Salam Hormat,
Eidul Fitri ini aku tak kemana-mana selain dari berhariraya di rumah ibu dan mentua. Jiwa aku tak berapa tenteram dan bimbang dengan perkembangan politik negara yang tidak menentu dan perkembangan ekonomi dunia yang amat suram. Sebagai seorang yang bekerja sendiri aku rasa ini amat membimbangkan.
Melalui pengamatan aku, aku rasa wajah geo politik dan geo ekonomi dunia akan berubah secara radikal dalam tempoh 2-3 tahun kan datang. Dunia belum pernah mengalami kejutan sebegini.

1. Skim 'bail out' USD 700 bil Amerika Syarikat belum tentu akan berjalan seperti dicanang. Jika
analisa ini menjadi kenyataan apakah yang akan berlaku seterusnya?
2. Lebih banyak bank Amerika akan gagal pada tahun 2009 seperti dilapor oleh Yahoo news
3. Lebih banyak bank-bank Eropah akan gagal dan perlu diselamatkan seperti laporan ini
4. Ekonomi dunia akan runtuh? lihat ini dan ini dan ini
Ini ditambah lagi dengan pengumuman Brazil dan Argentina akan berhenti menggunakan USD sebagai 'Reserve Currency' dalam urusan perniagaan antara mereka. Rancangan Russia menggunakan 'Gold Backed Russian Rouble' akan mengancam dominasi USD sebagai 'World Reserve Currency'. Sebagai Negara yang sudah Bankrap apakah pilihan Amerika Syarikat selain dari berperang? Benarkah rancangan illuminati untuk menggabungkan Amerika/Kanada/ Mexico yang dikenali sebagai North American Union dengan Amero sebagai matawang akan menjadi kenyataan? Jika ini menjadi apakah One World Government seperti yang dimimpikan oleh Zionis akan menjadi agenda seterusnya?
Dunia akan terbakar dengan konflik-konflik yang berterusan dengan Amerika (ini, ini dan ini )akan menjadi fokus utama.kemungkinan ini perlu untuk mereka terus mengugut dunia untuk tunduk kepada telunjuk mereka. Tanpa peperangan Amerika sebagai kuasa dunia akan tumbang. Cuma ia mungkin tak semudah itu kerana Russia dan Cina tentu sekali tidak akan membiarkan Amerika menguasai dunia dengan mudah. Tindabalas Russia ke atas Republik Georgia serta tindakan menempatkan kapal perang di Pelabuhan di Syria serta Venezuela sudah cukup memberi isyarat bahawa perang mungkin tidak dapat dielakkan .
Sebagai manusia yang hidup pada zaman ini, aku rasa kita akan menyaksikan titik perubahan yang ketara dalam sejarah dunia dalam tempoh 10-12 tahun ini. Bagaimanakah pemimpin kita akan menangani semua ini? Pemimpin kita masih lagi bercakaran dan berebut kuasa yang semakin pupus. Kalau mereka tidak peka dalam tempoh 3-5 tahun lagi tiada apa lagi yang hendak direbut...tambahan dengan muka-muka yang ada sekarang ini? Itulah pasal aku amat bimbang...
Salam Eidul Fitri
Salam Eidul Fitri
No comments:
Post a Comment