Friday, July 26, 2013

Hapuskan Hak Istimewa Melayu Kalau UMNO Tak Cukup Jantan Untuk Mempertahankanya!egitu

Sekali lagi UMNO menunjukkan kebaculannya bila berhadapan dengan situasi dimana ia harus bersuara menunjukan autoritinya.

Guru Besar SK Seri Pristana telah menghabiskan banyak tenaga membantu UMNO disaat kebanyakan guru guru di Malaysia tidak menyokong UMNO. Beliau begitu berdedikasi dengan kerjanya sehingga sekolahnya menjadi antara yang terbaik di Daerah Kuala Selangor. Beliau tidak melakukan sebarang kesilapan secara teknikalnya. Beliau hanya membuat apa yang difikirkan terbaik untuk sekolahnya, sehinggalah puak minoriti yang sempit akal dan diketahui  berlidah biawak mula membuat fitnah atas perkara yang boleh diselesaikan secara baik.

Kita dapat melihat betapa lemasnya UMNO. Terlalu taksub dengan dirinya sehingga lupa kepada apa yang patut dibuat untuk mempertahankan rakyat marhaen yang tertindas oleh  ketidak adilan yang ditimpakan oleh sekumpulan kecil manusia manusia biawak.

Ketika Najib sibuk menjilat buntut Cina dan India, dia terlupa bahawa yang memenangkan UMNO adalah orang Melayu kampung yang kini tiada pelindung dan terdedah untuk diliwat oleh golongan liberal dalam negara ini.

Begitulah apabila golongan bangsawan ini tidak lagi dapat merasa denyut nadi rakyat Marhaen...

Tuesday, July 2, 2013

Hapuskan Hak Istimewa Melayu Dan Dasar Ekonomi Baru Sekarang!

Melihat bagaimana terkial kialnya pemimpin UMNO hendak mempertahankan hak hak istimewa orang Melayu serta Dasar afimatif yang memberi sedikit kelebihan kepada penduduk majoriti negara ini, Melihat bagaimana janggalnya golongan bangsawan UMNO seperti Nazri Aziz, Tunku Adnan, Najib dan Nazir Razak dan sepupu mereka Hishamuddinbercakap tentang Melayu akar umbi, maka eloklah UMNO  memulakan usaha untuk mematikan hak istimewa yang tak berapa istimewa kaum Melayu tu. Kalau setakat manis dibibir dan hanya digunakan sebagai alat menipu umat Melayu , maka tak perlulah lagi kita berpura pura...

Semakin lama semakin nampak kebenaran hujah bahawa DEB hanya menguntung beberapa pihak sahaja sedangkan sebahagian besar umat Melayu tidak terbela. Setelah semua disakau oleh segolongan orang orang berkedudukan maka eloklah kita jangan berpura pura lagi.

PRU 13, sepatutnya mengejutkan UMNO dari tidur bahawa mereka adalah Parti  Melayu yang seharusnya memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu. Jika mereka berasa mereka hendak memperjuangkan selain dari itu, eloklah bubar atau tukar perlembagaan UMNO.

UMNO sepatutnya menggunakan PRU 13 untuk memulakan revolusi baru orang Melayu, membantu Melayu sebanyak mungkin. Tetapi apa yang ditunjukkan setakat ini hanyalah hampas. UMNO masih mengalunkan musik dan irama lama sedangkan keadaan semakin menghimpit umat Melayu. Sedikit demi sedikit hak dan kepentingan mereka dihakis bukan sahaja oleh golongan pendatang tetapi oleh segolongan Melayu sendiri. Ini termasuk beberapa kumpulan dalam UMNO yang hanya mementingkan tembolok mereka. Sudah dikiaskan oleh Raja Raja Melayu beberapa kali tetapi UMNO terlalu bodoh dan angkih untuk mengambil iktibar.

Najib Razak mungkin akan jadi pemimpin UMNO terakhir yang diangkat sebagai Perdana Menteri. Secara kebetulan melengkapkan teori RAHMAN. Aku tidak akan terkejut  jika UMNO tumbang PRU 14.




Tuesday, April 23, 2013

Parti Cuci Dosa....






Ada sesuatu yang istimewa tentang PAS. Sebaik sahaja anda melafazkan keahlian kedalam parti itu, tiba tiba anda jadi manusia suci, habis semua dosa anda diampunkan lengkap dengan dalil dalil dan nas-nas yang sahih.

Begitulah yang terjadi kepada beberapa pemimpin UMNO yang dahulu teruk dituduh, dicaci juga difitnah dengan berbagai bagai dosa oleh PAS, tetapi sebaik sahaja mereka keluar UMNO dan menyertai PAS, lagu lagi syahdu dan indah terus dimainkan untuk mereka. Cybertrooper PAS terus bangun mempertahankan mereka. Jangan sekali diungkit semula semua dosa dosa yang dahulu dialunkan oleh PAS. Kini mereka suci seperti baru dilahirkan.

Muhammad Hj Muhammad Taib, bukan  binatang politik yang biasa, beliau licik dan bijak dan atas sebab itu beliau  boleh terlepas dari pelbagai tuduhan yang tidak dapat dibuktikan termasuk tidak berapa faham bahasa Inggeris ketika memikul duit berjuta juta di Australia. Beliau dikhabarkan mempunyai kekayaan yang luar biasa termasuk mempunyai tanah beribu ribu hektar di Australia. Beliau malah dikhabarkan pernah meminta untuk menjadi Rakyat Australia, tetapi kerana gagap bahasa Inggeris, maka permohonan beliau belum diluluskan.

dikhabarkan ketika beliau mengisi ruangan sex : ___________ beliau tidak mengisi perkataan Male or Female sebaliknya menulis YES I Like!..hehehe. Joke aside, Mike Tyson adalah antara figura yang sangat dibenci oleh PAS,  kerana kebolehan beliau mengatasi Stopa The Spender Man, cuma waktu itu teknologi CCTV tidak menyeluruh jadi tidak ada bukti  video besi, sebaliknya legenda kebolehan upayaan beliau menjadi mitos  mulut ke mulut sahaja. Mengikut legendanya ketika beliau mendatangi seorang jelitawan disebuah lokasi rahsia, jeritan jelitawan tersebut kedengaran ke seberang jalan!.

Cerita Ceriti di SINI

Aku tahu serba sedikit cerita kehebatan beliau sebab aku berkawan dengan inner circle beliau, salah satu kaedah beliau menyakau wang negeri ialah dengan menubuh Yayasan. Kalau sesiapa berminat siasatlah Yayasan FAS dimana beliau adalah Penaung Seumur Hidup. Yayasan ini ditubuhkan seolah olah sebagai satu bahagian Football Association of Selangor, tetapi beliau adalah Pengerusi Seumur Hidup jadi Yayasan tersebut secara praktikalnya adalah harta bapak dia. Atas nama Yayasan, Kerajaan Negeri telah menganugerahkan sebidang Tanah di Kelana Jaya  untuk tujuan pembangunan sukan serta bantuan kewangan berjuta juta dimasukkan kedalam akaun Yayasan. The rest is history...

Tetapi apa yang penting adalah setelah semua itu, anda masuklah Parti PAS, dan dosa dosa anda semua diampunkan. Jika anda bercakap tentang keburukkannya segera akan dibalas dengan ayat ayat alQuran yang melarang membuka aib. Jika anda masih berdegil akan berbondong bondong ustaz ustaz facebook mengingatkan anda...Tetapi kelebihan itu terpakai hanya kepada ahli PAS sahaja ye. 

Khir Toyo are you ready?








Saturday, April 13, 2013

PAS...Islam hanya sekadar jenama

Agama mengajar kita bertunjang kepada kebenaran sekalipun ia tidak memihak kepada kita. Sepanjang sejarah Islam, telah banyak kajian dan buku di hasilkan oleh para ilmuan terkenal tentang adab adab menjadi seorang muslim.

Bila seseorang menubuhkan organisasi berpaksikan Islam, biasanya organisasi ini kan bertunjang kepada dua aspek iaitu politik atau dakwah atau kedua duanya. Bagaimanakan seseuatu organisasi itu di kenal sebagai organisasi bertunjangkan Islam? dari Namanya kah ? atau dari aktivitnya kah?  atau dari adab keseluruhan pimpinan dan jemaahnya?

PAS sebagai organisasi politik yang memakai nama Islam, tetapi sepanjang kewujudannya telah menimbulkan perlbagai kesukaran dan tafsiran yang mengikut  acuan politiknya sehingga menyumbangkan kepada perpecahan ummah.

Berikut adalah beberapa tabiat dan tindak tanduk PAS yang menggambarkan parti itu tidak lebih dari organisasi yang menggunakan Islam untuk berkuasa dan tidak berniat langsung untuk menegakkan panji panji Allah diatas muka bumi ini...

1. Amanat Hj Hadi

2. PAS dan Fitnah terhadap Anwar Ibrahim

3. Dapat pahala hanya dengan melihat wajah Tuan Guru

4. Sembahyang orang UMNO tidak dapat pahala

5. Nik Aziz dan Doktrin Penghapusan Dosa

6. Suka memfitnah dan menimbulkan aib muslim yang tidak sehaluan

7. Doktrin Negara Islam yang di delete dari Objektif parti

8. Berdolak dalik terhadap hudud

9. Memfitnah UMNO menolak Islam

10. Memungkiri janji dan berbohong

11. Curang dalam memegang amanah

12. Menjadi penyokong golongan LBGT.


Mengapa penulis beria-ia menyerang PAS dan bukan UMNO ? Hakikatnya UMNO tidak sempurna dan banyak kesilapan. Banyak kesalahan dilakukan oleh pimpinan, namun berbanding PAS sumbangan kepada pembangunan ummah dan Islam melebihi dari apa  yang PAS dapat sumbangkan.

PAS tidak lebih dari sekumpulan munafik yang berjubah dan menggunakan ayat ayat Al Quran sebagai gula gula. PAS sebenarnya tidak berminat kepada kebenaran dan dengan mudah berbohong dan memfitnah untuk menyelamatkan diri.

Apabila tersepit PAS segera menggunakan ayat ayat alquran untuk  memberi alasan serta untuk jalan melepaskan diri. Kes Mustapha Ali menjadi contoh jelas betapa munafiknya Parti ini. Jika video tersebut menggambarkan pemimpin UMNO, segera sia dijaja sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan tanpa segan silu. Namun malangnya ia adalah tentang seorang pemimpin PAS. Video tersebut siap dengan gambar dan suara yang hampir mustahil dihasilkan  secara super impose atau CGI.

PAS segera menafikan pengelibatanya dan menuduh UMNO tanpa mengambil langkah untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut. Ini berlainan dengan sikap UMNO yang akan mengambil tindakan walaupun lambat sedikit. Lihat sahaja Rahim Tambi Chik, Abu Hassan Omar dan beberapa nama lain lagi. Mereka semua akhirnya dijatuhkan dari tahta kepimpinan dan diganti dengan pimpinan lain.

Sebaliknya PAS mengambil sikap untuk meniru burung Kasawari dengan membenamkan  kepalanya didalam pasir. Apakah itu dapat melepaskan PAS dari polemik video itu? PAS hanya nampak bodoh dan munafik kerana mata rakyat yang terbuka mindanya tentu dapat menilai. Tindakan PAS seolah olah menggambrkan dirinya maksum.

Aneh sekali..UMNO cuba bertahun tahun untuk meneutralkan PAS yang fundamentalis ( bukan ekstremis) tetapi tidak berjaya...DAP hanya mengambil masa tak sampai 5 tahun...PAS menjadi lebih liberal dari UMNO.

Parti Islam SeMalaysia?...





Wednesday, April 3, 2013

Pilihan Anda- Malaikat yang Tumbang atau Syaitan yang Dikenali

Jika kita simpulkan Pilihanraya ke 13 dalam bentuk yang paling mudah, ianya adalah diantara sekumpulan yang mendakwa diri mereka malaikat tetapi bersifat seperti iblis, dengan sekumpulan yang digelar Syaitan yang dikenali.

Ia bukan gelaran yang baik dan pasti sekali tidak diakui oleh kedua-dua pihak, tetapi begitulah pilihan yang kita ada.

Pakatan Rakyat selama 5 tahun cuba menampilkan diri mereka sebagai Malaikat penyelamat Rakyat Malaysia dari  kerakusan UMNO. Namun dalam tempoh 5 tahun itu mereka menunjukkan diri mereka tidak lebih sebagai false angel. Mereka tidak lebih sebagai musang berbulu ayam yang berlegar didalam reban yang rapuh!.

Bagaimana sekumpulan manusia yang berbilang anutan ini hendak bergabung membentuk satu Kesatuan Kerajaan yang konsisten menjadi sesuatu yang misteri. Adakah PAS sanggup menanggalkan jubah Islamnya dan terus mendokong Pluralisma Anwar Ibrahim? Sanggupkah mereka berhadapan dengan ribuan penganut ( mereka bukan pengikut tetapi penganut ajaran Islam PAS) yang telah diusrahkan berpuluh tahun lamanya dengan doktrin fahaman mereka?.

Bagaimana dengan DAP yang melaungkan CAT ( Competentcy, Transparency and Accountability) tetapi menghadapi masalah dengan software Microsoft Excel dan Words? Bagaimana sebuah organisasi Cina yang merasa diri mereka superior dan gemar melangkau undang undang hendak memerintah Malaysia berlaraskan  Undang-undang yang mereka benci?

DAP menjalankan projek projek mereka dengan melanggar (bulldoze) undang undang PBT dan alam sekitar, demi melaksanakan keinginan mereka dengan kos yang sering disalah taip dengan syarikat hantu? adakah kita akan berhadapan dengan opera Cina terbesar abad ini?

PKR? sudah terang lagi bersuluh...mereka adalah pecahan syaitan yang dikenali...sudah berevolusi kepada yang lebih hebat dari itu. Anwar Ibrahim adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa. Bagaimana seorang yang mempunyai  berbagai video lakunan dengan lelaki dan perempuan, lengkap dengan suara yang tak boleh ditiru masih boleh 'survive' dan masih boleh tersenyum? memang luar biasa. Layaklah beliau diberi title
'God Chosen'...

UMNO..semua sudah tidak asing dengan kepertualangan UMNO. Mereka dipanggil Laknatullah oleh musuh azali mereka PAS, namun sehingga kini masih mampu berdiri dan bertahan. Disebalik berbagai label yang di sangkutkan ditengkuk mereka UMNO masih menjadi pilihan orang Melayu. Disebalik berbagai DOA yang dipohon kehadrat Tuhan, mereka masih disitu.

UMNO sebagai syaitan yang dikenali masih menjadi pilihan kerana kebodohan PAS dan kebobrokan PKR. Walaupun sudah berhadapan dengan UMNO bertahun tahun, PAS masih tidak mampu melemahkan UMNO kerana UMNO mempunyai tunjang yang kuat dan kukuh. Bukan kerana kewangan dan rasuah (Rasuah dilakukan oleh Pimpinan UMNO), tetapi ideologi Melayu yang tidak difahami oleh PAS dan PKR.

MIC,MCA dan GERAKAN??? mereka tidak relevan dalam pilihanraya kali ini...Bolehkah UMNO berhadapan dengan Tiga Gergasi PR  bersendirian...Nantikan.






Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu...Pemimpin Malaysia Perlu Ubah Mindset

Kecelakaan Lahad Datu memang memberi tamparan hebat kepada pemimpin UMNO yang memegang tampuk pemerintahan. Lahad Datu menunjukkan betapa tidak bersedia dan tidak berupayanya  pemimpin yang digambarkan hebat untuk mempamerkan karakter pemimpin berwibawa ketika berhadapan dengan krisis.

Dalam keghairahan ingin menonjolkan diri sebagai pemimpin yang progressif, moderat dan liberal, mereka terperangkap dalam mindset yang usang. Tidak dinamik dan nampak lembik dimata musuh musuh mereka.

Dengan segala kekuatan yang ada, kita tidak dapat menjangka akan berlaku serangan di Lahad Datu, tidak dapat merancang strategi berkesan, malah selepas pengeboman yang hebat kita tidak mampu menangkap atau menahan 200 orang pejuang yang rata-rata sudah lebih 40 tahun umur mereka. 

Itu adalah hakikat yang tidak akan dapat ditutupi dengan bom asap atau propaganda kerana pada akhirnya fakta tidak boleh auta.

Salah satu faktornya adalah kerana Malaysia mempunyai mindset didalam zon selesa. Kita merasa kerana kita tidak memusuhi sesiapa, aka kita tidak akan diperangi. Itu mindset yang salah. Kita harus bersiap siaga malah mempertingkat pertahanan kita memadangkan dunia sebenarnya semakin tidak aman.

Kadang-kadang aku tertanya tanya sama ada Malaysia mempunyai strategic thinkers- pakar pakar pemikir yang dapat membaca hala tuju rantau ini atau dunia amnya. Adakah kita  mempunyai perancangan untuk mengatasi krisis makanan, krisis tenaga atau apa apa krisis yang bakal melanda dunia dalam tempoh 10 atau 20 tahun lagi.

Pengajaran dari Lahad Datu adalah kita lemah dalam aspek ini...




Saturday, March 2, 2013

Sabah Sebagai Buah Catur Anwar ?

Sabah adalah fix Deposit bagi Barisan Nasional. Hal ni sukar untuk digugat oleh Pakatan Rakyat walau dalam tempoh 20 tahun lagi. Waktu yang cukup lama bagi seorang yang tidak punya banyak masa dan tidak sabar untuk menguasai kerajaan secara demokratik.

Salah satu taktik mudahnya adalah memusnahkan apa apa yang menjadi lubuk lawan dengan  cara apa sekalipun termasuk  ' membakar'nya. Sabah sebenarnya adalah satu  wilayah yang sensitif . Kepada yang tidak mengetahui sejarahnya mungkin tidak sedar betapa rapuhnya ketenagan  Sabah. Sabah sangat mudah menjadi medan perang jika ia tidak dijaga dengan baik. itulah bibit yang cuba disemaikan sekarang ini.

Kerajaan sedia ada sangat sedar betapa sensitifnya situasi di Sabah. Setakat ini Malaysia sebenarnya berjaya membendung perang yang berlaku di Mindanao dari memercik ke Sabah sekalipun beberapa insiden sebelum ini memberi impak yang menyukarkan Sabah.

Anwar Ibrahim sebagai seorang yang pernah menjadi Master Mind kepada Keselamatan  Malaysia diatas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri amat memahami 'permainan' ini. Pengalaman beliau, jaringan kontak antarabangsanya  serta bantuan kewangan yang hampri tidak terhad dari berbagai sumber ( dari USA atau Negara Teluk)  menyebabkan beliau berupaya bertindak sebagai pemangkin  yang akan menenangkan atau memercikan api di rantau ini.

Setelah gagal memercikkan api di ibu kota dengan beberapa siri demonstrasi jalanan dan apabila rakyat semakin sedar betapa bahayanya permainan politik PKR, DAP dan PAS, Anwar kini baralih keluar sempadan.

Kerajaan sedar bahawa situasi pencerobohan di Lahad Datu mudah untuk menimbulkan huru hara, pertamanya kerana Bangsa Moro yang mudah berperang dan agak emosional. Sebarang kegepohan untuk menghapuskan penceroboh akan menyebab reaksi berantai yang akhirnya akan membawa peperangan Moro ke Sabah. Jika ini terjadi kita akan melepasi titik tiada jalan pulang dan keamanan akan terkubur di Sabah. Situasi ini lebih kompleks dari yang kita ketahui sebenarnya, banyak yang berlaku dibelakng tabir.

Kedudukan Sabah yang kaya dengan sumber alam semula jadi sebenarnya menjadikan Sabah sesuatu yang menarik untuk direbut. Kita jangan lupa bahawa Amerika telah menempatkan beberapa ribu tenteranya di Selatan Filipina.  Biasanya Amerika amat licik dalam hal sebegini, dimana Amerika menempatkan tenteranya disitu pasti akan ada konflik untuk diselesaikan. Apakah Sabah menjadi agenda?

Atau adakah  Malaysia akan menjadi proksi kepada pertembungan dua kuasa dunia iaitu Cina dan Amerika dimana Najib mewakili China dan Anwar adalah proksi Amerika?

Tersukan membaca di SINI





 

Sunday, February 3, 2013

Gerakan Allah Untuk Semua di Stesen TV?





Seorang pendakwah muda menceritakan bahawa beliau ditawarkan satu slot agama secara jangkapanjang  oleh sebuah stesen TV di negara ini dengan syarat beliau hendaklah dengan secara halus menyokong penggunaan nama Allah untuk semua didalam rancangan tersebut nanti. Memandangkan ini bukan pegangan ustaz tersebut maka beliau menolak untuk menerima tawaran itu.

Pendakwah muda ini enggan memberitahu nama stesen TV tersebut secara jelas dan tidak menghuraikan lebih panjang kenyataannya dan enggan untuk bercerita lebih lanjut. 

Begitulah jauhnya kesan debat penggunaan kalimah ALLAH di negara ini. Cerita ini menunjukkan betapa pluralis agama kini sudah meresapi  badan penyiaran di negara ini dan bersedia pada bila bila masa untuk melancarkan perang saraf kepada umat Islam di Malaysia.

Berhati hati dan perhatikanlah gerakan terancang ini...




Thursday, January 17, 2013

The Israelis Want Out

Pencuri tidak akan dapat hidup dengan tenang..pembunuh akan dihantui oleh dosanya sepanjang hayat..

On December 15, Haaretz said "almost 40 percent of Israelis are thinking of emigrating." Recent poling said they'd leave if financially able. 

Who are they? Why do they want out? What can be done to keep them? 

Israeli governance combines militarism, repression, corruption, and neoliberal harshness. It's no fit place to live in. Many Jews vote with their feet and leave. Others prepare by securing foreign passports. 

Many of Israel's best and brightest leave. New Central Bureau of Statistics data said last year over 14% of Israeli science and engineering doctorate holders lived abroad for three or more years. They left to work or study. 

They're in no rush to return. Many never do. Current data confirm a long recognized brain drain. Holders of other advanced degrees leave permanently. 

Israel tries hard to woe valued emigres back. Efforts so far fell short. 

Full Link Click HERE