Saturday, March 26, 2011

UMNO Terkedu?

Salah seorang dari Trio Datuk T adalah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga merupakan merupakan seorang pengerusi salah satu agensi Kerajaan. Oleh yang demikian segala tindak tanduknya mencerminkan (reflective) siapa atau apa yang diwakilinya. Memandangkan beliau adalah pembesar UMNO dan dilantik untuk memimpin agensi Kerajaan UMNO, natijahnya segala tindakan akan membabitkan UMNO dan agensi tersebut. Tambahan dikhabarkan bilik di Carcosa Seri Negara ditempah menggunakan kapasiti beliau sebagai Pengerusi Agensi tersebut.

Tindakan beliau menayangkan video lucah di sebuah hotel yang mempunyai sejarah tersendiri dengan tempahan menggunakan pangkat beliau sebagai Pengerusi Agensi tersebut tidak boleh tidak menampakan bahawa tindakan ini mempunyai kaitan dengan UMNO. Sepanjang yang aku ingat dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan UMNO menafikan pembabitan UMNO. Hanya kenyataan dari Menteri Dalam Negeri yang menafikan pembabitna anggota polis dan Kenyataan Perdana Menteri yang Kerajaan (bukan UMNO) tidak terbabit dalam isu ini.

Diam bererti RELA? Ini lah yang menjadi masalah utama UMNO, mereka keliru dengan kompas moral mereka. Hampir semuanya duduk ditepi gelanggang tidak berani bersuara dan membiarkan pemimpin utama terkial-kial menepis satu demi satu bala yang datang.

UMNO sepatutnya menjauhkan diri sebaik sahaja identiti Datuk T dibongkar dan UMNO sepatutnya menunjukkan yang UMNO tidak mahu terlibat dengan isu ini sekalipun ia benar. Jika pun Anwar Ibrahim benar dirakamkan berzina, keuntungan kepada UMNO adalah amat sedikit.

Malang sekali UMNO memilih untuk berdiam diri. Pertembungan Trio Datuk T dan Anwar adalah pertembungan peribadi, namun kini UMNO yang dikaitkan sekalipun bukan UMNO yang menjadi dalang.

Kini UMNO dibalun kiri kanan dan dijadikan kambing hitam oleh puak-puak Anwar. Hanya segelintir pemimpin UMNO bangun melawan dan menerangkan bahawa ini bukan kerja UMNO, tetapi itulah hakikatnya. UMNO perlu belajar untuk membentuk persepsi yang betul di kalangan generasi muda. Generasi muda kini melihat UMNO dengan jelak dan semakin menjauhinya. Bayangkan di Setiwangsa sahaja yang dahulu UMNO menang dengan undi POS berjumlah 8000, kini Pakatan sudah mendaftarkan pengundi baru melebihi 10000, jika begitu keadaaanya maka UMNO akan semakin tersepit.

Dalam keadaan sekarang, jika ada 200 video pun sukar orang ramai nak percaya sebab dalam perang saraf ini masyarakat sudah terlalu tepu maklumat dan sukar untuk membezakan mana salah mana benar. Oleh yang demikian jika BN hendak menyerang Anwar, mereka hendaklah menyerangnya dari sudut lain. Sama juga jika Datuk Seri Najib dikaitkan dengan 200 Al Tantuya lagi, orang ramai sukar hendak percaya. Itu sebab Datuk Seri Najib kini memenangi perang persepsi antara beliau dan Anwar. Dan kini Datuk -Datuk T datang merosakkan semua kerja keras DSN. Hampehhh

Salam untuk pemimpin yang tidur..

No comments: