Jika kita simpulkan Pilihanraya ke 13 dalam bentuk yang paling mudah, ianya adalah diantara sekumpulan yang mendakwa diri mereka malaikat tetapi bersifat seperti iblis, dengan sekumpulan yang digelar Syaitan yang dikenali.
Ia bukan gelaran yang baik dan pasti sekali tidak diakui oleh kedua-dua pihak, tetapi begitulah pilihan yang kita ada.
Pakatan Rakyat selama 5 tahun cuba menampilkan diri mereka sebagai Malaikat penyelamat Rakyat Malaysia dari kerakusan UMNO. Namun dalam tempoh 5 tahun itu mereka menunjukkan diri mereka tidak lebih sebagai false angel. Mereka tidak lebih sebagai musang berbulu ayam yang berlegar didalam reban yang rapuh!.
Bagaimana sekumpulan manusia yang berbilang anutan ini hendak bergabung membentuk satu Kesatuan Kerajaan yang konsisten menjadi sesuatu yang misteri. Adakah PAS sanggup menanggalkan jubah Islamnya dan terus mendokong Pluralisma Anwar Ibrahim? Sanggupkah mereka berhadapan dengan ribuan penganut ( mereka bukan pengikut tetapi penganut ajaran Islam PAS) yang telah diusrahkan berpuluh tahun lamanya dengan doktrin fahaman mereka?.
Bagaimana dengan DAP yang melaungkan CAT ( Competentcy, Transparency and Accountability) tetapi menghadapi masalah dengan software Microsoft Excel dan Words? Bagaimana sebuah organisasi Cina yang merasa diri mereka superior dan gemar melangkau undang undang hendak memerintah Malaysia berlaraskan Undang-undang yang mereka benci?
DAP menjalankan projek projek mereka dengan melanggar (bulldoze) undang undang PBT dan alam sekitar, demi melaksanakan keinginan mereka dengan kos yang sering disalah taip dengan syarikat hantu? adakah kita akan berhadapan dengan opera Cina terbesar abad ini?
PKR? sudah terang lagi bersuluh...mereka adalah pecahan syaitan yang dikenali...sudah berevolusi kepada yang lebih hebat dari itu. Anwar Ibrahim adalah anugerah Tuhan yang amat luar biasa. Bagaimana seorang yang mempunyai berbagai video lakunan dengan lelaki dan perempuan, lengkap dengan suara yang tak boleh ditiru masih boleh 'survive' dan masih boleh tersenyum? memang luar biasa. Layaklah beliau diberi title
'God Chosen'...
UMNO..semua sudah tidak asing dengan kepertualangan UMNO. Mereka dipanggil Laknatullah oleh musuh azali mereka PAS, namun sehingga kini masih mampu berdiri dan bertahan. Disebalik berbagai label yang di sangkutkan ditengkuk mereka UMNO masih menjadi pilihan orang Melayu. Disebalik berbagai DOA yang dipohon kehadrat Tuhan, mereka masih disitu.
UMNO sebagai syaitan yang dikenali masih menjadi pilihan kerana kebodohan PAS dan kebobrokan PKR. Walaupun sudah berhadapan dengan UMNO bertahun tahun, PAS masih tidak mampu melemahkan UMNO kerana UMNO mempunyai tunjang yang kuat dan kukuh. Bukan kerana kewangan dan rasuah (Rasuah dilakukan oleh Pimpinan UMNO), tetapi ideologi Melayu yang tidak difahami oleh PAS dan PKR.
MIC,MCA dan GERAKAN??? mereka tidak relevan dalam pilihanraya kali ini...Bolehkah UMNO berhadapan dengan Tiga Gergasi PR bersendirian...Nantikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment