Friday, April 27, 2012

KJ - Akhirnya UMNO temui Intan Terpilih?

Ketika KJ dipilh sebagai Ketua Pemuda UMNO beliau dilihat sebagai Pemenang yang tidak menang. Beliau tidak dipercayai malah dibenci sebahagian fraksi UMNO. Malah  kumpulan Presiden sekarang juga tidak menampakkan kepercayaan penuh kepada beliau. Beliau langsung tidak diberi jawatan dalam kerajaan sebaliknya Timbalan beliau yang diberi pangkat.

Samada disengajakan atau kebetulan KP UMNO yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan memberi beliau peluang untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran  luaran dengan lebih baik.

KJ membuktikan keupayaannya berbanding dengan mana-mana KP parti lain samada PAS, PKR, DAP atau parti kelompok BN. Keupayaan dan kesediaan beliau berdebat dengan parti pembangkang  serta kebolehan beliau berdebat di Parlimen memberi imej segar kepada UMNO.

Beliau sekurang-kurangnya berjaya menumpulkan serangan serangan yang dihalakan kepada Kerajaan. Kini ramai yang mula yakin dengan karismanya sebagai KP UMNO yang berwibawa. Jika Bapa Mertuanya menjadi liabilti kepada UMNO, beliau pula sebaliknya menjadi aset kepada UMNO.

Kadang-kadang takdir ini pelik permainannya. Bayangkan jika KP UMNO sekarang adalah Dato' Khir Toyo atau Dato' Mukhriz mahathir...tentu UMNO kini lebih menggelupur digempur Ambiga..

No comments: