Monday, September 28, 2009

SELCAT - KUCING KURAP YANG MENCAKAR

Apabila Kerajaan PR ( dibaca DAP) menubuhkan SELCAT sebagai alat untuk menuduh, menyiasat dan menjatuhkan hukum, aku sebenarnya tidak terkejut dengan apa yang berlaku seterusnya. Apa yang berlaku adalah SELCAT hanya satu cermin mentaliti chauvinis Cina-Cina DAP yang sentiasa memandang rendah kepada keupayaan para pegawai kerajaan yang kebanyakkannya Melayu. Ini sudah banyak kali digambarkan melalui kenyataan dan tindak -tanduk mereka yang mengangap jawatan-jawatan dalam kerajaan ini hanya di huni oleh graduan bumiputera yang tidak layak mendapat pekerjaan di pasaran swasta.


Hakikatnya para pegawai kerajaan dibatasi oleh 'arahan am' dan pekeliling yang memberi panduan dan arahan untuk memastikan mereka tidak bertindak diluar batasan. Jika pun mereka bertindak diluar batasan, ada kaedah dan aturcara yang boleh diguna pakai untuk memastikan yang mereka akan menerima balasan yang patut diatas kesalahan mereka. Namun diatas kapasiti otak bergeliga mereka, DAP cuba menggunakan SELCAT untuk membodohkan para pegawai ini. Apabila mereka mendapati para pegawai ini tidak melakukan sebarang kesalahan, mereka dimalukan tanpa diberi peluang untuk membela diri.


Sewaktu aku bekerja dengan satu syarikat pemaju perumahan dahulu, aku banyak bergaul dengan para pegawai daerah . Aku dapati hampir semua mereka adalah professional dan bekerja melebihi dari waktu mereka. Memang ada banyak pegawai kerajaan yang hanya memberi input sekadar cukup makan, memadai dengan gaji mereka yang kecil, tetapi banyak juga yang bekerja hingga lewat petang untuk menyiapkan tugasan mereka. Aku pernah berhubung dengan JPBD, PTD/PTG di SUK Selangor dan pada aku tidak banyak yang hendak dipersoalkan kerana mereka bekerja dengan garis panduan mereka. Yang menjadi masalah adalah apabila tokeh-tokeh syarikat yang dengan sengaja melanggar garis panduan dan pemilik kilang haram yang kemudiannya berharap mereka dilepaskan tanpa apa -apa halangan. Siapakah tokeh-tokeh ini. Tanyalah SELCAT. Tokeh-tokeh inilah yang dikhabarkan turun naik pejabat exco sekarang ini.


Hassan Ali bertindak dengan betul apabila dia membela pegawai kerajaan. Jika mereka salah hukumlah mereka, jika mereka mengikut garis panduan dan tiada apa yang hendak disalahkan jangan malukan mereka dikhalayak ramai. Garis panduan dicipta oleh kerajaan. DAP boleh mencipta garis panduan baru yang sesuai untuk mereka. Bukankah mereka ada Derek Fernandes yang kononnya pakar dalam undang-undang PBT?.


Mereka mempersoalkan mengapa DO-DO ini tidak menyoal Wakil-wakil rakyat yang menghabiskan wang peruntukan mereka dengan sebegitu segera. Soalannya sekarang apakah raksi wakil rakyat DAP jika DO-DO ini mempersoalkan peruntukan -peruntukan pembangunan wakil rakyat DAP? kita sudah lihat reaksi mereka apabila SPRM bertanya soalan kepada mereka...

Kadang-kadang aku heran juga dengan sikap DAP ni, tahukah mereka yang kebanyakkan penyokong mereka adalah kakitangan kerajaan yang kononya tidak berpuas hati dengan BN?
Kini setelah berkuasa mereka melayan kakitangan kerajaan macam budak-budak yang tidak tahu bekerja. Kerajaan PR perlu sedar jika mereka hendak memerintah mereka memerlukan kakitanga kerajaan untuk bekerja dengan mereka. Pendekatan memalukan kekitangan kerajaan yang sepatutnya menjadi mata dan telinga mereka akan memakan diri mereka.

Kerajaan PR perlu membetulkan apa yang tidak betul yang dikritik mereka selama ini. Jika dahulu semuan yang BN buat tidak betul, kini mereka berpeluang untuk memperbetulkannya tetapi mereka memilih untuk lebih banyak bermain politik. Jika dahulu jika dahulu tapak pembuangan sampah haram adalah salah BN, sekarang setelah berkuasa tapak pembuanga haram masih haram. Masih salah BN.

Senang sungguh.

Salam untuk kakitangan kerajaan yang dibodohkan...




No comments: