Sunday, September 7, 2008

Drama Liang Lahad ( ASTRO) terpesong dari ajaran Islam?

Malam tadi 6 sept aku demam, jadi aku tak ke surau untuk taraweh. Sewaktu aku terbaring diruang tamu, anak-anak aku buka TV Astro (tak silap aku RIA) kebetulan ada siaran drama bertajuk LIANG LAHAD lakonan M. Rajoli.

Ceritanya lebih kurang begini, Pak Haji ni (M.Rajoli) warak (dan aku andaikan kasyap), jadi banyak ROH-ROH ORANG YANG SUDAH MATI datang berjumpa dengannya minta DIA mendoakan pada tuhan agar mereka terlepas dari seksa kubur. Ini menyebabkan Isterinya menganggap dia 'tak betul' sebab minta dia buat kopi untuk tetamu-tetamu tadi (ROH).

Selanjutnya dia dikurung oleh seorang kaki judi yang hendak membalas dendam ( Jalil Hamid).
Sehingga anak lelakinya kembali dan Jalil Hamid terbunuh lepas balik main judi.

Persolan yang hendak aku lontarkan adalah didalam ISLAM tidak ada konsep ROH datang kepada ORANG YANG MASIH HIDUP untuk memohon syafaat. Jika kita percaya kepada konsep ini maka akidah kita sebagai orang Islam adalah terpesong.

Nabi SAW bersabda yang lebih kurang bermaksud "apabila mati seoarng anak adam maka terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali 1. Harta yang diwakafkan yang dibelanjakan dijalan yang betul 2. Ilmu yang baik yang diajarkan kepada orang lain 3. Doa seorang anak yang salleh."

Jadi cerita ini ,walaupun fiksi semata tetapi dari segi konsepnya lari dari intipati ajaran agama dan pelik sekali ia dibenarkan untuk tayangan. Jangan kita menggunakan lesen kreativiti untuk memesongkan akidah anak-anak kita. Dan kalau hendak membuat drama atau filem tentang agama eloklah buat kajian yang mendalam sikit. Aku tak sempat nak tengok kredit drama tersebut nak tengok siapa penulis skripnya.

Kalaulah betul ROH boleh datang balik kedunia ini mohon didoakan, aku rasa sesak dah
dunia ni dengan ROH-ROH berkeliaran.

lu fikirlah sendiri....

4 comments:

luckyS said...

Assalamualaikum.

Maaf mencelah, kebetulan terbaca blog anda, dan kebetulan juga sekarang masih ditayangkan di Astro Ria drama tersebut..

Bagi saya drama ini sangat bgus untuk ditonton, dan pandangan anda mengenai roh itu, hanya manusia yang terpilih sahaja yang boleh melihat lebih dr apa boleh yang kita lihat. Semua itu atas keizinan Allah. disebabkan itu lah org2 kg, karim mahupon isterinya tidak dapat melihat apa yang pak dollah boleh lihat.. saya tidak rasa ia terpesong dr ajaran islam.. sy pon tidak pandai sgt bab2 agama ini. tetapi Insyaallah yang baik jadikan pengajaran yang tidak jadikan sempadan..

KALAM JAUHARI said...

Terima kasih LuckyS kerana sudi memberi komen. Kadang-kadang keterpesongan akidah sangat halus untuk difahami.

Yang saya persoalkan bukan kebolehan orang tua tu untuk melihat alam barzakh. Tetapi persoalannya apabila orang-orang yang sudah mati datang kepadanya untuk meminta supaya diringankan azab kubur.

Hal ini tidak boleh dipermainkan kerana orang-orang yang masih hidup tidak boleh memberi syafaat kepada orang yang sudah mati. Nabi sendiri pun tidak ada kebolehan memberi syafaat sewaktu beliau masih hidup selain mendoakan sahaja.

wallah hu aklam.
Thanks again...

kekanda said...

syeikh,

assalamualaikum,

Anta boleh rujuk kitab sirah kembali...

doa dari muslim untuk muslim yang lain...selebihnya rezeki itu milik Allah.

Cerita ini terlalu mendalam untuk di fahami....tersirat ilmu laduni yang hanya orang yang memahimi sahaja faham. kerana ilmu laduni milik Allah....

InsyaAllah..

Islam terdiri dari furu' yang cukup banyak dan luas untuk di rungkai satu persatu...

InsyaAllah syeikh.

syukran.

Unknown said...

Tiada yg mustahil bg allah....