Belumpun kita mencecah usia suku abad di abad 21 ini, telah terang dan nyata bahawa abad 21 adalah abad kemusnahan.
Bermula dengan tsunami 2004 yang meragut lebih 300,000 nyawa dengan kemusnahan yang ekstensif melebihi kemusnahan perang dunia ke 2, diikuti oleh taufan Katrina yang melanda bumi Amerika yang agung dan kemudian gempa bumi yang meranapkan Haiti. Selepas itu Banjir besar menundukkan Pakistan, Kebakaran Hutan memusnahkan Russia serta banjir besar yang menenggelamkan sebahagian wilayah Australia dan kini muncul Tsunami yang meranapkan Jepun.
Tsunami ini dikatakan yang paling destruktif dalam tamadun manusia. Mungkin tidak sampai memusnahkan ketamadunan itu sendiri tetapi impaknya akan diarasakan sehingga kita beralih ke abad 22 nanti.
Bencana di Jepun di ini turut disertai dengan kemusnahan reaktor nuklear di Jepun. Dipercayai sehingga 17 reaktor nuklear di Jepun mengalami masalah. Bayangkan satu reaktor sebesar chernobil memunahkan sebuah kawasan seluas negeri jepun (124 ribu kilometer persegi), bagaimana agaknya jika 17 reaktor nuklear Jepun meletup seperti Chernobil!
Malapetaka ini tidak termasuk banyak gempa bumi yang melanda Cina dan Indonesia seperti yang berlaku di Padang beberapa tahun lepas. Mungkin malapetaka Tsunami di Jepun ini yang akan menjadi titik perubahan kepada tamadun manusia abad ini kerana kesan jangka panjangnya akan memberi impak kepada sebahagian besar masyarakat dunia.
Didalam situasi ini, dunia dijengah oleh revolusi yang melanda Asia Barat lantas menjadikan dunia makin tidak stabil. Ketika Amerika sendiri sedang bergelut untuk mengelakkan diri dari terjatuh kelembah kemerosotan ekonomi yang panjang. Kita tahu bahawa Raksaksa ini akan melakukan apa sahaja untuk kembali menjadi kuasa dunia. namun hakikatnya masa depan dunia nampaknya bertambah sukar dengan beberapa bencana yang menimpa ini.
Dan kita belum lagi sampai ke 20.12.2012!
Tsunami 2004
Katrina 2005
Gempa Haiti
Gempa Padang 2009
Banjir Besar Pakistan
Banjir Besar Australia
Friday, March 18, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment