Aku tidak menafikan kerja kepolisian merupakan satu kerja yang tidak pernah berkesudahan dan penuh dengan cabaran. Aku juga tidak menafikan polis merupakan satu cabang pentadbiran negara yang penting untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara. Sebagai rakyat Malaysia aku bersimpati dengan tekanan dan kekangan yang di tanggung oleh pihak polis dalam menjalankan tanggung jawab mereka. Polis DiRaja Malaysia telah cukup berkorban untuk kepentingan negara.
Namun begitu, dalam menangani tugas kepolisan pihak polis perlu lebih berhemah dan tidak terjerat dengan tekanan kerja sehingga berlaku kecuaian dan kematian didalam lokap. Didalam zaman dimana banyak teknologi tersedia ada serta peralatan yang canggih, kaedah untuk mencungkil maklumat ( information extraction) dari suspek tanpa melibatkan kekerasan fizikal perlu diguna pakai.
Kita tidak menuduh kematian A. Kugan adalah disebabkan oleh anggota polis, itu tugas mahkamah untuk menentukan punca kematian, tetapi hakikat banyak kematian (terutama yang melibatkan etnik India) didalam lokap telah menjadi satu persoalan yang sukar diungkaikan tambahan dengan sikap tidak berterus terang atau dengan alasan yang lemah sebagai punca kematian telah menyebabkan pihak polis dipandang dengan sikap tidak mempercayai terutama oleh etnik India dan Cina. Hakikat bahawa PDRM dipenuhi secara majoriti oleh etnik Melayu telah menebalkan jurang perkauman. Jika kita melihat komen-komen di alam maya ini, kita dapati komen-komen ini lebih cenderung bersifat perkauman dan kebencian.
Kita percaya bahwa satu bentuk pembaharuan perlu dilaksanakan untuk mengelakkan pihak PDRM dari terus dituduh dengan tuduhan liar dan bersifat rasis. Kredibiliti PDRM yang selama ini ampuh ;-), perlu terus dipertahankan kerana sebagai penegak undang-undang tanpa mengira bangsa dan agama, rakyat Malaysia tidak punya banyak pilihan selain dari PDRM yang telus dan saksama.
Kematian adalah satu perkara tragis kepada mana-mana familipun didunia ini. Kita tidak hairan jika kematian A.Kugan akan dilihat dari perspektif kesedihan yang teramat oleh famili dan masyarakatnya. Sekalipun A.Kugan merupakan penjenayah, kematiannya harus dilihat dari perspektif yang wajar oleh kita semua.
Cuma yang bakal menjadi masalah adalah apabila ada pihak yang menangguk di air keruh. Menjadi pejuang dan hero kepada masyarakat tertindas kononnya.Dan inilah yang akan menjadi punca keresahan masyarakat dan beban kepada pemimpin negara. Jika sekiranya pihak polis dari awal bertindak dengan prihatin dan sikap belas ehsan, ini semua mungkin dapat dielakkan. Aneh sekali pihak polis yang bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan sedia ada, bakal menjadi punca kepada kekalahan di pilihanraya!.
Salam...
No comments:
Post a Comment