerajaan. Kalau bersaing on level laying field dah lama lingkup.
Kalau betul Sime hebat, why not establish your own heart hospital? Compete fair and square with IJN. Dari kenyataan angkuh kepala Sime, konon IJN boleh complement SJMC...I doubt it. I think its the other way round.
Tapi ambil perhatian kepada kenyataan kerajaan ....cadangan ini ditangguhkan bukan dibatalkan terus.
Salam...

2 comments:

indera kencana said...

Rakyat kata, "Saya cadangkan, cadangan ditutup!!"
Pengerusi majlis kata, "Menteri-menteri ada sokongan?"

Tiada sokongan daripada menteri-menteri. Aisehhhh...

KALAM JAUHARI said...

Bang..dah prepare segala business plan? Kluakan ilmu didada tu...
salam.