Friday, February 10, 2012

NFC- UMNO Menunggu Masa Di Kuburkan di Kandang Lembu....

Ada satu masalah besar dengan UMNO. Ia dipenuhi oleh parasit-parasit yang menyamar sebgai pejuang Melayu yang kebanyakkannya bertutur bahasa Inggeris. Kerana terlalu ramai parasit didalamnya ia tidak mengerti untuk membezakan yang mana intan yang mana kaca. Sudah hampir tidak ada pejuang dalam UMNO...yang ada hanya mereka-mereka yang sanggup berhabisan untuk menempatkan diri mereka untuk kepentingan sendiri.

Masalah kedua adalah kebanyakkan bangsawan UMNO kini adalah generasi kedua pimpinan lama. Hampir kesemuanya mempunyai ayah, ibu, bapak saudara atau saudara-daudara mara yang dahulu memimpin UMNO jadi ia sangat membataskan kumpulan baru untuk menempatkan diri kerana sikap bolot dan tamak haloba kumpulan lama yang terlebih awal mengumpul kekayaan dan kini mahu memastikan generasi mereka mempunyai tempat. Falsafah pejuangan sebenar kini hanya falsampah. Sebab itu kebanyakkan mereka tak mempunyai keupayaan untuk berdebat tentang dasar ekonomi baru atau apa dasar yang UMNO perjuangkan selama ini kerana generasi ini dimanjakan dan terpisah dari realiti masyarakat melayu.

UMNO kini hilang sensitiviti kepada realiti bawahan semasa. Kini UMNO bergerak diatas kelemahan saingnya dan bukan diatas kekuatan dan keupayaan diri. Malah apabila tersepit mereka lebih rela mengalihkan isu dari menangani isu secara berdepan. Itulah sebab mengapa isu NFC di biarkan berlarutan kerana UMNO tiada mekanisma kawalan perosak sebab UMNO sudah rosak dari dalam.

Pimpinanya sudah tidak tahu perkataan 'accountability' sekalipun mereka sangat fasih berbahsa Inggeris. Bila ada isu mereka lebih rela melibas kiri kanan dari mengambil tanggung jawab terhadap keputusan atau tindakan yang mereka buat.

Isu NFC merupakan satu isu besar yang akan mengorbankan UMNO hanya kerana yang terlibat tidak mahu mengorbankan diri demi UMNO. NFC bukan salah UMNO tetapi keputusan untuk menyerahkan 250 juta kepada kumpulan tertentu yang barkaitan dengan pimpinan UMNO dibuat oleh pemuka UMNO. Kedua-duanya tidak mahu bertanggungjawab dan membiarkan isu ini membakar UMNO.

Rakyat semakin muak...yang dahulu totok UMNO pun sudah mula bertanya. Askar-askar bawahan hanya menggeleng kepala kerana mereka yang akan bertemu pengundi beberapa bulan lagi dan tidak tahu apa yang harus dijawab.

Yang meloyakan tekak adalah panglima NFC sudah mengeluarkan kenyataan bahwa duit kami suka hati kami nak buat apa...Jika UMNO tumbang kali ini, panglima ini akan dibawa ke Suruhan Jaya DiRaja, agak-agaknya dia berani ke?

Kini orang-orang Melayu benar-benar tiada pilihan..UMNO kini hanya dilihat sebagai mengisi tembolok sendiri sementara yang satu lagi hanyalah keldai tunggangan yang sanggup menjual maruah demi kuasa.

Kadang-kadang aku rasa elok juga pimpinan negara ini diserahkan kepada pihak yang satu lagi, sebab kalau UMNO pun penyakit sama juga yang akan berulang. Merompak harta kerajaan tanpa rasa berdosa sedikit pun. Tak habis -habis dengan penyelewengan demi penyelewengan.

Kalau kita menonton Filem Ali Baba - Kita akan dapati ada Tiga Penyamun iaitu P.Ramlee sebagai ketua Penyamun, Aziz Satar sebagai Ali Baba menyamun harta P.ramlee ( cukup2 untuk dirinya ) dan Kassim Baba yang Tamak yang mahu menyamun semua harta termasuk mentol lampu terakhir...Jadi kumpulan politik yang ada di Malaysia ni semua penyamun belaka. Sebab itu PAS tak berani nak tegak Negara Islam, nanti habis pemimpin PR dan BN kena potong tangan!. Tapi video ini lebih sesuai kot...



No comments: