Monday, March 7, 2011

Selamat Berangkat Ke Syurga Bob





Bukan aku ingin memperlekehkan mu sahabat
Engkau berhak untuk mempunyai pegangan
Malah setahu aku, engkau amat membenci munafik-munafik
walau hanya munafik dalam muzik
Bagi mu kejujuran adalah penting sekali

Bukan aku memandang rendah kepada keyakinan mu teman
Tidak ada salahnya engkau memilih jalan ini untuk ke Syurga
sekurang-kurangnya engkau tahu ada jalan untuk ke Syurga

Aku mendengar tiap baris ungkapan mu
Aku mendengar tiap sorak takbir mu
dan aku percaya engkau berkeyakinan
Bahawa selain dari jalan itu tiada jalan lain lagi
Mungkin aku tersilap atau mungkin engkau terkhilaf

Engkau menyalahkan sistem pendidikan yang melahir koruptor
mungkin benar
tetapi puak pilihanmu tidak pernah melahirkan sistem mereka sendiri
yang diyakini dapat menghapus koruptor
Malah hampir semua mereka datang dari sistem sedia ada
Malah setelah dua puluh tahun tidak ada sistem yang unik yang dicipta oleh mereka
Tidak ada tokok tambahpun walau seinci atau seayat atau sehelai kertas cadangan

Apakah pendidikan holistik yang mereka laungkan
Aku pasti sekali sistem mereka hanya ada di TADIKA PASTI
Tidak ada sistem ekonomi dengan falsafah tersendiri
Tidak ada teori ekonomi berasaskan sistem holistik mereka
Malah
Koperasi merekapun disalah urus
terkial-kial mngalami kerugian

Bukan aku tidak mepercayai mu
tetapi aku belum nampak sebarang bukti
sejak lebih 30 tahun dahulu
aku hanya melihat satu keinginan untuk merampas kuasa
tetapi aku tidak melihat
satupun idea mulus atau praktikal
selain retorik-retorik semata

Bukan aku ini fanatik kepada puak satu lagi
yang amat percaya kepada ketuanan dan kelestarian satu kaum
Puak inipun banyak kekurangannya
tetapi
sekurang-kurangnya puak ini tidak menjanjikan jalan kesyurga
Jalan ke Neraka adalah pilihan sendiri

Aku ingin sekali melihat ummah ini
mempunyai visi dan falsafah pentadbiran tersendiri
bukan
menjual ayat-ayat TUHAN untuk kekuasaan
kerana 20 tahun telah berlalu
Masih aku belum nampak negeri Islam contohnya

Dan aku percaya
Parti politik tetap parti politik
hanya pakaian isme mereka berbeda-beda

Namun jika engkau masih percaya
Selamat Berangkat Ke Syurga....

No comments: