Friday, September 5, 2008

UMNO perlu bijak bermain politik

Walaupun aku kadang-kadang mengusik UMNO dalam posting aku, aku sebenarnya sayangkan UMNO. Mungkin pada trend sekarang tak 'cool' untuk menyokong UMNO tetapi ramai yang tidak tahu UMNO sebenarnya tulang belakang negara ini.UMNO sebenarnya mendapat sokongan majoriti orang Melayu dan itu amat penting untuk menstabilkan negara ini.

Cuma pemerhatian aku terhadap UMNO khususnya pemimpin-pemimpin lama UMNO adalah corak permainan politik mereka berasaskan emosi dan bukan berasaskan satu strategi politik yang bersandar kepada realiti semasa. 20 tahun dahulu mungkin kenyataan 'Bukan Melayu hanya Immigran dan tidak patut mendapat hak sama rata' tidak akan mendatangkan 'backlash' yang serius tetapi realiti hari ini amat berlainan sekali.

Aku rasa UMNO perlu mendidik pemimpin mereka terutama yang celupar dan beremosi ini untuk tidak menambah burukkan keadaan dengan kenyataan berbaur perkauman dan tidak cerdik.

Pepatah Inggeris 'There is more than one way to skin a cat' amat relevan dalam hal ini. Kita boleh menegakkan keagungan bangsa Melayu tanpa perlu menjerit dan melatah. Kalau kita perhatikan Yahudi di Amerika menjalankan kerja mereka tanpa sorak sorai tetapi gerakkan mereka tersusun dan kemas dan mereka dapat menjalankan agenda mereka dengan baik.

Keadaan orang Melayu sekarang sedang berpecah belah dan sikap mereka terhadap UMNO boleh aku simpulkan seperti berikut;

1. Golongan Melayu yang berpendidikan yang mendapat manfaat langsung dari UMNO dan menyokong UMNO

2. Golongan Melayu yang berpendidikan yang tidak mendapat manfaat langsung dari UMNO yang tidak menyokong UMNO

3.Golongan yang tidak berpendidikan yang menyokong UMNO

4.Golongan tidak berpendidikan yang tidak menyokong UMNO ( kebanyakkannya ahli PAS)

UMNO sedang membayar dosa-dosa lalu akibat layanan diskriminasi kepada melayu yang tidak menyokong mereka . Sekarang pula UMNO menerima tempelak akibat sikap rakus dan tidak telus sewaktu memerintah dengan membolot peluang-peluang ekonomi. Ini perlu UMNO akui kerana kesan dan bahang sudah terasa pijarnya. Kalau kita lihat jumlah Melayu yang tidak menyokong UMNO sudah membesar.

Akibatnya sekarang ini UMNO sudah kekurangan pilihan dan tidak punya banyak helah lagi. Dengan demikian UMNO perlu mengubah strategi dan falsafah perjuangan untuk terus relevan
dalam jangka masa terdekat. Ingatlah UMNO tidak punyai masa yang panjang lagi. Sekarangpun UMNO tengah bergelut untuk memastikan tidak ada MP yang lompat akan melompat parti.

Apakah anjakan paradigma yang perlu UMNO lakukan?

1. Mengakui bahawa UMNO bukan lagi suara tunggal umat Melayu dan dengan demikian dapat mempunyai sikap rendah diri dalam melayan kerenah masyarakat.

2.Mengakui bahawa Negara ini untuk semua bangsa, dan semua bangsa perlu diterima kehadiran mereka.

3.Mengakui bahawa generasi muda tidak lagi dapat menjiwai asas perjuangan UMNO lagi dan dengan demikian merangka satu gerakkan baru untuk memenangi suara generasi baru.

4.Memahami hakikat lagak dan sikap pemimpin melayu yang ada jawatan tiba-tiba menjadi kaya raya sebenarnya menyebabkan orang melayu lain merasa tidak selesa. Ini kenyataan paling beralas yang dapat aku fikirkan...this just short of saying how come a former teacher can afford to buy multi million dollar property overseas?( Tak pe dia tak paham English...)

5.Tidak memerangi gejala rasuah dengan bersungguh sungguh dan kelihatan melindungi pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah.

Memang tidak mudah untuk mengubah perspektif UMNO yang sudah dicanai bertahun-tahun lamanya namun aku rasa UMNO perlu segera melihat kepada perkara -perkara fundamental untuk memastikan relevansi mereka supaya mereka masih wujud pada perayaan kemerdekaan yang ke 100 nanti.


salam...

No comments: