Ada sekumpulan LINTAH DARAT MELAYU yang menggunakan pangkat sebagai Coprorate Adviser/ Wealth Adviser sedang merayau -rayau menghisap darah Melayu dengan menjual nama UMNO. UMNO sila ambil perhatian kerana ini akan menambah kebencian kepada UMNO sedang UMNO tidak terlibat langsung.
Ceritanya begini..IPO Bumi armada sedang dijangka pada Julai ini. Sekumpulan lintah darat kini sedang berkeliaran mengumpul syarikat-syarikat Melayu untuk mendapat agihan pink form kira-kira 110 ribu unit saham.
Modus of operation mereka adalah dengan berpura-pura menawarkan lot lot saham pink form ini kepada syarikat-syarikat Melayu yang siap dengan financing sekali. Kononnya mereka akan fund operasi ini dengan syarat syarikat terbabit bersetuju untuk menerima hanya 15% dari hasil jualan saham. Jika diandaikan premium Bumi Armada Bhd dalah satu ringgit, hasil jualan saham nanti akan menghasilkan RM110k tetapi syarikat terbabit hanya akan dapat 15% sahaja.
Tetapi hakikatnya syarikat perlu menandatangan financing facility dengan bank berjumlah RM360k. Ini bermakna syarikat yang akan menaggung risiko pinjaman sedangkan corporate adviser ini tidak ada apa apa risiko tetapi akan mendapat lebih 85 ribu bagi setiap syarikat yang terpedaya.
Bila aku tanya hal ini, mereka caka ini UMNO punya urusan!!!!. Aku syak ada tiga kumpulan terbabit dalam hal ini, orang MITI, Bankers dan Lintah-lintah ini yang menghisap darah MElayu yang SANGAP dengan 15 ribu. Yang lebih malu mereka menjual nama UMNO. Ini sebabnya segala usaha kerajaan untuk mengagihkan kekayaan tidak menjadi sebab terlalu banyak LINTAh di muka lukah.
Bayangkan kekayaan yang bakal mereka dapat jika satu syarikat MELAYU mereka dapat kutip 85000. kalau mereka dapat seratus syarikat dengan satu IPO LINTAH-LINTAH ini KAYA.
SPRM tolong tengok kerja manusia pencuri-pencuri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment