Tuesday, April 23, 2013

Parti Cuci Dosa....






Ada sesuatu yang istimewa tentang PAS. Sebaik sahaja anda melafazkan keahlian kedalam parti itu, tiba tiba anda jadi manusia suci, habis semua dosa anda diampunkan lengkap dengan dalil dalil dan nas-nas yang sahih.

Begitulah yang terjadi kepada beberapa pemimpin UMNO yang dahulu teruk dituduh, dicaci juga difitnah dengan berbagai bagai dosa oleh PAS, tetapi sebaik sahaja mereka keluar UMNO dan menyertai PAS, lagu lagi syahdu dan indah terus dimainkan untuk mereka. Cybertrooper PAS terus bangun mempertahankan mereka. Jangan sekali diungkit semula semua dosa dosa yang dahulu dialunkan oleh PAS. Kini mereka suci seperti baru dilahirkan.

Muhammad Hj Muhammad Taib, bukan  binatang politik yang biasa, beliau licik dan bijak dan atas sebab itu beliau  boleh terlepas dari pelbagai tuduhan yang tidak dapat dibuktikan termasuk tidak berapa faham bahasa Inggeris ketika memikul duit berjuta juta di Australia. Beliau dikhabarkan mempunyai kekayaan yang luar biasa termasuk mempunyai tanah beribu ribu hektar di Australia. Beliau malah dikhabarkan pernah meminta untuk menjadi Rakyat Australia, tetapi kerana gagap bahasa Inggeris, maka permohonan beliau belum diluluskan.

dikhabarkan ketika beliau mengisi ruangan sex : ___________ beliau tidak mengisi perkataan Male or Female sebaliknya menulis YES I Like!..hehehe. Joke aside, Mike Tyson adalah antara figura yang sangat dibenci oleh PAS,  kerana kebolehan beliau mengatasi Stopa The Spender Man, cuma waktu itu teknologi CCTV tidak menyeluruh jadi tidak ada bukti  video besi, sebaliknya legenda kebolehan upayaan beliau menjadi mitos  mulut ke mulut sahaja. Mengikut legendanya ketika beliau mendatangi seorang jelitawan disebuah lokasi rahsia, jeritan jelitawan tersebut kedengaran ke seberang jalan!.

Cerita Ceriti di SINI

Aku tahu serba sedikit cerita kehebatan beliau sebab aku berkawan dengan inner circle beliau, salah satu kaedah beliau menyakau wang negeri ialah dengan menubuh Yayasan. Kalau sesiapa berminat siasatlah Yayasan FAS dimana beliau adalah Penaung Seumur Hidup. Yayasan ini ditubuhkan seolah olah sebagai satu bahagian Football Association of Selangor, tetapi beliau adalah Pengerusi Seumur Hidup jadi Yayasan tersebut secara praktikalnya adalah harta bapak dia. Atas nama Yayasan, Kerajaan Negeri telah menganugerahkan sebidang Tanah di Kelana Jaya  untuk tujuan pembangunan sukan serta bantuan kewangan berjuta juta dimasukkan kedalam akaun Yayasan. The rest is history...

Tetapi apa yang penting adalah setelah semua itu, anda masuklah Parti PAS, dan dosa dosa anda semua diampunkan. Jika anda bercakap tentang keburukkannya segera akan dibalas dengan ayat ayat alQuran yang melarang membuka aib. Jika anda masih berdegil akan berbondong bondong ustaz ustaz facebook mengingatkan anda...Tetapi kelebihan itu terpakai hanya kepada ahli PAS sahaja ye. 

Khir Toyo are you ready?








1 comment:

oshin68 said...

tak bolehlah camtu ...kita tak blh judge org dgn apa yg dia dah buat dulu2...maybe dia dah berubah dan bertaubat...kita tak tahu. Suci tak suci...itu kita serah pda Allah swt. Sesungguhnya Dia yg lebih mengetahui...