Sunday, November 16, 2008

Malaysia ku 5: Sudah hilangkah kemanusiaan kita?

1. Cerita Manusia Binatang

Semalam aku terbaca satu berita di Harian Metro tentang seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang diculik ketika pulang dari sekolah di Taman Melawati, dibawa dan dikurung di Seremban oleh 5 lelaki dan dijadikan hamba seks.

Ketika itu aku dan isteri sedang hendak bersarapan pagi di kedai nasi lemak. Sungguh aku hilang selera hingga tak habis ku jamah makanan ku.Isteri ku seharian tidak dapat menenangkan dirinya mengenang berita ini. Ini kerana kami mempunyai seorang anak perempuan tunggal ( 3 yang lain lelaki) yang sedang meningkat remaja. Kerisauan sebagai ibu bapa kini menerjah minda bawah sedar kami.

Aku ingin melahirkan simpati yang amat sangat terhadap ibu bapa remaja ini dan aku dapat bayangkan bertapa kecewa dan sedihnya mereka apa bila perkara seumpama ini menimpa puteri kesayangan mereka.

Kadang2 aku terfikir apa yang harus ibu bapa lakukan untuk memastikan perkara dahsyat sebegini tidak menimpa anak gadis kita. Sampai hati ada manusia berhati binatang sebegini yang sanggup menyiksa dan meranapkan masa depan manusia lain. Apakah asas asuhan kita sebagai ibu bapa di Malaysia salah hingga menyebabkan ada-ada anak-anak kita berperangai binatang sebegini?

Bagaimana seharusnya kita sebagai ibu bapa mendepani masalah keselamatan anak gadis kita? gadis ini dalam perjalanan pulang dari sekolah, tentu sekali ia tidak menyangka perkata dahsyat begini akan menimpa kehidupanya. Gadis Melayu terutamanya dalam usia sebegini banyak yang lurus dan jujur hingga mudah sekali digula-gulakan.

Subhanallah, semuga tuhan melindungi kita dari kecelakaan yang lebih dahsyat.


2. Ceria Manusia berhati Binatang

Diakhbar yang sama terdapat cerita satu pasangan yang mendera anak-anak mereka ( anak tiri pada si ibu yang merupakan seorang PENSYARAH).

Ini apa punya manusia laa? tak dak akai? sia-sia belajar tinggi-tinggi tapi akai letak kat pungkok.

Anak-anak yang membesar dalam keadaan trauma sebegini akan membesar dengan emosi yang tidak stabil. Dimanakah belas ehsan? tiadakah sekelumit simpati terhadap kanak-kanak yang tiada dosa?...

salam

1 comment:

indera kencana said...

Berita tentang kes perogolan, mengandung di luar nikah, pembuangan bayi, sumbang mahram dan seks bebas sebenar sudah menjadi barah yang sememangnya tidak dapat dikawal lagi. Persoalan ini sudah menjadi barah yang lambat laun sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana, akan menghancur-leburkan institusi masyarakat kita di masa akan datang.

Seorang anak yang lahir dari perut ibunya umpama kain putih yang murni. Dengan peredaran masa, persekitarannya akan membentuk nuraninya menjadi warna pelangi. Jika elok persekitarannya, akan muncullah satu corak yang gilang gemilang. Andai buruk persekitarannya, akan terhasillah kain yang pandang hina.

Persekitaran sememangnya faktor yang terpenting. Kadang-kala, seorang anak itu sudah diasuh dalam tangan yang mementingkan syariat namun persekitaran sekeliling (jiran, rakan taulan dan juga hawa tumbesar spt sekolah, media) itulah yang mencemarkan minda anak-anak. Persoalan inilah yang sebenarnya yang menjadi cabaran yang maha dahsyat yang perlu dihadapi oleh ibu bapa alaf mellanium. Cabaran ini berbeza dengan cabaran yang dihadapi oleh setiap ibubapa di setiap zaman kerana ianya mengikut sebagaimana tuntutan hidup semasa.

Saya kini ada 2 orang anak perempuan. Berdoalah kita AN, supaya anak-anak kita terselamat menempuhi badai cabaran sosial masa kini. Kadang-kala dengan kongkongan juga tidak menyelesaikan masalah. Cuma dengan didikan agama yang kukuh serta doa ibubapa sahaja yang dapat kita berikan agar anak-anak kita tidak menjadi sebahagian daripada statistik itu.

Kalau nak citer, sampai esok pun tak abis. Malas nak tulis panjang-panjang, nanti AN tidur pulak.

P/s : Sampai ati makan nasi lemak tak ajak saya.