Kisah PAS mengkafirkan UMNO bukan satu perkara baru, malah ia adalah modal yang digunakan bagi mengjustifikasikan kewujudan PAS. Satu ketika dahulu PAS tidak punyai banyak alasan untuk menyaingi UMNO. Alasan yang paling kukuh hanyalah UMNO tidak memperjuangkan Islam dan negara Islam.
Kemudian keadaan berubah dengan Anwar kini diluar UMNO dan kebodohan UMNO sendiri maka PAS tidak perlu lagi berpaksi kepada negara Islam, Malah PAS dengan rela menggugurkan perkataa Negara Islam dengan alasan mereka tak jumpa perkataan tu dalam alquran.
Maka PAS kini kelihatan lebih liberal dari UMNO dan semakin memenangi hati pengundi bukan melayu berbanding UMNO yang masih tersangkut dengan mentaliti ketuanannya.
Menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat samalah dengan menuduh PAS terkeluar dari Islam iaitu samalah juga denga mengkafirkan PAS!. Jadi kedua-dua pihak ini mendakwa perkara yang sama.
UMNO kini mengambil pendekatan ofensif dengan serangan terus dengan tikaman yang tidak bersembunyi-sembunyi dan tanpa dolak dalih seperti yang diamalkan ole PAS. Dengan membiarkan Dato' Ahmad Said sebagai ahli MKT UMNO menerajui kempen ini, seolah olah menjadi polisi rasmi UMNO menganggap PAS sebagai Parti Ajaran Sesat.
Pendapat aku pendekatan ini sangat berbahaya kerana ia hanya kenyebabkan perpecahan umat Islam Malaysia semakin parah adan dikhuatiri tidak akan dapat di rujuk semula. Kita tahu bahawa PAS mempunyai penyokong yang sangat taksub dan UMNO menpunyai penyokong yang sangat taksub. Diantara keduanya ( UMNO dan PAS) terdapat sekumpulan besar orang melayu atas pagar yang sering menentukan kemenangan diantaranya. Kumpulan ini bisa menentukan siapa yang menang kerana kumpulan ini agak pragmatik dan rasional.
Dengan melabel PAS sebagai satu ajaran sesat, UMNO mengambil pendekatan 'either you are with me or you are against me' dan ini amat bahaya kepada perpaduan ummah secara jangka panjang. Jika PAS adalah ajaran sesat, menyokong PAS adalah sesat, bersetuju dengan PAS adalah sesat. Malah apa-apa yang berkenaan PAS adalah sesat.
Jika UMNO tidak cukup kuat untuk 'follow through' dengan kempen ini, UMNO mungkin akan terkena libasan balikan yang merugikan.
Jika PAS adalah sesat maknanya UMNO berada dilandasan yang betul. Dengan isteri yang tidak menutup aurat, anak-anak yang berpakaian separuh bogel atau berlagak gangster kerana bapak mereka ada banyak wang untuk bagi mereka Ferarri, aku tak rasa menggelarkan PAS sebagai ajaran sesat sebagai satu tindakan bijak.
PAS boleh melepaskan diri dari badi mengkafirkan UMNO kerana mereka menuduh dengan berkias. Tikaman mereka berlapik dan ia bukan polisi parti PAS. Jadi bila isu ini bukan lagi menjadi modal politik, mudah sahaja mereka melepaskan diri .
Dipihak UMNO, mereka perlu mendefinisikan apakah yang dimaksudkan dengan ajaran sesat. Adakah dari sudut aqidah atau hanya dari sudut ajaran politik mechiavelli yang diamalkan PAS sahaja . Impak menuduh saudara sesama Islam sesat adalah sangat bahaya kerana ditakuti mengundang kemurkaan Allah. Oleh yang demikian UMNO perlu memikir dengan teliti sebelum menjadikan kempen Dato Ahmad Said ini sebagai kempen UMNO pusat.
UMNO perlu tahu keadaan tidak seperti dahulu, kini rakyat boleh berfikir dan menilai. Orang Islam/Melayu kini lebih sofistikated. UMNO kini bukan tunjang masyarakat Melayu.
Biarlah kerja memerangi PAS ini dibuat oleh Jati dan Perkasa. UMNO sepatutnya menumpukan perhatian mengubah imej sendiri yang tercalar dengan membawa masuk darah muda yang lebih memahami aspirasi bangsa abad 21.
No comments:
Post a Comment