Monday, April 23, 2012

Edisi Merapu TIBAI dan CIBAI

Maka rasmilah penubuhan TIBAI ( Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) hasil usaha sekumpulan manusia yang pernah bersama-sama DSAI, tetapi telah menemui "Jalan Pulang". Belum pernah berlaku dalam sejarah politik negara (setakat yang aku tahu) dimana satu pertubuhan ditubuhkan dengan objektif jelas untuk menolak satu-satu individu tertentu sahaja. Tetapi inividu bernama Anwar Ibrahim ini bukan individu  biasa, dia seorang yang luar biasa, tak banyak manusia sehebat beliau. Dalam usia  64 tahun  beliau mampu menunggang kuda selama lebih 30 minit tanpa berhenti untuk  berehat. Beliau telah diberi pelbagai gelaran seperti ANUgerah Tuhan (God Chosen) dan Imam Mahadi.

TIBAI mungkin mempunyai tempoh hayat pendek   sebab objektif yang sangat terhad atau mungkin setakat sampai PRU sahaja dan mugkin selepas itu akan terkubur kerana  objektif tercapai atau dikuburkan sebab objektif tidak tercapai ( aku tak rasa DSAI akan memberi izin TIBAI menibai beliau dari belakang jika beliau bejaya  ke Putrajaya).

Jika ada kumpulan yang menolak Anwar Ibrahim tentulah ada kumpulan yang menyintai Anwar Ibrahimkan. Kumpulan  ini  belum  menubuhkan  persatuan  rasmi  lagi  tetapi rasa aku nama yang  patut  adalah  CIBAI ( Cintai Individu Bernama Anwar Ibrahim). Walau pun PKR ditubuhkan khas untuk memastikan Anwar ke Putrajaya.  PKR berselindung disebalik keadilan untuk mencapai Objektifnya. CIBAI lebih 'direct to the point'.

CIBAI  lebih tersebar sifatnya. Pengikut  CIBAI  ada di merata dunia. Dari Timur ke Barat, Utara ke Selatan. Di Malasyia sendiri  mungkin hampir separuh pengundi (berdasarkan PRU 2008) adalah pengkikut CIBAI.

Jadi memandangkan TIBAI hanya dapat menari 3000 pendokong, tentulah TIBAI tak akan kemana-mana bila berhadapan dengan pengaruh CIBAI. Aku rasa pendokong-pendokong TIBAI pun tahu setakat mana kempen mereka boleh mempengaruhi rakyat marhaen. Penyokong CIBAI  kebanyakkan adalah penyokong tegar yang tak mudah layu oleh sedikit goncangan. Impak TIBAI sagat minima selain riuh rendah sebelum pilihanraya  semata mata sebab semua orang kuat TIBAI tak winnable belaka.

Suasana politik Malaysia dah semakin merapu...






















No comments: