Namun begitu dalam Sinar Harian hari ini, DAP menggambarkan bahawa Kerajaan PAS , TIDAK CERDIK dalam hal tindakannya mengarahkan semua pusat-pusat hiburan dikedah ditutup dalam bulan Ramadhan. (KLIK SINI). Dalam bahasa yang lebih telus DAP menggambarkan sebagai BODOH!. Aku ingin melihat reaksi pemimpin PAS terhadap kenyataan kurang ajar DAP kepada PAS ini.
Aku ingin melihat reaksi Ustaz Nasrudeen Hassan At Tantawi terhadap kenyataan yang mencabar maruah ini. Menegakkan prinsip PAS bukan perkara bodoh bagi PAS, tetapi ini tidak difahami oleh puak-puak cauvinis ini. Mereka cukup takut kehilangan undi Cina berbanding PAS kehilangan undi Melayu.
Selamat datang kelam realiti kepad PAS, jika PAS membatalkan maka PAS pun tidak berbeza seperti UMNO. maka PAS bolehlah menukar nama kepada Parti Negara Berkebajikan untuk mengelakkan DAP hilang undi Cina.
Sebenarnya pada aku tindakan mengarahkan penutupan pusat hiburan ini tidak menjamin Umat Islam tidak akan melakukan maksiat jika tidak disertai dengan program-program dakwah yang berkesan. Namum ia akan menampakkan profil Islam PAS yang lebih baik dari UMNO.
Lebih baik PAS menempatkan ahli-ahlinya ke tempat-tempat yang diketahui dikunjungi oleh umat Islam dan memberi tazkirah dan nasihat-nasihat ala jemaah tabligh atau spt yang pernah dilakukan ole Hassan Al Banna dahulu. Ini kan lebih menunjukkan semangat ingat mengingati yang seharusnya adal dalam organisasi yang berpaksi kepada Islam seperti PAS.
Ada banyak cara untuk PAS memperjuangkan Islam tetapi biasalah bagi gerakkan politik baik PAS atau UMNO. Kuasa adalah matlamat utama dan bagaimana ia dicapai adalah tidak penting, samaada secara jujur atau kotor-tiada bezanya.
Bagi DAP pula bukan mereka menentang kerana mereka suka maksiat. Dalam kamus mereka tiada dosa pahala, yang ada hanyalah duit. Jika periuk nasi mereka terancam mereka akan menentang habis habisan. Bila PAS mengarahkan penutupan perniagaan mereka, bayangkanlah berapa banyak kerugian yang bakal mereka hadapi dengan sewa dan gaji pekerja harus dibayar.
Mungkin itulah sebabnya mengapa kilang arak di Shah Alam masih tidak ditutup sekalipun PAS berjanji yang sebaik sahaja mereka berkuasa ESOKnya mereka akan menutup kilang itu. Hingga hari ini ia masih disitu. Malah Khalid Samad pun dah menjejakkan kaki ke situ....hehehehe
Salam untuk politikus TIDAK CERDIK.
No comments:
Post a Comment