Bayangkan Senario ini:
PRU 13 BN yang di tunjangi UMNO menang di Parlimen dan membentuk Kerajaan. PR hanya menang di Pulau Pinang dan Kelantan sahaja dengan majoriti yang lebih rendah. PR segera mengumumkan bahawa mereka tidak menerima keputusan pilihanraya kerana mendakwa ia tidak BERSIH ( Buat apa susah susah Demo kalau mereka masih menerima keputusan SPRkan?).
PR dengan diketuai oleh Anwar Ibrahim dan disokong dari belakang oleh NGO-NGO yang dibiayai oleh Amerika ( Baca CIA) segera turun ke Dataran Merdeka atau di KLIA ( strategi ini lebih ekstrem) dan berkhemah disana menuntut pilihanraya diadakan semula dengan di kendalikan oleh kuasa yang bebas ( baca PBB atau Commonwealth). Kira kira 100 ribu orang turun dengan memakai baju kuning.
Pasukan keselamatan ( Polis) segera bertindak dengan cuba menyuraikan dan berlakulah pertempuran dengan kecederaan dan kematian (mungkin). Alam siber akan dipenuhi dengan gambaran kezaliman polis Malaysia . Tunjuk perasaan segera menjadi pemberontakan (senjata dibekalkan oleh CIA) diatas nama mempertahankan diri , lebih banyak kematian berlaku dikedua-dua pihak ( lihat Syria).
Setiausaha Luar Amerika mengeluarkan kenyataan menggesa Malaysia menghentikan keganasan. Pemberontakan semakin rancak dan ganas begitu juga tindak balas pasukan keselamatan. Kematian semakin banyak. Majlis Keselamatan masuk campur dibawah slogan (Responsibilty to Protect)
Selebihnya ikuti apa yang terjadi di Tunisia, Libya dan Syria...
US Sponsored Protest Movement In Malaysia
Monday, April 30, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment