Penulis tersenyum simpul membaca temuramah ketua TERAJU (klik sini) dengan Utusan Malaysia pagi ni. Hakikat bahawa ia diterajui oleh bekas orang kuat MAVCAP dan kita semua tahu apa MAVCAP buat selama ini menjadikan aku sangat skeptikal dengan langkah kerajaan ini.
Aku rasa Kerajaan sebenarnya bukan ikhlas hendak memajukan usahawan bumiputra. Sebabnya kerajaan tidak seperti dizaman Mahathir dahulu, lebih banyak mendahulukan mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi berbanding dengan falsafah sebenar membangunkan ekonomi bumiputera.
Kerajaan tidak memerlukan badan tambahan seperti TERAJU kerana dahulu kita mempunyai kementerian khas untuk melakukan usaha tersebut. Kalau Najib masih ingat ia dinamakan KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN!.
Dalam temuramahnya dengan Utusan, Ketua TERAJU ada mnyatakan bahawa TERAJU akan mengenal pasti individu yang terlibat dalam GLC bagi dibantu dan dipacu bagi menubuhkan syarikat mereka.
Umum tahu bahawa individu di syarikat GLC banyak yang sudah kaya raya kerana mereka berada dilubuk membuat duit. Jadi adalah suatu yang amat sinikal untuk membantu mereka yang sudah kaya menjadi lebih kaya.
Banyak usahawan melayu yang sudah bergiat dalam berbagai industri yang boleh dibantu tetapi Kerajaan tidak langsung memandang mereka sedangkan mereka sudah pun bertapak dengan inisiatif sendiri.
Sebagai contoh penulis sendiri telah bergiat dalam perniagaan selama lebih 10 tahun tanpa bantuan kewangan sedikitpun dari Kerajaan. Terkial-kial mencari 'financing' sendirian setiap kali ada projek projek yang memerlukan pembiayaan. Hendak harap GLC seperti CGC atau bank..usahkkan hendak melayan kita dengan penuh maruah malah membakul sampahkan malah dokumen yang dihantar dan tidak mahu menjawab panggilan langsung walau mesej ditinggalkan kepada PA mereka.
Sebenarnya TERAJU hanyalah satu alat sahaja untuk menyalurkan ratusan juta ringgit kepada kroni. Malangnya pada UMNO kroni ini bukan semestinya kroni UMNO. Manusia yang meneraju GLC ini adalah manusia yang tidak percaya kepada apa-apa ketuanan kecuali ketuanan Ringgit dan Dollar. Lihatlah bagaimana bongkaknya mereka ini melayan orang-orang UMNO. Banyaklah yang akan gemuk nanti....
Ini satu lagi Drama yang akan membenamkan UMNO...
Salam kepada yang beruntung ...
Wednesday, February 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment