Sunday, February 12, 2012

Bila Haji Hadi Berfatwa....

Apabila Presiden PAS Haji Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang mengistiharkan bahawa haram menyokong kewujudan negara Israel, aku amat berharap perkara ini sudah dirujuk kepada DS Anwar Ibahim dan Karpal Singh.

Bukan apa, aku bimbang rakan rakan Anwar di Amerika akan mempersoalkan mengapa Anwar bergabung dengan kumpulan yang mengistiharkan haram negara yahudi itu sedang kita tahu geng-geng Anwar disana adalah Zionis kental.

Setahu aku DAP tidak ada masalah dengan kwujudan Israel malah abang mereka diselatan banyak bergantung kepada MOSSAD untuk khidmat nasihat terutama bagaimana nak ambil alih Malaysia setelah PR berkuasa nanti. Tentu sekali DAP sendiri tidak mahu dicap sebagai anti Israel di mata dunia.

Aku tak mahulah DS Hadi Awang terpaksa menarik balik fatwanya nanti bila dicucuk oleh geng-geng Anwar dalam PAS. Nanti tak eloklah reputasinya asyik main tarik balik fatwa aje

Akhir kalam aku pelik la pulak, bila dia jumpa ayat haram negara Israel ada disebut dalam alquran, tapi tak jumpa ayat tentang negara Islam dalam alquran...






No comments: