Aku sebenarnya malas nak ulas pasal video lucah ni sebab sedari awal aku rasa banyak yang tak kena sebab itu aku linkkan video Pak Salam Ervin Joko Anuar, Bomoh Jawa yang banyak cakap tapi demam bila tengok hantu.
Rupa-rupanya sangkaan aku betul yang tiga ekor yang bukan main hebat nak perangkap Anuar ni hanyalah bomoh kaki temberang. Sebelum itu aku istiharkan pendirian aku dahulu. Aku bukan penyokong Anuar tetapi bukan juga penyokong tegar UMNO walaupun aku secara peribadi lebih cenderung untuk percaya UMNO adalah pilihan lebih baik.
Pemerhatian aku adalah UMNO sakit bukan disebabkan oleh UMNO sendiri tetapi beberapa individu bodoh dan bongkak dalam UMNO yang menyebabkan UMNO dicap sebagai penyangak sedangkan mereka ini yang memakai baju UMNO adalah penyangak. Akibatnya UMNO mendapat nama busuk disebabkan oleh mereka-mereka yang mengaku pejuang tetapi sebenarnya tidak lebih oprtunis yang desprado.
Sebenarnya bintang Anuar semakin pudar..hanya hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi. Sesiapapun dari UMNO tidak perlu berbuat apa-apa kerana sikap dan cara Anuar sendiri menyerlahkan tembelang sebenarnya yang rapat dengan Yahudi Amerika dan pejuang Pluralisma agama. Hanya berhujah dengan beliau dari sudut inipun akan membataskan pengaruhnya dimata orang Melayu.
Tiba-tiba muncul desprado-desprado yang merupakan bekas orang kuat UMNO. Jadi adakah tuduhan ini mempunyai kredibel jika yang membuat tuduhan diketahui mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar? Sekalipun ia benar, sekarang bukan masa untuk membenam Anwar yang sedang tenggelam. Ini perbuatan overkill yang tidak difikir secara strategik.
Kini tembelang mereka telah terserlah. Tahniah! sekarang dunia sudah mendengarnya dan mereka akan berfikir terlalu banyak konspirasi untuk membenam Anwar maka apakah tuduhan Liwat beliau juga salah satu dari konspirasi yang dirancang?
Maka andaian Paul Wolfowits bahawa 'his life is at stake' dilihat benar. Siapalah yang menjadi mangsa sebenar permainan bodoh ini? UMNO...
Kepada tiga ekor beruk ini..tolonglah fikirkan baik-baik tindakan anda menyebabkan generasi muda semakin menjauhkan diri dari UMNO yang dilihat kotor permainan politiknya.
Reformasi tahun 1998 adalah kerana orang Melayu meluat dengan penindasan dan penganiayaan terhadap Anwar sekalipun 10 tahun kemudian kita berterimakasih kepada Tun Mahathir kerana mengambil tindakan drsatik tersebut. UMNO belum pulih dari tsunami 2008, kini anda memberi ruang untuk rakyat menghukum UMNO kerana perbuatan bodoh anda.
Jangan bagi Anwar nyawa ke dua dalam arus politk yang semakin menenggelamkan beliau. kalau Anwar mendapat mileage dari tindakan bodoh ini, kubur anda layak dikencingkan.
Bodoh!
Wednesday, March 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment