Jika anda rajin mengikuti perkembangan Pakistan, Negara Islam tunggal yang memiliki senjata nuklear, anda pasti terdengar yang Amerika Syarikat sedang membina kedutaan dan beberapa konsulat yang bernilai 1 Billion USD!, di Pakistan. Kedutaan ini akan menjadi kompleks pertahanan terbesar Amerika diluar sempadannya!.
Amerika juga sedang menggerakkan lebih 1000 tentera marin dan beberapa ratus tentera upahan kebanyakkannya dari firma blackwater yang kejam dan brutal itu. Semua ini dibuat dengan keredhaan pemerintah pakistan sekarang iaitu Asif Zardari, Asif Zardari sedar tanpa kehadiran tentera Amerika untuk menyokongnya maka pemerintahannya tidak akan bertahan lama.
Sebenarnya ini adalah taktik lama kolonialis, yang pada mulanya masuk dengan jemputan pemerintah tempatan yang lemah dan kemudian menjadi penasihat yang tidak boleh dibangkang kehendaknya. Umum tahu bahawa Pakistan adalah negara yang bangkrap dan Amerika membelanjakan hampir 4 billion setahun untuk membantu menghidupkan pentadbiran Asif Zardari.
Sebenarnya apabila Barrack Obama menghantar 150 ribu tenteranya ke Afghanistan tujuannya adalah untuk menjajah dua negara sekali gus iaitu Pakistan dan Afghanistan. Sasaran sebenarnya adalah Pakistan, tetapi ia tidak boleh melakukanya secara terbuka kerana ia akan dianggap penjajahan. Mengapa Pakistan disasarkan? Jawapannya jelas. Senjata nuklearnya boleh digunakan untuk mengancam Israel!. Dengan Pakistan sudah menjadi lembu dicucuk hidung, maka Amerika bebas untuk membentuk geo politik wilayah berkenaan. Dengan menguasai Pakistan, Amerika dapat menguasai Baloshistan sebuah wilayan Pakistan yang secra literalnya berada di betul-betul berhadapan dengan selat Hormuz!. Selat hormuz pula merupakan satu-satunya jalan laut keluar dari Iran. Anda nampak kepentingan Pakistan sekarang?. Penjajahan terhadap Iran akan lebih mudah jika Iran dicekik dari semua sisi!. Jika Amerika mampu melakukan semua ini maka mereka telah menguasai sumber minyak dunia.
Begitulah nasib negara Islam dunia yang diperkotak katikkan oleh Amerika
Strategi menghuru harakan Pakistan memang sudah dirancang lama oleh CIA. Jadi jangan terkejut jika semua serangan pengganas yang dikatakan dilakukan oleh Taleban Pakistan sebenarnya di biayai oleh CIA/MOSSAD.
Apakah kaitannya dengan Malaysia?. Malaysia adalah negara Islam yang maju dan mempunyai kedudukan yang strategik kerana menguasai selat Melaka yang amat penting kepada laluan perkapalan Amerika. Sekalipun Amerika mempunyai sekutunya Singapura yang boleh dijadikan pengkalannya namun dalam pertembungan dengan Cina, Singapura mungkin tidak boleh dijadikan sekutu yang boleh dipercayai. Dengan menguasai Malaysia, Amerika akan dapat menguasai Laut Cina Selatan. Tambahan dengan Filipina adalah sekutu rapat Amerika, maka Cina akan dapat di isolasikan jika terjadi sebarang konflik antarabangsa. Dengan keadaaan ekonomi bak telur dihujung tanduk, konflik dengan Cina hanya menunggu masa untuk berlaku.
Oleh yang demikian kita harus bertanya dengan lebih mendalam kenapa Malaysia semakin huru hara? Siapakah proksi Amerika di Malaysia yang bakal menjemput Amerika sebagai tetamu di malaysia seperti Asif Zardari? Cuma mereka tidak perlu sampai melakukan seperti Pakistan cukup dengan Malaysia memberi semua kemudahan yang mereka mahu. Najib sudah pun memohon restu Amerika. Anwar adalah rakan karib serigala newcon Amerika. Jadi mereka hanya perlu meminta walau siapa pun PM Malaysia.
Tahukah anda peperangan adalah satu yang perlu kepada kewujudan sistem kapitalis?. Peperangan perlu kerana ia akan mencambahkan banyak aktiviti ekonomi yang baru akibat kemusnahan. Peperangan akan memberi peluang kepada peminjam-peminjam wang untuk membiayai peperangan. Tahukah anda German dan Amerika dibiayai oleh kumpulan peminjam wang yang sama sewaktu perang dunia ke2?
Peperangan akan memudahkan tangan tangan hitam ini untuk menyusun semula dunia kepada acuan mereka. Cuma ada satu harapan sahaja yang tinggal, Amarika bangkrap dan pecah sebelum ia dapat melaksanakan grand strategynya!
Kepada yang berminat dengan perkembangan Pakistan yang akan menjadi 'failed State' tidak lama lagi sila lawat laman web ini.
1 comment:
andai tersilap langkah
bersedialah terima masalah dan padah.
jgn sudah terhantuk baru nak terngadah.
salam.
Post a Comment