Wednesday, March 6, 2013

Lahad Datu...Pemimpin Malaysia Perlu Ubah Mindset

Kecelakaan Lahad Datu memang memberi tamparan hebat kepada pemimpin UMNO yang memegang tampuk pemerintahan. Lahad Datu menunjukkan betapa tidak bersedia dan tidak berupayanya  pemimpin yang digambarkan hebat untuk mempamerkan karakter pemimpin berwibawa ketika berhadapan dengan krisis.

Dalam keghairahan ingin menonjolkan diri sebagai pemimpin yang progressif, moderat dan liberal, mereka terperangkap dalam mindset yang usang. Tidak dinamik dan nampak lembik dimata musuh musuh mereka.

Dengan segala kekuatan yang ada, kita tidak dapat menjangka akan berlaku serangan di Lahad Datu, tidak dapat merancang strategi berkesan, malah selepas pengeboman yang hebat kita tidak mampu menangkap atau menahan 200 orang pejuang yang rata-rata sudah lebih 40 tahun umur mereka. 

Itu adalah hakikat yang tidak akan dapat ditutupi dengan bom asap atau propaganda kerana pada akhirnya fakta tidak boleh auta.

Salah satu faktornya adalah kerana Malaysia mempunyai mindset didalam zon selesa. Kita merasa kerana kita tidak memusuhi sesiapa, aka kita tidak akan diperangi. Itu mindset yang salah. Kita harus bersiap siaga malah mempertingkat pertahanan kita memadangkan dunia sebenarnya semakin tidak aman.

Kadang-kadang aku tertanya tanya sama ada Malaysia mempunyai strategic thinkers- pakar pakar pemikir yang dapat membaca hala tuju rantau ini atau dunia amnya. Adakah kita  mempunyai perancangan untuk mengatasi krisis makanan, krisis tenaga atau apa apa krisis yang bakal melanda dunia dalam tempoh 10 atau 20 tahun lagi.

Pengajaran dari Lahad Datu adalah kita lemah dalam aspek ini...




No comments: