Wednesday, October 28, 2009

Salam Takziah

1. Kepada Keluarga Pelajar yang terkorban akibat jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang Perak. Seperti biasa satu jawatan kuasa ditubuhkan untuk menyiasat secara menyeluruh sebab musabab mengapa jambatan ini runtuh. Kemungkinan besar hasil siasatan akan disimpan tanpa sebarang tindakan diambil sebaik sahaja isu ini sejuk.

2. Kepada Keluarga Pembantu rumah Allahyarham Mantik Hani. Semuga Allah menempatkan mu disisi orang-orang ang dirahmati. Kepada keluarga beliau aku sebagai rakyat Malaysia ingin memohon maaf diatas nasib malang ini. Sebagai rakyat Malaysia aku amat malu sekali dengan tingkah laku kebinatangan yang ditunjukkan oleh sekumpulan manusia binatang ini.

Seperti biasa perbuatan ini dilakukan oleh manusia yang merasakan orang Melayu adalah rasis dan penindas.

Salam penuh kesedihan

Monday, October 26, 2009

AMERICANS!!! YOU DID THIS!!!!

Vietnam, Hiroshima and Nagasaki.
Afghanistan,Iraq,and Pakistan.

Terrorists,Terrorizers, Terrorism.

Who is the enemy here and who is the hero?

The media, in all of it’s apathetic glory, has impaled truth and justice while spreading confusion and unsubstantiated disdain against people many of us do not even know.
This is all about
winning to you people – waging and winning wars, killing and capturing hearts, bombing and breaking spirits. Imperialistic endeavors hell-bent on dividing and conquering peoples and places with no defined reason; general calls to end ‘terrorism’ with no validation.

We are all programmed to fear them, but who are they?

Muslims, Arabs, Headscarved women, bearded men, Muhammad’s, Hassan’s and Husseins. Xenophobic revulsion and cowardly abhorrence all in the name of ‘democracy’ and ‘freedom’.

The ‘war on terror’ is nothing more than war on your mind- You all sit and nod in agreement with tight lipped politicians who wag their tongues on occasion when the timing is convenient for them to induce hysteria.

The Arabs are out to get us. The Iraqi’s are envious of our ‘freedoms’. The Afghan women don’t mind us killing their children because they are ‘oppressed’. The Palestinians hate the Jews. We’re killing them to save you.

You did this to these people.

You willingly pay for the massacres, the bombings, the artillery, the ammunition, the tanks, the helicopters [...] and you make yourself feel better by putting a flag on everything.

The massacres:
An American flag held high above sites attacked by United States Occupation Forces; another prick in the arm of alleged terrorism. The civilians that die are only ‘collateral damage’. The hundreds you kill are swept under events branded
incidental while you knowingly understand that there is no such thing as a ‘collateral’ attack on schools, governmental buildings and civilian homes.

The weapons:
You have a right to arm yourself but the citizens of third world countries have no such right as long as
you are in charge. You have managed to create an imaginative display out breathing human beings – turning them into savages and barbarians while they do nothing less than defend their lives against imperialistic aggression.
Splashing pictures of armed Iraqi’s with masks on sends the Conservative populace of America reeling while pictures of American soldiers in tanks,donning their uniforms makes them proud.

The American flag makes everything pretty and easier to swallow. Flags on your cars, on your cups, on your pens and pencils, on your shirts, on your body, on your caskets [...]

You even make death as nationalistic and patriotic as possible in order to lessen the sting and repulsive stench of burning flesh and torn body parts.

You want to blame the government for these imperialistic wars yet cannot deny that they have come to power through help from none other than you.

You are a selfish member of society who refuses to act when you see no immediate benefit for yourself. You have aided in causing the destruction of civilizations which go beyond the history of your very own nation. You have promoted the genocide and ethnic cleansing of people who do not look, speak or believe as you do.

You are a fool who demands that the government stay out of your life while encouraging the United States oligarchy to loot and pillage the lives of others. It hurts your tiny brains to think outside the box, thus you let the government do the thinking for you – let them tell you who your enemy is.

Starbucks,McDonalds, Burger King, KFC. JcPenny’s, Macy’s, Neiman Marcus, Dillards.

As long as you get to suppress your perverted lust for sustenance and shop on the weekends it doesn’t matter where your money goes. Let’s all drink and be merry,and leave counting the dead until morning.

You are to blame for every screaming babe who cannot eat in Afghanistan, you are to blame for every widow who has lost her husband, you are to blame for every raped Iraqi girl who returns to her family in charred and broken bits.

You are all accessories to war crimes because you have willingly paid for all of this.

You are working for the imperialist machine.

You have brought the immorality of your culture and pressured your governing bodies into have it devour theirs: drugs, prostitution, alcohol, sectarianism, nationalism, sexism, racism …

You cannot tolerate a revolutionary idea that screams for justice and refuses to bow to your flag and your elitist mentality. The world must be witness to what you assume is a ‘lucid’ and shining fact – you are number one.

Occupation and invasion. Desecration and defilement. Yes,you’re number one in those areas.

Americans are sleeping on a bed of graves and they rock one another to sleep through a lullaby of carnage and mass murder.

A simpleton solely blames the government for all actions and inactions while refusing to acknowledge the fact that these men and women who promote wholesale murder are in power with their help.

The United States has managed to annihilate thousands of innocent people yet the citizens cannot change their governing bodies? This is either blatant asininity or you seemingly do not want the change you are seen harping about.

Americans,you did this to them. No one but yoU


(FULL LINK -CLICK HERE)

Tuesday, October 20, 2009

Lihatlah Kebijaksanaan PR -Merampas Tanah Wakaf Orang Islam secara halus.

Kita kena akui kehebatan kaum Cina DAP dalam mengeksploitasi hak-hak orang Islam melalui lompong undang-undang sedia ada secara halus. Apabila kita berkata kita diserang ada pulak satu Ketua Pemuda yang hebat berkata orang Melayu mempunyai minda terkepung. Hakikatnya inilah yang berlaku apabila kita berlembut. Mentaliti Belanda dapat tanah memang telah sedia tersemai dalam sanubari mereka. (klik disini )

Kerajaan DAP dengan bantuan Melayu Islam PAS dan PKR dengan secara halus merampas tanah-tanah wakaf Islam dengan menghalang pemindahan nama dari pewakaf ke MAIP. Proses yang diterimapakai sebelum ini adalah memindahkan nama dari pewakaf ke Kerajaan Negeri ke MAIP. Namun kini proses tersebut diubah pewakaf ke Kerajaan Negeri ke SSI ( State Secretariat Incorporated). Jika ini dilakukan kepada kaum Cina sudah tentu Melayu dituduh rasis dan dipanggil dengan berbagai2 nama.

Inilah yang aku takut dengan PAS selama ini. Kehebatan mereka menghambur ayat-ayat Quran melebihi kebolehan mereka membaca kanun undang-undang tanah. Kehebatan mereka berpolitik terhad kepada ceramah-ceramah yang bersandarkan gossip semata-mata. Apabila tiba kepada susur galur undang-undang dan permainan poltik secara halus mereka gagal membaca rentak.

Dan disitulah hebatnya permainan politik kaum Cina dari DAP ini. Kebolehan mereka memanipulasi amat licik sekali. Apabila tanah wakaf sudah jatuh kepada SSIC, ia akan dilupakan sebagai tanah wakaf selepas beberapa tahun. Tiada siapa yang akan bertanya atau boleh mempersoalkan status tanah tersebut kerana diatas geran pemilikkan tidak akan disebut sebagai tanah wakaf. Sangkabaik mereka dengan teman-teman sekatil yang tidak sealiran fahaman ini akan memakan mereka.

Tidakkah anda tertanya-tanya DAP tentang keobsesan mereka? "ada apa dengan tanah"? Di Perak mereka mahu semua tanah TOL orang-orang Cina diberi hak 999 tahun. Di Pulau Pinang mereka mahu mengambil tanah milik orang Islam. Di Selangor mereka mahu menggunapakai duit zakat orang Islam dan telah ada cadangan untuk mengguna tanah wakaf untuk tujuan komersil dengan alasan nilai tanah ini tinggi.

Jika kita berkata inilah nasib kita jika kita tidak menjaga kuasa politik kita, kita akan dilabel sebagai nasionalis sempit. Namun jika dibiarkan kita akan menerima nasib seperti rakyat Palestin yang tanahnya diambil sedikit demi sedikit sementara pimpinan mereka bertelagah.






Monday, October 19, 2009

Sudahkah Malaysia bersiap Sedia Menghadapi Perubahan Polar Geo Politik Dunia?

Mungkin kita manusia bertuah kerana dapat hidup dalam satu titik perubahan zaman yang bakal melanda dunia sekarang ini. Kita bertuah kerana kita mungkin dapat menjadi saksi kepada beberapa kejadian fenomena alam. Kita akan menjadi saksi apakah ramalan tamadun Mayan itu benar.


Apakah perubahan jajaran bumi yang diramal itu benar , apakah perubahan polar itu benar atau apakah pemanasan global itu benar (dikhabarkan dalam tempoh 20 tahun kutub utara akan kehilangan aisnya). Jika itu semua berlaku apakah natijahnya kepada dunia dan umatnya. Jika tidak kita akan mentertawakan diri kita kerana mempercayai ramalan ahlil nujum2 sama ada zaman dahulu atau zaman terkini.


Satu lagi peristiwa penting yang akan kita saksikan adalah dimana populasi dunia akan mencecah kepada 10 billion (jumlah sekarang sekitar 7 billion). Dijangka bumi dengan semua sumber yang ada tidak akan mampu menampung populasi sebegini banyak tanpa mengalami kegagalan eko sistem yang kronik.


Kita juga akan menjadi saksi kepada beberapa peristiwa bersejarah ciptaan manusia yang akan menentukan hala tuju dunia untuk beberapa ratus tahun akan datang.


Kita dijangka akan menyaksikan keruntuhan sistem ekonomi Amerika akibat penolakan matawang dollar sebagai 'reserve currency' dunia. Ini akan menyebabkan Amerika akan kehilangan hegemoninya didalam sistem geo politik dunia dan Israel akan kehilangan taiko yang sentiasa melindungnya.


Natijahnya dunia akan berpecah kepada beberapa kumpulan yang akan bersaing untuk merebut sumber-simber alam untuk meneruskan kelestarian masing-masing. Apakah ini baik untuk dunia? Hanya Allah yang tahu.


Senario kedua adalah kita akan melihat peperangan dunia ketiga akibat keinginan Amerika untuk terus mengekalkan kekuasaannya keatas dunia. Yang pasti jika Amerika cuba menakluk Iran atas alasan senjata nuklear, walaupun tujuan sebenar adalah untuk menguasai minyak sebagai satu senjata untuk mengalahkan Cina. Cina dijangka menjadi superpower dunia dan Amerika sedang berusaha untuk menghalangnya. Dalam senario ini Israel akan menjadi dalang bagi menghuru harakan Timur tengah bagi mencapai tujuannya untuk menguasai Baitulmaqdis.


Tempoh Sembilan Tahun dari sekarang akan menentukan nasib dunia. Malaysia perlu mempunyai perancangan strategik tersendiri bagi memastikan kita tidak terlalu terkesan oleh pergolakan dunia. Amerika dijangka cuba menguasai Asia Timur dalam usahanya berhadapan dengan China dan ini belum tentu berfaedah kepada negara.

Ada satu lagi krisi yang tidak langsung diperkatakan di Malaysia. Krisis bekalan makanan dunia. Semuanya dijangka berlaku dalam tempoh satu dekad!.

Dengarkan temuramah-temuramah yang sangat menarik ini;




America will go to war to try to solve it's problem



Krisis makanan dunia dalam tempoh 5-10 tahun;

Sunday, October 18, 2009

Apabila Kaduk dan Naik Junjung

Mungkin inilah akibatnya apabila terlalu diberi muka. Sementelah pulak puak ini selalu dibandingkan umpama 'minum sekoleh mabuk sebotol'.

Tindakan menyerang polis dan mengepung balai polis memang keterlaluan ( klik disini). Mentaliti tak boleh diusik (untouchables) kini sudah mula meresap dalam masyarakat ini. Apabila diusik mereka akan mendakwa dianiaya. Jika Makkal Sakhti bermakna mereka boleh berbuat apa sahaja maka nasib buruk akan mendatangi negara ini.

Monday, October 12, 2009

Banyak Malapetaka Alam akan berlaku menjelang 2012?

Empat gempa bumi besar yang berukuran lebih 7.0 RS (Richter Scale) berlaku dalam tempoh kurang sebulan. Samoa, Padang , kepulauan celebes dan kini Pulau Solomon. Tiga puting beliung yang berskala sekurang-kurangnya F3 (kelajuan 170 kmj) melanda Asia dalam tempoh 2 minggu . Ketsana membawa bencana besar kepada Filipina, Vietnam dan Laos. Taufan Pharma membadai Luzon dan Taiwan dan kini Taufan Melur melanda Jepun. Gunung berapi Monteserrat di kepulauan Carribean telah kembali aktif.

Apakah ini tanda-tanda seperti yang diramalkan oleh kebanyakkan pendokong-pendokong teori yang dunia akan berubah zaman pada 20.12.2012?

Tulisan ini bukan untuk berkempen atau memujuk anda untuk mempercayai bahawa dunia akan berubah zaman pada 2012, cuma sekadar memberi perspektif tentang 2012. Dimana telah diramalkan oleh tamadun silam bahawa akan berlaku malapetaka alam besar-besaran disebabkan oleh beberapa fenomena alam semula jadi.

1. Kedatangan Planet Nibiru

Planet Nibiru dipercayai telah direkodkan oleh tamadun Sumeria. Dipercayai Tamadun Sumeria adalah tamadun yang petama dunia yang mempunyai rekod bertulis. Planet Nibiru mengorbit matahari 3600 tahun melalui Marikh dan Jupiter. Planet ini sangat besar dan mempunyai tarikan graviti yang sangat kuat. Apa bila ia menghampiri garisan orbitny yang berdekatan bumi, tarikan gravitinya akan menarik kerak bumi yang terdiri dari besi yang akan menyebabkan banyak malapetaka alam seperti gempa dan letusan gunung berapi akan berlaku.

Planet ini akan berada dalam jarak yang paling hampir dengan bumi pada 2012.




2. Pertukaran Zaman
Tamadun Maya dari Amerika Selatan percaya bahawa dunia akan bertukar zaman pada setiap 5000 tahun. (Secara kebetulan Agama Hindu juga percaya dunia dibahagikan kepada beberapa zaman yang setiap satunya selama 5000 tahun). Kalendar Maya terkenal sebagai amat tepat kiraannya sekalipun tidak mempunyai teknologi moden seperti sekarang. Kalendar Maya akan berakhir pada 20.12.2012. Namun perlu diingat kalender tidak meramalkan kiamat tetapi meramalkan perubahan zaman yang mana pengakhirnya akan berlaku banyak bencana sebelum zaman baru timbul.




3. I-Ching

Heksogram I ching (klik disini) digunakan sejak 4000 tahun dahulu untuk meramal masa depan. Seorang pengkaji Terrence McKenna telah membuat carta I Ching dalam bentuk graph dan mendapati Graf I Ching berakhir pada 20.12.2102 .





4. Perubahan Jajaran Bumi dan pusat galaksi dan Perubahan Kutub (Polar Shift)

Dipercayai bumi akan mengalami perubahan jajaran setiap 26,000 tahun. Ini akan menyebabkan kutub utara dan kutub selatan akan berubah tempat. Tahukah anda bahawa Alaska pernah berada di garisan khatulistiwa?. Banyak bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Alaska pernah berada dikawasan tropik, dimana fosil-fosil tumbuh-tumbuhan dan binatang menunjukkan ia berada di garisan tropik. Dalam satu kajian yang aku baca, salah satu akibat dari 'polar shift' ini adalah matahari akan terbit dari barat.





Semua ini hanyalah satu rutin kepada bumi dan alam semesta yang sudah berusia 15 billion tahun. Tetapi kepada manusia yang hanya menghuni bumi sekitar 3 juta tahun sahaja (dan dalam tempoh itu menyebabkan banyak kerosakkan) semua ini adalah sesuatu yang baru.

Namun secara kebetulan banyak peristiwa-peristiwa yang akan menjadi titik perubahan kepada sejarah manusia dibumi dijangka akan berlaku sekitaran 2012. Misalnya Amerika dijangka menghadapi huru hara, malah diramalkan akan berpecah diantara 2014-2015.

Mungkin ini semua akan menjadi tapak untuk Islam kembali sebagai Agama yang kukuh

Salam untuk semua