Saturday, April 13, 2013

PAS...Islam hanya sekadar jenama

Agama mengajar kita bertunjang kepada kebenaran sekalipun ia tidak memihak kepada kita. Sepanjang sejarah Islam, telah banyak kajian dan buku di hasilkan oleh para ilmuan terkenal tentang adab adab menjadi seorang muslim.

Bila seseorang menubuhkan organisasi berpaksikan Islam, biasanya organisasi ini kan bertunjang kepada dua aspek iaitu politik atau dakwah atau kedua duanya. Bagaimanakan seseuatu organisasi itu di kenal sebagai organisasi bertunjangkan Islam? dari Namanya kah ? atau dari aktivitnya kah?  atau dari adab keseluruhan pimpinan dan jemaahnya?

PAS sebagai organisasi politik yang memakai nama Islam, tetapi sepanjang kewujudannya telah menimbulkan perlbagai kesukaran dan tafsiran yang mengikut  acuan politiknya sehingga menyumbangkan kepada perpecahan ummah.

Berikut adalah beberapa tabiat dan tindak tanduk PAS yang menggambarkan parti itu tidak lebih dari organisasi yang menggunakan Islam untuk berkuasa dan tidak berniat langsung untuk menegakkan panji panji Allah diatas muka bumi ini...

1. Amanat Hj Hadi

2. PAS dan Fitnah terhadap Anwar Ibrahim

3. Dapat pahala hanya dengan melihat wajah Tuan Guru

4. Sembahyang orang UMNO tidak dapat pahala

5. Nik Aziz dan Doktrin Penghapusan Dosa

6. Suka memfitnah dan menimbulkan aib muslim yang tidak sehaluan

7. Doktrin Negara Islam yang di delete dari Objektif parti

8. Berdolak dalik terhadap hudud

9. Memfitnah UMNO menolak Islam

10. Memungkiri janji dan berbohong

11. Curang dalam memegang amanah

12. Menjadi penyokong golongan LBGT.


Mengapa penulis beria-ia menyerang PAS dan bukan UMNO ? Hakikatnya UMNO tidak sempurna dan banyak kesilapan. Banyak kesalahan dilakukan oleh pimpinan, namun berbanding PAS sumbangan kepada pembangunan ummah dan Islam melebihi dari apa  yang PAS dapat sumbangkan.

PAS tidak lebih dari sekumpulan munafik yang berjubah dan menggunakan ayat ayat Al Quran sebagai gula gula. PAS sebenarnya tidak berminat kepada kebenaran dan dengan mudah berbohong dan memfitnah untuk menyelamatkan diri.

Apabila tersepit PAS segera menggunakan ayat ayat alquran untuk  memberi alasan serta untuk jalan melepaskan diri. Kes Mustapha Ali menjadi contoh jelas betapa munafiknya Parti ini. Jika video tersebut menggambarkan pemimpin UMNO, segera sia dijaja sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan tanpa segan silu. Namun malangnya ia adalah tentang seorang pemimpin PAS. Video tersebut siap dengan gambar dan suara yang hampir mustahil dihasilkan  secara super impose atau CGI.

PAS segera menafikan pengelibatanya dan menuduh UMNO tanpa mengambil langkah untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut. Ini berlainan dengan sikap UMNO yang akan mengambil tindakan walaupun lambat sedikit. Lihat sahaja Rahim Tambi Chik, Abu Hassan Omar dan beberapa nama lain lagi. Mereka semua akhirnya dijatuhkan dari tahta kepimpinan dan diganti dengan pimpinan lain.

Sebaliknya PAS mengambil sikap untuk meniru burung Kasawari dengan membenamkan  kepalanya didalam pasir. Apakah itu dapat melepaskan PAS dari polemik video itu? PAS hanya nampak bodoh dan munafik kerana mata rakyat yang terbuka mindanya tentu dapat menilai. Tindakan PAS seolah olah menggambrkan dirinya maksum.

Aneh sekali..UMNO cuba bertahun tahun untuk meneutralkan PAS yang fundamentalis ( bukan ekstremis) tetapi tidak berjaya...DAP hanya mengambil masa tak sampai 5 tahun...PAS menjadi lebih liberal dari UMNO.

Parti Islam SeMalaysia?...





1 comment:

oshin68 said...

Hati2 bila berbicara....!!