Thursday, February 9, 2012

Akhirnya semua boleh...

Sewaktu aku ditahun akhir di UPM pada tahun 1988, seorang kawan sekolej yang berpangkat YDP PMI, makan bersama aku sambil bercerita tentang masa hadapan selepas bergelar graduan. Kebetulan tahun tersebut keadaan ekonomi sangat teruk . Beliau dalam jurusan ekonomi, jadi aku membangkitkan kemungkinan beliau bekerja dengan bank (waktu tu belum ada bank Islam), beliau menepuk meja sambil menegaskan beliau sanggup jual air tebu tepi jalan dari bekerja dengan sistem yang tidak Islamik!.

Beberapa waktu kemudian aku mendengar beliau telah menyertai Arab Malaysia Insurance dan sangat berjaya pula tu. Dan aku mendengar kawan-kawan beliau yang datang bertemunya bertanya tentang tindakan beliau menyertai syarikat yanbg tidak Islamik , beliau telah mengeluarkan hadis-hadis yang mengharuskan tindakan beliau. Anjak beberapa belas tahun kemudian, aku terjumpa beliau yang kini, menyertai MAA Islamic Insurance dan sekali lagi aku terkejut sebab kali ini beliau mengeluarkan hadis-hadis yang mengharamkan mengambil insuran konvensional.

Apa yang aku ingin katakan adalah sikap golongan yang sentiasa ada hujah untuk mengharuskan tindakan mereka. Tabiat ini lama dah tertanam dalam diri mereka dan jangan terkejut dengan perubahan mereka sekarang. Jika dahulu Kafir UMNO kerana bersekongkol dengan orang bukan Islam memerintah negara tapi kini semua OK jika mereka yang melakukannya, jika dahulu haram syarie bagi mengundi UMNO sebab UMNO tak mahu menubuhkan negara Islam, kini kita diberitahu negara Islam tidak ada dalam Al Quran, kini terbaru boleh meraikan hari Valentine sekalipun kenyataan tersebut disertakan dengan 'escape clause', akhlak Islami. Masuk ke pasar BABI pun ok sebab mereka yang buat.


Agaknya apa lagi yang boleh dijustifikasikan?





No comments: