Sunday, February 27, 2011

Tak Boleh Kah Kita Bersaing Secara Sihat?



Sekalipun aku tidak bersetuju dengan PAS dalam banyak hal dan hala tuju yang dibawa mereka. Aku amat menghormati istiqamah mereka dalam memperjuangkan apa yang mereka percaya. Asas demokrasi adalah bersetuju untuk tidak bersetuju seperti kata ahli fikir tersohor "aku tidak bersetuju apa yang engkau katakan tetapi aku akan mempertahankan hak mu untuk bersuara sekalipun dengan nyawaku". Maknanya kita boleh tidak bersetuju tanpa perlu menjatuhkan maruah satu sama lain.

Apa bila kita sudah sampai ke satu peringkat menjatuhkan maruah lawan kita maka akan sampai waktunya kita akan dilayan dengan perkara yang sama.

Apakah hak kita untuk memalukan dua pemimpin tersohor Pakatan Rakyat ini sebegitu rupa? Kita tidak mempunyai hak sama sekali untuk memalukan mereka sebegitu sekali. Apa yang hendak kita ajar kepada anak-anak kita?

Pemimpin UMNO yang terlibat perlu mengambil tanggungjawab terhadap tindakan yang memalukan ini. Mereka perlu meminta maaf kepada dua pemimpin yang terlibat kerana ini sudah berada diluar batas susila orang-orang Melayu.

Jika UMNO yang melaungkan perpaduan Melayunya secara inkhlas, hal ini hendaklah diatasi segera.

Kadang-kadang aku pelik dengan sikap orang Islam ini baik dari UMNO atau PAS. Apabila berbalah mereka berlebih-lebihan sehingga sampai ke tahap berpatah arang dan berkerat rotan.

Salam untuk Pemimpin yang dimalukan...

No comments: