Wednesday, December 24, 2008

December Blues...

Bagi orang-orang yang berniaga dengan organisasi kerajaan /GLC/ swasta seperti aku, bulan Disember merupakan bulan yang paling membosankan dan menyakitkan . Ini adalah satu bulan dimana aktiviti-aktiviti panggilan tender atau sebut harga hampir tiada. Biasanya belanjawan jabatan / syarikat telah atau hampir habis digunakan. Kalau pun ada amat sedikit dan pembekal / kontraktor yang menyertai pula punyalah ramai. Nak duduk aje kat rumah, hati tak sedap, nampak macam tak kerja, duduk sahaja di ofis tak ada apa nak dibuat sangat. Nak ajak kawan-kawan/ pelanggan keluar makan tengah hari banyak yang bercuti dan poket sendiri dah robek akibat aktiviti-aktiviti membeli pakaian sekolah anak-anak.


Bagi tujuan kutipan bayaran pula, ini bulan yang menyakitkan kepala dan hati. Bulan ini terlalu banyak alasan diberi mengapa bayaran tidak boleh dikeluarkan. Tuntutan mesti sampai ke bahagian kewangan sebelum 15 hb, kalau tak sempat, tunggulah tiga bulan lagi baru dapat bayaran. Ada tuntutan masih belum diproses walaupun sudah dihantar akhir November lagi. Mana yang dah di proses belum dapat kelulusan sebab pengarah / pegawai cuti, naik haji, cuti bersalin dll.


Di hujung bulan macam sekarang ni, banyak kakitangan kerajaan yang dah mula bercuti panjang. Bermula Krismas di sambung maal hijrah kemudian tahun baru dan 5hb cuti anak sekolah. Nah, 6 Jan 2009 baru balik. Tuntutan aku dah jadi pekasam, mood aku dah tentu lah suram!

Kepada pegawai-pegawai ini, semua itu hanyalah satu lagi 'masalah diatas meja' mereka, tidak ada keperluan untuk mereka membuat lebih dari apa yang biasa mereka buat. Cukup masa mereka pun bercuti. Sama ada pembekal belum membayar gaji, perlu membayar bonus tahunan atau perlu membayar pembekal lain, bukan menjadi masalah kepada mereka. Jika hati tak tahan panas mau sahaja dijeritkan kepada mereka ini. Jika kontraktor/pembekal lewat menyiapkan kerja mereka, denda lewat akan dikenakan tepat pada waktunya, sedangkan jika pelanggan lewat membayar tiada apa yang boleh dilakukan. hmmm.......pening.......pening



Salam...




1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

selamat bercuti :-)






(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com