Kepada sesiapa yang berharap kepada keamanan ditahun 2009, harapan tersebut mungkin akan jauh tersasar. Pada pendapat aku, seperti entri aku sebelum ini, tahun 2009 akan lebih berdarah dari tahun 2008 dan konflik berdarah ini mungkin akan berlarutan sehingga beberapa tahun akan datang.
Tahun -tahun mendatang ini bakal merupakan tahun-tahun yang berdarah untuk kita umat Islam. Ini adalah kerana situasi umat Islam yang berada didalam keadaan lemah dari segi strategik dan taktikal. walaupun kebanyakkan negara Islam kaya dengan sumber alam, dan menguasai sebahagian besar punca tenaga (minyak dan gas) dunia, tetapi dari segi politiknya kita adalah amat lemah dan tidak mempunyai satu gerakkan terseusun untuk mempertahankan diri. Negara-negara arab berada didalam genggaman AS, dan para pemimpinnya umpama kucing kenyang yang tak akan berbuat apa-apa untuk membantu umat mereka sendiri.
Umum tahu bahawa ekonomi Amerika berada didalam keadaan nazak dan menunggu masa untuk maut jika tiada langkah pro aktif yang dibuat oleh kerajaannya bagi menyelamatkan keadaan. Bukan menjadi rahasia bahawa peperangan adalah satu cara AS untuk menjana ekonominya. Dan AS amat suka kan peperangan. Kemanakah hendak dibuang peluru-peluru lama itu jika tidak dibuat melalui peperangan. Jika kita mengkaji banyak maklumat yang terdapat sekarang ini, kita tahu bahawa AS akan melancarkan satu peperangan bagi mengalihkan perhatian rakyatnya dari keadaan ekonomi yang semakin merudm dan mengaktifkan ekonomi yang dittunjangi oleh komplek industri militarinya.
Aku tidak terkejut jika konflik di Gaza ini merupakan satu perencanaan rejim zionis Israel untuk mengheret AS kedalam satu lagi kancah peperangan. Ia mungkin menjadi tapak untuk memulakan peperangan dengan Iran. Israel amat takut kepada Iran yang mempunyai senjata nuklear walaupun mereka sendiri memiliki senjata itu.
Sebenarnya Islam mempunyai senjata ampuh yang tidak akan dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa militari di dunia ini. Tetapi propaganda musuh telah menjadikan ia satu perkataan kotor dan busuk. Dengan mengaitkan jihad dengan keganasan, umat Islam telah dapat dikawal oleh jentera propaganda AS.
Umat Islam sekarang ini adalah umat yang keliru. Didalam Islam itu sendiri ada berbagai-bagai ideologi. Kita berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan yang paling menyedihkan kita semakin takut kepada kematian...
Salam...
No comments:
Post a Comment