Saturday, March 2, 2013

Sabah Sebagai Buah Catur Anwar ?

Sabah adalah fix Deposit bagi Barisan Nasional. Hal ni sukar untuk digugat oleh Pakatan Rakyat walau dalam tempoh 20 tahun lagi. Waktu yang cukup lama bagi seorang yang tidak punya banyak masa dan tidak sabar untuk menguasai kerajaan secara demokratik.

Salah satu taktik mudahnya adalah memusnahkan apa apa yang menjadi lubuk lawan dengan  cara apa sekalipun termasuk  ' membakar'nya. Sabah sebenarnya adalah satu  wilayah yang sensitif . Kepada yang tidak mengetahui sejarahnya mungkin tidak sedar betapa rapuhnya ketenagan  Sabah. Sabah sangat mudah menjadi medan perang jika ia tidak dijaga dengan baik. itulah bibit yang cuba disemaikan sekarang ini.

Kerajaan sedia ada sangat sedar betapa sensitifnya situasi di Sabah. Setakat ini Malaysia sebenarnya berjaya membendung perang yang berlaku di Mindanao dari memercik ke Sabah sekalipun beberapa insiden sebelum ini memberi impak yang menyukarkan Sabah.

Anwar Ibrahim sebagai seorang yang pernah menjadi Master Mind kepada Keselamatan  Malaysia diatas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri amat memahami 'permainan' ini. Pengalaman beliau, jaringan kontak antarabangsanya  serta bantuan kewangan yang hampri tidak terhad dari berbagai sumber ( dari USA atau Negara Teluk)  menyebabkan beliau berupaya bertindak sebagai pemangkin  yang akan menenangkan atau memercikan api di rantau ini.

Setelah gagal memercikkan api di ibu kota dengan beberapa siri demonstrasi jalanan dan apabila rakyat semakin sedar betapa bahayanya permainan politik PKR, DAP dan PAS, Anwar kini baralih keluar sempadan.

Kerajaan sedar bahawa situasi pencerobohan di Lahad Datu mudah untuk menimbulkan huru hara, pertamanya kerana Bangsa Moro yang mudah berperang dan agak emosional. Sebarang kegepohan untuk menghapuskan penceroboh akan menyebab reaksi berantai yang akhirnya akan membawa peperangan Moro ke Sabah. Jika ini terjadi kita akan melepasi titik tiada jalan pulang dan keamanan akan terkubur di Sabah. Situasi ini lebih kompleks dari yang kita ketahui sebenarnya, banyak yang berlaku dibelakng tabir.

Kedudukan Sabah yang kaya dengan sumber alam semula jadi sebenarnya menjadikan Sabah sesuatu yang menarik untuk direbut. Kita jangan lupa bahawa Amerika telah menempatkan beberapa ribu tenteranya di Selatan Filipina.  Biasanya Amerika amat licik dalam hal sebegini, dimana Amerika menempatkan tenteranya disitu pasti akan ada konflik untuk diselesaikan. Apakah Sabah menjadi agenda?

Atau adakah  Malaysia akan menjadi proksi kepada pertembungan dua kuasa dunia iaitu Cina dan Amerika dimana Najib mewakili China dan Anwar adalah proksi Amerika?

Tersukan membaca di SINI





 

No comments: