Sunday, April 29, 2012

PRU 13 peluang terakhir Anwar utk Jadi PM.

Anwar Ibrahim lahir 10 Ogos 1947 akan berumur 65 tahun pada tahun 2012. Jika beliau gagal ke Putrajaya pada PRU 13 beliau perlu menunggu sekurang-kurangnya 4 atau 5 tahun  tahun lagi untuk Putra Jaya  iaitu ketika usia beliau 69/70 tahun. Satu usia yang terlalu lewat bagi beliau untuk menikmati kuasa yang beliau idam-idamkan. 

Memahami sifir itu akan segera membuat kita faham mengapa Anwar begitu terdesak untuk menjatuhkan kerajaan BN secara pilihanraya atau jalanraya. Beliau  bersungguh sungguh untuk menanamkan peresepsi bahwa pilihanraya di Malaysia adalah berat sebelah, tak kisahlah hakikat bahawa Parti beliau memrintah di empat negeri.

Anwar adalah kekuatan PR. Tanpa Anwar DAP dan PAS sukar untuk diduduk semeja atau tidur sebantal sebab mereka harus melangkah mayat masing-masing terlebih dahulu sebelum falsafah dan polisi mereka dapat disefahamkan. Awar adalah  jurunikah  kepada  perkahwinan yang pelik ini.

Strategi BN sebenarnya mudah sahaja, mereka perlu menang dalam pilihanraya ke 13 bagi memastikan Anwar terpaksa menangguhkan cita cita beliau sehingga beliau berusia 70 tahun . Dalam usia 70 tahun nafsu biasanya dan merudum dan kudrat pun macam kuda patah kaki . Rasanya untuk mendapatkan kemenangan majoriti mudah bagi PRU 13 ini bukanlah sesuatu yang sukar. 

Oleh yang demikian kita faham mengapa Anwar beria-ia untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang melalui persepsi. Jika PR tewan pada PRU 13, beliau denga mudah boleh menuduh pilihanraya yang ada tidak BERSIH kerana persepsi tersebut telah ditanamkan lebih awal. 

Kemungkinan besar Anwar akan membawa kekalahan beliau ke jalanraya dan selanjutnya kita boleh lihat Tunisa, , Mesir , Libya dan Syria. Model yang paling mungkin adalah Tunisia. Di Tunisa salah satu individu yang dibenci adalah isteri Presiden kerana sikap beliau yang boros. Kita pun tahu siapakah perempuan yang paling Anwar benci di Malaysia pada ketika  ini ( Selain Ummi Hafilda).

Jika Anwar dan pengikutnya turun ke jalan raya, sebarang tindak balas dari pemerintah akan segera di klassikasikan sebagai keganasan melampau dan kawan-kawan beliau di Amerika atau di Australia akan segera menLIBYAkan Malaysia...

Sebenarnya kenyataan DS Nizar yang mendakwa DS Najib meminta Tentera mengambil alih kuasa jikalau BN kalah adalah satu 'preemptive move' sebagai 'diversion tactic'. Ini kerana PR berkemungkinan besar akan turun ke jalanraya jika mereka kalah. BERSIH adalah 'dry run' untuk meihat seramai mana rakyat yang sanggup turun bagi membela mereka.

Kenyataan Nizar tidak mengambil fakta bahawa arahan tersebut perlu datang dai SPB Agung baru tentera boleh mengambil apa-apa tindakan. 

Apapun  demonstrasi BERSIH pada Sabtu tadi merupakan petanda yang umat Islam semakin terbelah dua. Satu yang cenderung kepada UMNO dan satu kepada PAS. Satu menuduh yang satu kafir manakalan yang satu lagi menuduh lawannya sesat. Perpecahan ini semakin membesar dan semakin tidak boleh dibaiki. 

...





No comments: