UMNO bukan sempurna dan haruslah parti itu di belasah jika ia tidak menjalankan tanggung jawabnya. Sama seperti PAS yang harus dibelasah jika ia tidak menjalankan tanggungjawabnya. PAS dan UMNO sebenarnya alternatif kepada satu sama lain sama seperti MCA dan DAP sebenarnya alternatif kepada satu sama lain. Itu sebab mengapa MCA atau DAP tidak pernah menghancurkan kekuatan bangsa Cina itu sendiri. Jika berkelahi mereka hanya bergaduh atas dasar prinsip, tetapi bila ia melibat kepentingan bangsa mereka bersama-sama mempertahankan hak mereka.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang ditunjuangi oleh UMNO sebenarnya mempunyai beberapa kepentingan strategik jangka panjang yang bukan sahaja menjamin kelestarian bangsa Melayu dan Islam secara jangka panjang tetapi mempunyai nilai strategik terutama dari segi keselamatan negara.
Kita ambil contoh projek RAPID yang dibangkang oleh PAS dan sekutu DAP dan PKRnya. Kalau kita lihat yang banyak menghadiri adalah kaum Cina yang sudah mula mempunyai keberanian untuk bersuara secara melampau.
Projek RAPID Petronas yang ditempatkan di Pengerang sebenarnya mempunyai kepentingan strategik dari segi ekonomi dan keselamatan. Projek tersebut diletakkan di Pengerang dengan sebab-sebab yang tersendiri. Jika projek itu ditempatkan ditempat lain ia tidak akan memaksimakan impak projek tersebut. Tetapi PAS tidak berupaya untuk melihat semua ini dan hanya bangkang kerana nak membangkang sahaja. Kita harus bertanya kenapa projek-projek industri berat yang berpotensi mengancam nyawa dan alam sekitar jika berlaku bencana diletakkan di Pasir Gudang iaitu betul betul disebelah Singapura? Begitu juga kita harus bertanya mengapa pelabuhan Scorpene kita diletakkan di teluk Sipanggar di Sabah dan bukan di Terengganu? Atas sebab yang sama juga RAPID ditempatkan di Pengerang.
Kita faham kenapa DAP mahukan projek tersebut dipindahlan ke Kerteh. Mereka adalah anjing suruhan abang besar mereka di Singapura, jadi perjuangan mereka mempunyai kepentingan strategik bagi Republik itu.
Begitu juga apa yang dikatakan sebagai Projek IC di Sabah dan Kelantan. Mengapa Malaysia memilih untuk memberi kerakyatan kepada sekumpulan manusia yang tidak jelas kewarga negaraannya di sempadan Malaysia , Indonesia, Filipina dan Thailand?
Orang-orang yang diberi kewarganegaraan ini bukan warga negara Filipina, Indonesia atau Thailand. Mereka adalah sekumpulan manusia yang tidak diiktiraf kewarga negaraanya oleh ketiga-tiga negara tersebut (sama seperti Rohingya di Bangladesh dan Myanmar). Indonesia, Thailand dan Filipina tidak mahu bertanggungjawab keatas mereka ini. DiSabah terutamanya mereka ini adalah Sea Gypsy yang hidup secara nomad.
Sebenarnya soalan yang sama boleh kita tanyakan kenapa Singapura memberi kerakyatan dengan mudah kepada Cina Malaysia dan Indonesia dan tidak kepada kaum lain dari negara ini? Semua ini dibuat demi kepentingan strategik jangka panjang.
Kita berikan satu misalan seperti berikut, pada tahun 2061, Singapura dengan sokongan kuasa barat, menawan Malaysia disebabkan pertikaian air dan sumber semula jadi ( Perlu diingat Hillary Clinton pernah menyuarakan pandangan bahawa dunia akan berperang kerana bekalan air bersih pada tahun 2050 ). Kerana ramai rakyatnya pernah tinggal di Malaysia dan masih mempunyai kaum keluarga di Malaysia, bukankah mudah Singapura meletakkan mereka ini sebagai pentadbir tanah jajahannya?
Penulis tidak akan membincangkan secara panjang nilai strategik pemberian IC ini, cukup kalau kita katakan tindakan itu mempunyai nilai strategik dari segi keselamatan dan ekonomi yang akan menguntungkan Malaysia secara jangka panjang.
Pada tahun 2050, Malaysia perlu mempunyai jumlah penduduk yang cukup besar begi menandingi ekonomi Indonesia (yang dijangka akan menjadi ekonomi gergasi dunia), Filipina (dijangka akan mengatasi ekonomi Malaysia pada tahun 2050) dan Thailand. Tanpa sumber modal insan yang cukup kita tidak akan mampu bersaing kerana Indonesia tidak akan lagi membekalkan tanaga buruh murah kepada Malaysia.
Apakah PAS nampak ini semua ?
Kedudukan ekonomi pada tahun 2050 mengikut jangkaan HSBC
1) China (+2)
2) U.S. (-1)
3) India (+5)
4) Japan (-2)
5) Germany (-1)
6) UK (-1)
7) Brazil (+2)
8) Mexico (+5)
9) France (-3)
10) Canada (same)
11) Italy (-4)
12) Turkey (+6)
13) S. Korea (-2)
14) Spain (-2)
15) Russia (+2)
16) Philippines (+27)
17) Indonesia (+4)
18) Australia (-2)
19) Argentina (2)
20) Egypt (+15)
21) Malaysia (+17)
22) Saudi Arabia (+1)
23) Thailand (+6)
24) Netherlands (-9)
25) Poland (-1)
26) Peru (+20)
27) Iran (+7)
28) Colombia (+12)
29) Switzerland (-9)
30) Pakistan (+14)
2) U.S. (-1)
3) India (+5)
4) Japan (-2)
5) Germany (-1)
6) UK (-1)
7) Brazil (+2)
8) Mexico (+5)
9) France (-3)
10) Canada (same)
11) Italy (-4)
12) Turkey (+6)
13) S. Korea (-2)
14) Spain (-2)
15) Russia (+2)
16) Philippines (+27)
17) Indonesia (+4)
18) Australia (-2)
19) Argentina (2)
20) Egypt (+15)
21) Malaysia (+17)
22) Saudi Arabia (+1)
23) Thailand (+6)
24) Netherlands (-9)
25) Poland (-1)
26) Peru (+20)
27) Iran (+7)
28) Colombia (+12)
29) Switzerland (-9)
30) Pakistan (+14)
No comments:
Post a Comment