Mahathir dikenali sebagai tonggak yang merubah (transform) negara Malaysia dari pada negara berasas tani kepada salah satu harimau Asia dengan beberapa polisi-polisi yang berimpak tinggi.
Mahathir melahirkan proton, lebuhraya Utara Selatan, Jambatan terpanjang di Asia, Menara berkembar yan ikonik sehinggalah Putrajaya . Idea -idea beliau penuh kontroversi tetapi hasilnya amat 'tangible'.
Apabila Najib sendiri mengumumkan pengelibatan malaysia didalam perlumbaan f1, ia menggambarkan seolah-olah beliau mempunyai pandangan jauh dengan memberi beberapa justifikasi ringan tentang kelebihan yang bakal Malaysia perolehi dengan pengelibatan tersebut.
Tetapi hakikatnya dengan memiliki pasukan F1 pada aku menggambarkan tahap pemikiran dan pemahaman yang sangat dangkal tentang percaturan perniagaan. Perbelanjaan untuk menguruskan F1 sebenarnya melebihi 300 juta USD setahun. Ia bernilai hampir 1 billion duit Ringgit Malaysia!.
Sikap beliau tidak menggambarkan keperihatinan beliau kepada apa yang bakal berlaku kepada dunia dalam sedikit masa lagi. F1 sebenarnya adalah taman permainan billionaire yang tidak tahu apa hendak buat dengan kekayaan mereka SENDIRI. Bukan menggunakan wang pembayar cukai untuk keseronokan yang terhad kepada dua tiga ekor manusia.
Jika Tony Fernandes merasakan dirinya setaraf Branson, biarkan dia menggunakan wangnya sendiri untuk berseronok di paddock. Mengapa kita perlu menaja beliau untuk berseronok-seronok. Wang rakyat hendaklah digunakan bagi menjamin kemajuan dan keselesaan rakyat. Rakyat tersperosok dengan tol, minyak dan kenaikkan harga bahan makanan.
Dunia belum keluar dari kemelut keruntuhan ekonomi. Malah 'rally' di Wall Street yang dibanggakan itu adalah hasil ransangan bertrillion dollar Amerika bukan disebabkan nilai 'intrinsic' syarikat-syarikat yang diperdagangkan. Semua itu hanyalah satu helah Amerika untuk memberi mereka sedikit masa bagi merencanakan sesuatu untuk keluar dari kemelut ini. Itupun jika mereka berjaya keluar.
Banyak petunjuk memberi isyarat yang Amerika akan menyaksikan gelombang keruntuhan kedua yang lebih dahsyat. Sudah tentu jika keruntuhan kedua melanda Amerika, Malaysia sebagai rakan dagang akan merasa bahang dan akan turut terjejas sama.
Lebih menakutkan kita dunia dijangka akan berhadapan dengan krisis makanan yang kronik menjelang 2015. Harga bahan makanan akan melonjak naik. Bacalah penyelidikan-penyelidikan yang dibuat. Apakah strategi kerajaan menghadapi krisis ini? Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi bahana yang bakal menimpa?.
Tahukah Najib negara-nagara Timur Tengah banyak yang sudah membeli tanah pertanian di Filipina, Indonesia dan Thailand sebalagai satu langkah strategik untuk memastikan bekalan makanan mereka mencukupi?
Aku rasa kebanyakkan pemimpin nagara sekarang sudah menjadi Imelda Marcos. Terpisah dari realiti kesengsaraan dan kesukaran hidup rakyat biasa yang terpinggir. Disaat UMNO sedang tenat dengan masalah imej yang kronik, tindakan Najib hanya memperkuat keyakinan lebih 50% pengundi yang tidak mengundi BN bahawa tindakan mereka pada PRU 1 2 dahulu adalah betul.
Tidakkah najib belajar dari musibah Monsoon Cup?
No comments:
Post a Comment