Monday, February 13, 2012

Luahan Malam

Apa nak dihairankan wahai kawan ku
Tentang bangkangan-bangkangan itu
Bukan kau tak tahu- dia sudah beritahu
langkah mayatnya dulu

Apa yang hendak dibentak lagi
Sebab telah banyak tolak ansur kau beri
bukan setakat seinci
Seluruh tubuh sudah dilacuri

Kau biasa memberi tahu kami
Kau Pembawa Bendera Islami
Tidak ada perjuangan yang lebih suci
Jalan Kesyurga yang di gerenti

Ku sangka Kau sebijak Nabi
Hudaibiyah punya strategi
Mengalah dahulu sebelum memenangi
Tapi alih-alih engkau pulak yang menukar janji

Dahulu engkau mengutuk pesaing mu
kerana ambil suku buang suku
kini kau jadi tiga suku
akibat terlalu dungu

Banyak sungguh pusingan U
sehingga pegangan tidak jitu
Demi kuasa semua disetuju

Aku masih ingat kamu
Yang menghantar surat terbuka kepada sahabat lama mu
Mengingat beliau tentang amanah dibahu
Tetapi bila onar dibuat rakan sekutu
Kau jadi Syaitan bisu


Itulah masalahnya bila berkawan dengan syaitan
Takkan ada kebaikan
Tetaplah engkau akan dikerjakan
Sekalipun kepala tebal berserban

Aku menulis bukan kerana nama
Aku hanya insan biasa
yang melihat lakonan manusia
yang berjualan demi kuasa

Aku dahulu sangat berharap
Engkau akan jadi dahan yang tegap
Bagi umat bergantung harap
tapi kini dah jatuh berderap
Keangkuhan yang membuat kau tertiarap


Aku berdoa
Engkau akan kembali dari lena
Biarlah tidak punya kuasa
tetapi tetap diatas landasanNya
Kerana
Jika egkau tidak mampu menegakkan benderanya
tak usahlah menjual NamaNya










No comments: