Thursday, December 11, 2008

Apa yang bakal mendatang?

Dalam disiplin pengurusan projek ada tiga aspek pengurusan yang sangat penting yang harus seseorang pengurus ambil perhatian.

1. Hukum Murphy : perkara -perkara yang boleh membawa masalah akan memberi masalah. Ertinya jika kita terjumpa dengan satu hal yang belum menjadi masalah tetapi jika dibiarkan boleh menjadi masalah. Maka ketahuilah hal itu jika didiamkan dan tidak diselesaikan segera, akan tetap memberi masalah bila tiba waktunya.

2. Analisa potensi masalah - satu kajian tentang perkara-perkara yang boleh membawa masalah kepada projek yang diuruskan itu dan seterusnya merangka pelan tindakan untuk mengatasi masalah atau segera menyelesaikan punca supaya masalah tidak timbul selepas itu. Analisa ini biasa dibuat disetiap peringkat workflow untuk mencari sebarang proses yang tidak mengikut piawaian dan membetulkannya agar tiada masalah rantaian berlaku.

3.Analisa SWOT- satu kajian kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang boleh menyebabkab satu projek berjaya atau gagal.


Tiga aspek ini boleh kita gunakan dalam menjalani kehidupan kita seharian. Secara peribadi ini adalah pegangan aku dalam menjalani hidup dan kerjaya aku. Mengapa aku menukilkan posting ini ialah aku dalam pergaulan aku, aku melihat ramai kawan-kawan yang tahu mereka berhadapan dengan situasi yang berpotensi untuk mendatangkan masalah tetapi memilih untuk berdiam diri dengan harapam masalah tersebut akan selesai sendiri. Apabila masalah tersebut menjengah mereka, mereka tidak mempunyai pelan tindakan.


Sebagai contoh, kita jangka ekonomi dunia akan merudum pada tahun 2009 malah dijangka sehingga 2012. Sebagai pekerja/usahawan, kita harus segera membuat analisa status keadaan diri kita dalam konteks masalah yang bakal mendatang. Jika kita berkerja / berniaga apakah kesannya kepada syarikat / perniagaan kita dan jika ada berapa berat agaknya. Jika ia melibatkan pemberhentian kerja / kekurangan peluang perniagaan, adakah kita akan terlibat . Apakah pelan tindakan kita untuk mengurangkan impak hal ini.

Bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan atau mempunyai simpanan yang banyak, mungkin impak kemelesetan ekonomi tidak begitu dirasai, malah boleh diambil kesempatan dengan mengumpul aset2 seperti hartanah yang dijangka jatuh mendadak. Ini aspek peluang (opportunity) dalam analisa SWOT tadi.

Bagi yang cukup-cukup makan, apakah pelan tindakan yang patut? mungkin mengurangkan perbelanjaan tidak perlu, melewatkan rancangan yang melibatkan komitment kewangan yang panjang seperti membeli rumah atau kereta boleh ditangguhkan buat seketika sehingga keadaan menjadi lebih jelas serta mula menabung seberapa yang boleh.

Kepada yang masih sangsi mungkin boleh menjenguk majalah fortune edisi Dec dan melihat kepada ramalan Professor Nouriel Roubini (klik disini) tentang keadaan ekonomi dunia tahun2 akan datang.

Professor ini telah meramalkan keruntuhan sistem kewangan dunia sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum ia berlaku. Begitu juga Gerald Celente (klik disini) dari trend research Institute yang ramalanya lebih ekstrem.

Mengapa pula kita mengambil kira keadaan di Amerika untuk mendasari tindakan kita? Sebenanya kegawatan yang sudah menjenguk kita adalah berskala global, cuma puncanya datang dari Amerika Syarikat. Lagipun Amerika adalah jantung ekonomi dunia, jika masuk ICU..kita di Malaysia setidak-tidaknya dah masuk wad demam.

Salam.

1 comment:

indera kencana said...

Aiyooo... memang betul la apa yang Prof Nouriel Roubini tu cakap... Beberapa bulan lagi akan lebih ramai pekerja kena buang. Kalau saya berhenti, saya termasuk dalam statistik tu ke AN? Ker saya neh memang dah menjadi statistik pon? Aduhhhh....

Masa ni, kadang-kadang mula timbul semangat pahlawan neh..
"Ibarat kundur menjalar ke hulu. Ibarat labu menjalar ke hilir. Jika perlu ku rengkuh, ku rengkuh jua!!!"

Ceeewaaaahhhh...